Monday, November 1, 2010

Dia - Mohd Hilmi Syafiq


" Teacher!Masa teacher sekolah dulu, teacher pernah jatuh cinta tak?"
(What?Terkedu aku.Apa aku nak jawab?Berani betul budak-budak ni tanya soalan cepumas padaku)
"Tak pernahlah!"
"Ha?Tipulah!Mesti pernah!Ceritalah kat kita orang!"
(Mak datuk!Berat permintaan anak didikku hari ini.Ingat nak tanya soalan peperiksaan musim-musim exam sekarang ni."
"Ok teacher cerita.Tapi ni bukan kisah cinta teacher tau!Kisah cinta mana boleh cerita.Rahsia!"
"Ok!Takpe.Nak dengar juga"
(Maka nak tak nak terpaksalah aku bercerita juga)

   Kisah ini berlaku semasa aku berada di tingkatan 5.Aku tergolong dalam kumpulan elit kononnya pada waktu itu kerana ranking pertama tingkatan yang ku pegang.Aku tahu ramai juga yang ingin berkenalan dengan lebih rapat tapi mungkin tak berani kerana aku sentiasa berkepit dengan buku.Tambahan pula pakcikku, saudara-mara dan rakan sekampungku ramai yang sekelas denganku dan mereka sentiasa bertindak seolah-olah pelindung.

   Oleh kerana kumpulanku yang dianggap elit, kebanyakan teman-temanku berbangsa Cina dan India.Pelajar-pelajar Melayu hanya berani berkirim salam kerana aku waktu itu sangat pendiam.Sebenarnya banyak juga surat-surat ingin berkenalan yang ku terima namun aku buat tak tahu sahaja kerana fokusku hanyalah pelajaran.Sekadar berteman demi pelajaran tiada salahnya namun apabila mula bibit-bibit yang tidak ku senangi, aku pun mula menarik diri.Bukan jual mahal tetapi ibuku waktu itu garang mengalahkan singa.Mati aku jika aku bercinta.

   Dalam timbunan surat wangi yang ku terima, aku tertarik pada suatu surat yang indah berbunga-bunga.Bukan hanya baunya yang harum dengan kelopak mawar yang segar tetapi tulisannya buat aku jatuh cinta!Tulisan yang indah dengan kata-katanya yang sering membuatku resah.Aku tak tahu siapa pengirimnya meskipun setiap hari ada saja surat baru di mejaku.Dengan bahasa indah bak pujangga, hatiku mula jadi suka.Penulis misteri ingin sekali ku jejaki.


   Seperti yang ku ceritakan, ramai kawanku bukan Melayu tetapi Cina dan India.Salah seorang temanku yang berbangsa India, agak rapat juga denganku.Kami belajar bersama-sama walaupun tidak berdua namun aku tahu perhatiannya lebih padaku.Meskipun temanku itu berbangsa India, namun budi bahasanya amat aku senangi.Dalam kami mengulangkaji untuk SPM yang makin hampir, dia selalu meminta nasihatku tentang agama.Dengan senang hati dia ku ajari.


   Suatu hari, temanku meminta aku mencarikan satu nama agar dapat diguna sekiranya dia memeluk Islam.Maka dengan senang hati ku beri nama Mohd Hilmi Syafiq.Sementara itu surat-surat berbunga indah masih tetap ku terima.Suatu hari ku dapati tanda tangannya tertulis Mohd Hilmi Syafiq dan tahulah aku siapa sebenarnya pengirim surat misteriku.Aku jadi malu dan ulangkaji bersama selalu aku hindari.

   Apabila menyedari aku telah mengenalinya, dia makin berani meluahkan isi hati.Puas aku cuba mengelak namun surat-suratnya makin berlambak.Lalu ku pinjam gambar teman lelaki kakakku dan buat pertama kalinya suratnya ku balas.Ku nyatakan bahwa cintanya mustahil aku terima kerana hatiku telah berpunya dan ku tunjukkan gambar teman lelaki kakakku sebagi bukti kata-kataku meskipun hakikatnya hatiku tak pernah dimiliki.Dia hanya diam tak berkata apa.


   Surat terakhir ku terima darinya tanpa kelopak mawar dan bahasa pujangga yang biasa.Surat itu hanya kertas koyakan dari buku latihan dan berlubang-lubang kecil seolah-olah sengaja dicarik-carik.Aku tahu dia kecewa namun aku tak boleh menerima cintanya.Sejak detik itu, dia sentiasa melarikan diri dariku hinggalah kini meskipun telah bertahun-tahun berlalu.Cinta bagiku akan datang bila tiba waktunya dan aku tak mahu menghampakan kedua ibu bapaku.Hingga saat ini aku masih tak dapat melupakan nama Mohd Hilmi Syafiq yang aku berikan.

"Ai?Kenapa awak diam?Tadi ia-ia sangat suruh teacher cerita."
"Sedihlah teacher.Kesian dia"
"Apa nak kesian.Kita perlu kejar cita-cita kita dulu bukan kejar cinta"
"Iyalah teacher.Tapi orang lain semua ada couple.Kita nak juga!"
(Pulak!Ni nak bercinta ke nak berlumba?)





   
   
    
   

1 comments:

Lan Bingka said...

apa khabar agaknya mohd hilmi syafiq..

Post a Comment