Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, November 23, 2010

Best Teacher Award


   Seronok rasanya apabila ditag oleh teman seperjuanganku En.Matahari.Tengok tu?Best Teacher!Bukan senang nak dapat tu.Kata orang, jadi cikgu ni senang tetapi hakikatnya amat berat amanah yang kami junjung kerana kami membentuk membina modal insan.Tanpa guru, mungkin takkan ada perdana menteri.Tanpa guru juga, mungkin takkan wujud blogger-blogger bijak cerdik pandai di luar sana.

   Mulai 19 November lalu, cuti persekolahan akhir tahun telah pun bermula.Anak-anak didikku ada yang melancong hingga keluar negara.Masyarakat meganggap apabila tiba saja cuti, maka bermulalah juga masa rehat total buat guru.Namun bagiku, apabila saja cuti bermula, aku harus bergerak pantas merangka, membina modul-modul untuk anak-anak didikku tahun hadapan.Hakikatnya, kami para guru tetap tidak bercuti namun kami terima tugas yang telah tergalas dengan ikhlas.Mudah-mudahan, anak-anak didikku menjadi insan hebat.

   Aku juga ingin memaklumkan bahawa hingga 30 November ini, aku dan teman-temanku masih bertugas di sekolah untuk berbincang dan merancang agar anak-anak didik kami mendapat pendidikan yang terbaik.Biarlah kami manjadi lilin yang membakar diri demi anak bangsa tercinta.Buat teman-teman blogger, sudilah apa kiranya menjejakkan kaki ke blog kami, guru-guru blogger, agar ilmu dicurah dapat dikongsi bersama. 

0 comments:

Let's have a break!