Sunday, July 25, 2010

Aku, seekor naga.

   Hari ini aku nak menulis tentang manusia yang hipokrit a.k.a berlagak bagus.Biasanya tak mudah untuk aku marah tetapi manusia yang satu ini betul-betul membuatku jadi naga; naga betina.Kalau tak suka katalah tak suka.Terus terang!Memang aku nampak lembut tapi aku bukanlah penakut!Aku punya prinsip untuk berani berkata benar bukan menyalak lantang tapi hanya berani di belakang!

   Lelaki bagiku tak punya makna atau harga diri andai hanya cuma tahu memerintah atau mengarah.Lelaki mungkin lebih hina dari banci (maaf , ku pinjam bahasa serumpun dari seberang)sekiranya mulut tak tau ditutup.Berlagak tahu segala-galanya walau sebenarnya satu apa pun dia tak punya.Mengherdik?Itu untuk adik-adik!Otak di kepala lutut maka berfikir, bercakap tak pernah yang patut.Hati sendiri minta dijaga, hati orang bagaimana?

   Sabar separuh dari iman tetapi makin ku sabar makin menjadi.Asalku daripada tulang rusuk maka mestikah aku hanya mengangguk?Dia menangguk di air keruh maka air di muara semakin geruh.Tak bolehkah aku mengeluh?Mencaci menghina darah daging sendiri.Sesekali, bolehlah ku pandang sepi tetapi makin lama makin menjadi.Sabarku pun ada hadnya.Jangan sampai keputusan tak diminta jadi pemutus kerana waktu itu aku bukanlah lagi aku.

0 comments:

Post a Comment