Thursday, August 26, 2010

Cerita terbaru Pak Pandir

   Baru-baru ini, aku minta pelajar menulis apa-apa cerita dongeng atau cerita rakyat yang mereka tahu.Bermacam-macam cerita ku baca dari seluruh dunia.Semuanya 2, 3 mukasurat.Oleh kerana aku memang ulat buku sejak aku mula pandai membaca, maka boleh dikatakan semua cerita yang ditulis aku tahu.Tiba ke buku terakhir ku belek dan belek tak  ku jumpa cerita dongeng atau rakyat yang ku minta.Nak kena budak ni!Berani dia tak buat kerja yang aku suruh! Tiba-tiba mataku terlihat seperenggan cerita pendek yang ditulis dengan cincai.Mungkin last minute work hantar asalkan tak kena slip penalti.seminit kemudian aku rasa seperti nak tergulig-guling ketawa.Ya!Inilah pemenang bagi penulisan cerita dongeng atau rakyat terbaik!Anda ingin tahu apakah ceritanya?Jom baca!

    Pada suatu hari Pak Pandir telah berjaya menangkap seekor ikan.Pak Pandir membawa ikan itu pulang ke rumah dan diberinya kepada Mak Andih.'Wah!Makan besar aku hari ni!'kata pak Pandir dalam hati sambil memerhatikan Mak Andih terkial-kila cuba menyiang ikan yang masih galak melompat-lompat.

   'Geram betul ikan ni!Tak mati-mati!Penat aku ketuk dari tadi.Macam manalah nak buat dia mati?' kata Mak Andih sambil terus mengetuk-ngetuk ikan yang masih juga menggeliang geliat.

    'Susah apa Andirnya!Campak aje dalam air.Bila lemas matilah ikan tu!'jawapan jujur selamba pak Pandir.
Mak Andih kehilangan kata.Cuma matanya saja merenung Pak pandir dan mulutnya menggumam bagai baung dalam bangkar.Rasa mau diketuknya kepala Pak Pandir dan dijadikan lauk untuk hari itu. Sementara itu, ikan di tangan Mak Andih terus menggeliang geliat.

0 comments:

Post a Comment