Wednesday, November 3, 2010

"Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku"



   Sebenarnya segan nak turut serta dalam pertandingan "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku" ini.Tapi kata orang, tak salah kalau mencuba kan?Meskipun blog saya ini masih terlalu baru, teringin juga rasanya mendapat review dari sudut pandangan orang lain.Mana tahu, banyak penambah baikan yang boleh saya buat.Tak rugi rasanya.Sebagai bonus, mungkin lebih ramai yang akan sudi singgah ke blog saya yang umpama teratak buruk ni.

   Sebagai orang baru, teringin juga membaca apakah pandangan saudara Sop tentang blog saya ini.Terpulanglah pada saudara Sop untuk berikan pandangan.Asal jangan kutuk lebih-lebih sudahlah ye kerana di samping pemalu, saya ni lembut hati orangnya.;-).Telah lama saya teringin mencari seseorang yang sudi memberikan pandangan tentang blog saya yang umpama budak baru lahir ini.Maka dengan adanya program yang saudara Sop buat, dapatlah saya tunaikan hajat saya tu.

   Untuk blogger-blogger lain yang berminat untuk turut serta dalam program ini, kliklah pada banner program di atas tu.Kemudian lawatilah blog saudara Sop kita dan ikutlah arahan seterusnya.Jika terjumpalah teratak usang saya, sudi-sudikanlah menjenguk dan kalau boleh, silalah jadi pengikut yang setia.Saudara Sop juga menjanjikan cabutan bertuah buat sesiapa yang turut serta.Tetapi itu bukan tujuan utama kita kan, melainkan menambah bilangan kenalan dan pengunjung.

   Akhir kata penutup bicara, sudi-sudikanlah menyertai program  "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku" ini dan sudi-sudikanlah menjadi pengikut saya yang setia.Selamat mencuba!

1 comments:

gnesop said...

terima kasih kerana sertai program ini..:)
tak kutuk punyer.. :) huhuhu

Post a Comment