Monday, May 10, 2010

Pegi goreng keropok!Belasah kang...

Pegi goreng keropok!Belasah kang ....
Baru saja ku dengar ayat brutal di atas.Fuhh!Lega kerana cik abang cuma main-main.Oh!Rupanya tersiar berita di Sinar tentang seorang suami yang membelasah isteri hanya kerana enggan memasak mi segera. Masya Allah!Apa nak jadi dengan bangsaku?Kes bunuh menjadi-jadi.Anak bunuh bapak,datuk, emak.Suami rodok, bunuh isteri.Alasan biasa 'Bisikan jin, bisikan syaitan'Kenapa hanya bangsaku,bangsa Melayu?Jarang ku dengar "Seorang lelaki, Wong Ah Meng diberkas kerana menikam hingga mati isterinya" atau hanya kadang-kadang (mungkin tak pernah) ku dengar "Vasudevan ditahan kerana mencekik isteri".Mungkinkah kerana si jin atau si syaitan cuma ingin berkawan dengan bangsaku?Alasan kedua yang biasa ku dengar " Rahmat didapati tidak bersalah membunuh isterinya kerana disahkan mengalami masalah mental"Tolonglah...Melayu sajakah yang senang penyakit mental menyerang?Ke mana perginya agama?Ke mana perginya iman?Bukankah Islam itu cukup indah?Dengan iman syaitan dan jin takkan menyerang dengan mudah.Hatta penyakit mental pun takkan membuatkan pegangan goyah.(Penyakit mental tak semestinya gila)Kes bunuh diri juga makin menjadi-jadi.Nyawa menjadi begitu murah seperti ayam di pasar malam.Kalau tukang sapu(maaf, bukan nak menghina)membunuh diri,orang akan berkata"Ah!Biasalah,kurang pelajaran!"Tetapi kes terkini "Guru hantar sms terjun laut" maka keadaan telah menjadi semakin menakutkan kerana mana ada guru tidak berpelajaran.Maka...Terjunlah si luncai dengan labunya....

0 comments:

Post a Comment