Monday, November 29, 2010

Aku pun tak tahu

  " Cepat sikit bersiap!Ayah dah nak pergi tawaf ni."

   Aku pun dengan segera mengikut ayahku menuju ke kaabah.Sungguh damai rasa hatiku.Suatu perasaan yang sukar aku gambarkan.Aku tak pernah menyangka bahawa aku berpeluang menunaikan haji,mengucup hajaraswad dan melihat kaabah dengan mataku sendiri.

Hajar aswad

   Selesai tawaf, ku lihat orang ramai berpusu-pusu menuju ke suatu tempat.Aku tak pasti apakah tempat tersebut.Namun yang nyata, aku melihat cahaya kehijauan yang amat indah seolah-olah terpancar daripada sebutir permata.Aku cuba untuk menuju ke arah cahaya tersebut tetapi ayahku menarik tanganku dan kami segera berjalan  ke arah selatan.


Kaabah yang ku lihat

   Dengan sekelip mata, kami telah berada di hadapan masjid Nabawi.Alangkah indahnya masjid yang kulihat dilimpahi cahaya kebiruan.Kami melangkah masuk ke dalam masjid tersebut untuk menunaikan solat sunat.Aku terkejut yang amat sangat kerana di kananku dipenuhi manusia yang besar dan tinggi.Aku dan ayah hanya separas pinggang mereka sahaja.Sebaliknya di kiriku, dipenuhi manusia kecil hanya sebesar ibu jariku.Hampir-hampir aku dan ayah memijak mereka.Kesemua mereka sedang khusyuk beribadat dan kami berpeluang solat berjemaah bersama mereka.

Masjid Nabawi indah dilimpahi cahaya kebiruan

   Selesai solat, ayah mengajakku ke pasar kurma.Aku terlalu asyik melihat ragam orang-orang yang sibuk di pasar hinggakan aku tak sedar ayah telah hilang dari pandangan.Puas ku cari tak kutemui.Aku berjalan pantas menuju ke tempat penginapan.Tiba-tiba sayup-sayup ku dengar azan subuh.Ku buka mataku.Rupa-rupanya aku hanya bermimpi.

Pasar kurma seperti dalam mimpiku

   Mimpiku cukup indah.Mungkin aku terlalu rindukan ayah yang masih berada di tanah suci.Ku tunggu kepulangan ayah pada 5 Disember ini.Makna mimpiku?Aku pun tak tahu.

1 comments:

Baharum said...

sabar k...doakn die slalu..bile ayah akan dijangka tiba?

Post a Comment