Monday, July 19, 2010

Ayuhai hati!Janganlah kau risau lagi.

   Hari ini, Isnin 19 Julai 2010.Julai?Ye,begitu cepat masa berlalu.Rasanya baru semalam aku menyambut hari lahirku(1 Jan ).Mengapa di zaman persekolahan dulu, tidakku rasa masa yang terlalu pantas berlari pergi.?

   Jika hari ini Isnin, bermakna esok adalah Selasa dan esoklah hari yang mendebarkan bagi warga SMKPG.Nazir akan datang ke sekolah!Kata orang pengalaman mengajar kita menjadi dewasa tetapi selalunya kita tewas dek kerisauan kerana kita terlalu inginkan kesempurnaan.Rasanya tiada apa yang perlu ku risaukan jika semua kerja dapat dibereskan dengan sempurna.Ahh.....entahlah.

   Jika ingin berkata jujur, 50% lagi kerjaku belum sempurna.Bukan mudah menjadi guru kerana mental dan fiikal harus kuat dan sentiasa bersedia.Guru dahulu boleh fokus 100% pada mendidik tetapi guru kini harus bertangan sepuluh agar semua kerja beres tanpa mengeluh.Jika dulu, ibu bapa berkata 'Buatlah seperti anak sendiri asal jangan cedera atau cacat cela'.Tetapi kini, ' Cikgu sentuh anak saya, ke mahkamahlah jawabnya!'

   Esok, masih lagi belum pasti.Yang pasti adalah hari ini maka perlu bagiku bersiap siaga mental dan fizikal agar tugasku tiada siapa yang ragu.Datanglah nazir atau siapa pun,lihatlah kami pndidik di sini.Andai ada kekurangan bimbinglah kami seikhlas hati agar dapat ditingkatkan yang dinamakan kualiti.Namun hati masih juga berdebar.Harap-harap tiada apa yang sukar.Ayuhai hati!Janganlah kau risau lagi!

0 comments:

Post a Comment