Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, November 28, 2010

"Ani!Kenapa tak tunggu abang?"

   Aku jarang menonton filem.Apatah lagi untuk ke panggung wayang.Namun aku sering juga mengikuti berita terkini tentang filem-filem Melayu di pasaran.Contohnya filem 2 Alam yang tenggelam.(Opss!Maaf Dr.Rozmey!)Aku juga pernah mendengar promosi filem Mantra semasa musim tayangannya mulai 15 Julai lalu.Seperti biasa aku anggap filem-filem Melayu seperti lauk tak cukup rasa.

   Tetapi pandanganku berubah apabila aku menonton filem Mantra di Astro ABO.Niat asal hanya untuk membuat mataku mengantuk selepas penat melawat ke blog teman-teman.Namun hinggalah filem ini tamat kira-kira jam 3 pagi, mataku masih segar enggan tidur lagi.Rasa puas menonton Mantra.Ada juga filem Melayu bagiku yang cukup hebat dan berkualiti.


   Meskipun aku tak sempat mengenali pelakon-pelakonnya, aku beri 5 bintang buat semua kerana bagiku lakonan mereka sungguh bermutu.Terutama Zul Handy Black ( kalau tak silap ) yang memegang watak Muzir.Suaranya cukup enak didengar semasa berkata, " Ani!Kenapa Ani tak tunggu abang?" dengan ekspresi wajah yang sungguh berkesan.Rasa bersalah pula kerana selama ini aku jarang menonton filem Melayu kecuali filem-filem P.Ramlee.


Babak pertarungan antara Muzir dan Hasbi.

   Aku tak pasti berapa kutipan semasa filem ini ditayangkan.Tinggi atau rendah bagiku bukan masalah kerana pengarah dan tenaga kerja filem ini telah berjaya menunjukkan kerja yang berkualiti.


Zul Handy Black patut diberi peluang lagi untuk memegang watak utama dalam mana-mana filem.

Haa....Yang ini aku selalu juga lihat lakonannya.Kalau tak silap namanya Hamdan.


Watak hantu hitam berulat yang sering muncul, walau siapa pun pelakonnya juga aku beri pujian kerana berjaya membuatkan jantungku berdegup laju.


Babak di penjara awal-awal lagi telah meremangkan bulu roma.


Wanita cantik seksi ini sebenarnya bukanlah manusia tetapi hantu.Yang ini  yang aku tak suka kerana tak menjejaskan cerita andai si hantu menyamar ni tak berkemban seksi.


Walau apapun sekali lagi sekalung tahniah buat tenaga kerja Mantra kerana berjaya membuatkan aku celik mata  walaupun penghuni bumi yang lain telah lama diulit mimpi.


Barisan pelakon yang menjayakan filem "Mantra". Dari kiri Hasnul Rahmat, Mon Ryanti,
Ana Dahlia dan Zul Handy Black. 

(Gambar dipinjam daripada Tupai )

1 comments:

g0m0k9enDek said...

teruja plak baca review nih..

Let's have a break!