Sunday, October 10, 2010

Hinakah menjadi seorang guru?

   




    



   
   


   Aku terpanggil untuk menulis tentang kerjayaku, seorang guru kerana aku sakit hati apabila seorang teman dilemparkan penghinaan semata-mata kerana gaji si bapa pelajarnya jauh lebih banyak dari gajinya, sebagai seorang guru.Aku sedar, seorang guru kini bukanlah seperti seorang guru 30,40 tahun dahulu.Waktu aku kecil, aku amat hormatkan guruku.Jangankan  meninggi suara, bertentang mata pun aku tak berani.

Go to fullsize image
Guru adalah lilin yang membakar diri



   Tetapi kini aku tumpang berdukacita dengan nasib teman-teman sekerjaya yang dihina hanya kerana 
mereka seorang guru.Aku beruntung kerana masih sempat merasakan kasih sayang anak-anak didikku.Mereka tak pernah meninggikan suara.Di sekolah tempatku menabur bakti, Melayu, India atau Iban semua berpekerti mulia.Bersalam dan mencium tangan telah menjadi budaya sekolah kami.

   Apabila tiba hari guru, berpuluh-puluh hadiah ku terima.Andai dulu, hanya sebatang pen atau seketul sabun, namun kini, tudung mahal, kain meter sutera, barang kemas dan bermacam lagi pernah aku terima.Sama ada mahal atau murah bagiku semua hadiah istimewa.Hingga kini pun aku masih lagi memakai gelang dan jam tangan pemberian mereka meski pun harganya tidak seberapa.

   Maka sekiranya ada teman sekerjaya dihina dan dicerca, aku turut merasa sakit hati.Tanpa guru, akan pincanglah negara.Tanpa guru akan rosaklah anak bangsa.Sebagai ibu bapa, sepatutnya mereka berterima kasih kerana seorang guru sanggup bersengkang mata untuk anak-anak muridnya.Aku akui terkadang kami lebih risaukan anak murid dari anak sendiri.Hari sabtu dan minggu pun masih menghadap buku agar anak-anak murid terus maju.Namun ibu bapa mungkin tak tahu atau pura-pura tak tahu.

   Memang benar ada guru yang rosak akhlak.Tetapi mereka sebenar-benarnya tidak pernah layak untuk menjadi guru kerana jiwa mereka bukan jiwa guru.Aku akui kami juga manusia tak pernah lepas dari dosa namun hormatilah kami meski sedikit cuma.Hargailah penat lelah kami yang sentiasa memikirkan kemajuan anak bangsa.Bukan wang ringgit yang kami harapkan.Cuma sedikit pengertian.

Antara wajah anak-anak didikku yang kaya dengan kasih sayang

   Sememangnya aku bertuah di sini kerana dikelilingi anak-anak yang sentiasa berbudi.Takkan ku jemu memberi ilmu dan doaku kejayaan akan sentisa dimiliki. Buat teman-teman sekerjaya yang tidak sebertuah aku, bersabarlah.Janganlah pernah jemu menjadi lilin yang membakar diri menerangi orang lain.Buat Matahari,kata-kata hinaan yang kau terima usahlah kau peduli.Teruskan usaha murnimu dan doaku sentiasa mengiringi supaya sabar menjadi temanmu yang setia.   

1 comments:

Unknown said...

tiada guru tiada le pemimpin sekarang:)..
mmg respek kerjaya seorang guru

Post a Comment