Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, November 29, 2010

Oiii!Buang tebiat ke?



   Apakah perkataan jika dieja dari kanan bunyinya sama sekiranya dieja dari kiri? Jawapannya ialah : K A T A K!Hari ini aku ingin bercerita tentang katak.Bukan kitaran hidup katak kerana aku bukan guru Sains.Salah fakta pula nanti.Aku ingin bercerita tentang pengalamanku dengan katak waktu aku kecil dahulu.

   Seperti yang pernah aku ceritakan, sejak aku mula pandai membaca aku memang obses dengan cerita dongeng.Salah satunya adalah kisah putera katak.Aku baca buku yang ku pinjam dari perpustakaan itu berulang-ulang kali.Maka terpengaruh jugalah aku.Maklumlah gadis kecil 7 tahun, tambah pula zaman kecilku manalah tahu fakta atau fantasi.

Inilah contoh buku yang 'merosakkan' fikiranku

   Maka aku berangan-angan untuk memiliki putera kacak dengan mencium sang katak.Zaman kecilku, rumahku adalah rumah kampung.Waktu itu air paip pun belum ada.Emak menadah air hujan dalam tempayan untuk kegunaan di bilik mandi.Di situlah aku selalu melihat seekor katak puru yang agak-agak sebesar genggaman tanganku.

Gelinya!!!!Macam manalah aku boleh jadi lurus bendul dulu?

    Suatu hari tanpa pengetahuan sesiapa apatah lagi emak yang garang seperti singa, aku telah menangkap si katak puru berwarna kelabu.Dalam hati berkata,"Inilah agaknya putera katak yang ditunggu.".Lalu ku dekatkan si katak ke mulutku.Tiba-tiba," Oiiii anak dara!Buang tebiat ye!Katak pun nak dicium!Pergi buang jauh-jauh!" Tercampak sang katak dek terkejutnya aku melihat emak terpacak di belakang.Nasib baik emak datang, kalau tidak, sampai sekarang agaknya aku gelakkan diriku sendiri.Lurus bendulnya aku.

    Petang nanti, aku pasti takkan melepaskan peluang menonton Putera Katak lakonan Nora Danish dan Zizan Nin.Cuma harapanku, janganlah hujan lagi ( waktu ini hujan mula turun mencurah-curah) kerana jika hujan musnahlah harapanku menonton Putera Katak.Kenapa?Tanyalah ASTRO.

Nora Danish dalam Putera Katak TV3

"Siapa kata aku tak kacak?" kata sang katak

Lebih kurang katak puru je rupa katak ni.

1 comments:

Adam said...

Owh.. cite baru ganti ulik mayang putera katak eh. hehehe

p/s: nak komen siket, sila disable ye → Aku suka komen blog orang tapi…

Let's have a break!