Sunday, July 11, 2010

'Kami yang menurut perintah'

   ' Perbincangan meja bulat pemansuhan UPSR dan PMR ' Begitulah lebih kurang tajuk berita yang ku dengar hari ini.Pro dan kontra berperang dalam diri.Walau bagaimana pun, aku tersenyum sendiri mendengar cakap-cakap 'wakaf' (sekadar meminjam slanga pantai timur) tentang betapa baiknya kedua-dua peperiksaan penting itu dimansuhkan.(Dengan kata lebih kejam;dihapuskan) Maaf, terasa ingin ku gelak kuat-kuat atau tergolek-golek lucu kerana 'ramainya cikgu' atau 'ramainya pegawai pelajaran' yang bercakap.

   Otak sinisku tiba-tiba berfikir , terbayang; "Shahir! ( sempena nama yang sedang popular)Kenapa tak belajar malam ni?" "Malaslah ayah!Bukan ada periksa pun.Shahir periksa lambat lagi!Shahir baru 12 tahun.SPM Shahir 17 tahun!"(Gelak!Gelak!Gelak!)Begitulah mungkin senario jika benar UPSR dan PMR dihapuskan.Maka dengan itu, banyaklah pusat-pusat tusyen yang akan gulung tikar kerana takkan sudi ibu bapa membazir berbelanja andai SPM sahaja pepriksaan yang tinggal cuma.

   Di sekolah pula, tak perlulah guru-guru bersengkang mata membuat headcount, membuat TOV.Audit akademik pun mungkin tak perlu lagi.Iyalah, SPM lambat lagi...Andai benar UPSR dan PMR dihapuskan, mekanisme lain diperkenalkan.Maka berbelitlah otak ( opps!pinjam kata kerja untuk lidah) guru untuk membiasakan diri dengan tugas baru.Apa ye?Ahh!Mungkin pentaksiran sepanjang tahun atau lain-lain mekanisme ciptaan si bijak pandai atas kertas yang tak pernah alami sendiri situasi dihadapi.Mudah-mudahan guru terus tabah dan takkan mudah menyerah dan ke psikiatris ( lupa pulak ejaan dek terlalu banyak fikirkan hal sekolah)menyelesaikan masalah.
    
   Ku tanya pendapat anak-anak ( murid maksudku )apa reaksi boleh dikongsi?Anak-anak senyap tetapi tiba-tiba gelak galak,"Yeah!Tak payah belajar perah otak!"Ku tanya pula anak-anak yang bijak.Semua senyap bermuka kelat."Tak de periksa, samalah macam takde hari raya.Tup!Tup!Habis sekolah.Macam mana kami nak berjuang menang atau kalah?"(Gelak!Gelak!Gelak!)Walau bagai manapun aku percaya, kerajaan tahu yang terbaik untuk negara.Maka walau apa pun yang diubah, kami guru, akan terima dengan rendah hati kerana telah termaktub ' Kami yang menurut perintah'perlu dipatuhi.

0 comments:

Post a Comment