Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, November 28, 2010

Kazar @ Kazarudin Saisi


   Sutun?Kenapa Sutun?Sebenarnya aku bukan nak bercerita tentang Sutun 1 atau Sutun 2 tetapi aku teringin sekali menulis tentang Kazar, yang memegang watak bapa si Sutun aka adik.Aku memang minat sungguh pada si Kazar ni.Kalau tak silap namaya Kazarudin Saisi.Dulu Kazar seorang penyanyi tetapi entah masa bila bertukar menjadi pelakon pun aku tak ingat.Namun lakonan Kazar bagiku kelas satu biar apa pun watak yang diberikan.

Tentu anda kenal kan yang mana satu Kazar?Tentulah yang kacak beruniform tu.
Gambar dipinjam daripada AyoiAyeenFasha

   Buat ke sekian kalinya, aku tak pernah ketinggalan menonton lakonan Kazar.Contohnya drama Dalil Cinta yang sedang diulang tayang waktu aku menulis entry ini.Aku tak kisah andai pilihan ku atau seleraku selera orang tua kerana bagiku Kazar memang pelakon sejati.Semoga beliau terus aktif berlakon menghibur hatiku yang sunyi.

p.s: Kalau tak silap dulu rambut Kazar ikal ala kerinting tetapi sekarang botak.



1 comments:

rozie tiger said...

pduli apa org nk kta slera tua yg pnting kita tau yg plkon kazarudin saisi seorng plakon yg amat brbakat.. smua watak dia bole bawak.. n punya suara yg best..lam lagu memburu impian.. pling klakau bla dia bwa watak jnaka dgn loghat perak tu hehehe

Let's have a break!