Wednesday, December 29, 2010

Akhirnya!!!!!

   Akhirnya!!!!Malaysia menjadi juara piala AFF Suzuki!Berapa jumlah gol, berapa kiraan agregat aku rasa semua telah maklum.Aku cuma ingin menyatakan rasa syukur kerana kemenangan Malaysia bermakna maruah negara terbela.

   Sebelum perlawanan, Raja Gobal diejek menjadi Raja Gombal.Sungguh kurang ajar!Bagi orang Jawa gombal adalah kain buruk yang digunakan untuk mengelap kotoran.Walau pun Raja Gobal bukan saudara seagama, aku rasa cukup marah kerana dia dihina.Dengan kemenangan Malaysia malam ini, akhirnya terbukti gombal itulah yang telah menyapu otak kurang ajar segelintir orang Indonesia.

   Apa pun aku tabik pada semangat cintakan negara di kalangan warga Indonesia.Itu yang perlu warga Malaysia contohi.Aku rasa jarang ada warga Indonesia yang memperlekehkan negara mereka sendiri.Hanya satu pesanku buat mereka ; janganlah sesekali memperlekeh atau menghina negara lain kerana aku yakin kamu juga akan marah jika negara kamu dihina.

   Akhir sekali tahniah buat wira-wira negara terutama pemuda berwajah jepun, si penjaga gol kerana berjaya membela maruah negara.Tahniah juga buat para pemain Indonesia kerana berjaya menunjukkan semangat kental yang tinggi.Namun bola itu bulat dan adat perlawanan ada yang kalah dan ada yang menang.Mudah-mudahan, Indonesia juga akan menang suatu hari nanti.Jika itu benar berlaku, aku juga akan tumpang bahagia.

  Hanya satu pintaku, biar apa pun yang berlaku, Malaysia dan Indonesia adalah bersaudara.

2 comments:

hani jalina said...

team football MALAYSIA hebat.. thumup.. hehehe ^_^

whitecappuccino said...

Yeay!! tahniah Malaysia!

Post a Comment