Thursday, October 14, 2010

Off Home Sweet Home and Makcik rombongan marhaban

   Home Sweet Home.Biar letih bagaimana sekali pun, apabila saja kakiku jejakkan ke rumah, aku akan merasa bahagia yang amat sangat.Biarpun istanaku tidaklah secantik istana diraja, namun aku puas dapat memilikinya dengan hasil titik peluh ku sendiri.Lalu ku hias rumahku mengikut selera asal cantik di mata.

   Konsep?Entahlah!Kata teman-teman rumahku berbau English country cuma merah kurang ku gemari maka bunga-bunga ungu sebagai pengganti.70 peratus rumahku berwarna ungu.Langsir, bunga, hiasan, dan pelbagai lagi.Suatu hari, aku terlihat segugus anggur plastik cantik berwarna ungu kehitaman.Betul-betul seperti anggur yang asli.Lalu ku beli yang ungu dan sedikit hijau.Ku letakkan anggur pujaan di dalam bekas di atas meja.Sekali pandang memang tak tumpah seperti anggur asli.


Anggur plastik koleksi unguku

  Pada suatu malam, hari raya kesembilan, rombongan marhaban mengunjungi istanaku.Selesai doa dibacakan ku dengar suara halus rengek anak kecil. "Nak anggur!Nak anggur!"Suara si ibu kurang jelas kedengaran kerana ramai benar anak-anak kecil dan ibu-ibu yang berkunjung.Makin lama makin kuat rengekan si anak lalu si ibu segera membawa si anak keluar tanpa sempat menjamah juadah yang ku sediakan.Mulanya aku biasa sahaja tetapi aku rasa bersalah pula kerana anggurku anggur palsu.

   Selain anggur palsu yang jadi bualan ( malu juga aku rasa ) makcik-makcik yang datang sibuk bertanyakan tentang lukisan di ruang belakang.Biasanya buat orang kampung sepertiku,kabinet dapur polos sahaja.Tetapi entah mengapa aku benar-benar jatuh cinta pada pemandangan indah di luar negara.Maka pemandangan itulah penghias kabinet dapurku.Mungkin nampak pelik namun aku bahagia dan amat selesa setiap kali memandangnya.


Salah satu daripada 8 pemandangan penghias dapurku
  
   Pintu tandas juga menjadi perhatian makcik-makcik yang berkunjung.(Melampau betul!) Aku saja suka-suka meletakkan gambar bunga dan rerama.Namun reaksi positif makcik-makcik rombongan marhaban meyakinkan aku bahwa keputusan ku benar.Pemandangan indah peneman waktu ku makan.Bunga dan rerama penemanku yang setia selain 96 ekor rerama pelbagai warna yang ada di seluruh rumah.Apa pun, aku benar-benar bahagia!Home sweet home!

Bunga penghias pintu tandas ( Opps!)

0 comments:

Post a Comment