Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, December 20, 2010

Aku ingin menjadi seorang yang baru!

   Cuti semakin hampir ke penghujung.Campur, tolak sebenarnya tinggal seminggu saja.27 Disember ini aku telah mula bertugas.Ini bermakna akan bertambah setahun lagi usiaku.

   Terkadang aku jadi takut mengingatkan usia yang makin meningkat.Bukan ku takut kedut yang mungkin menjenguk atau uban yang mungkin kelihatan.Tapi, aku takut mati.Benar, aku takut mati kerana amalanku masih terlalu sedikit.

   Semakin bertambah usiaku aku tahu aku semakin hampiri mati.Benar, mati itu pasti.Benar, mati itu tidak perlu menunggu usia tua.Maka aku perlu kuatkan tekad agar amalan ku dapat ku pertingkat.

   Tahun yang bakal menjelma juga mengingatkan aku betapa masih terlalu banyak urusan yang harus ku selesaikan.Azam tahun baru?Mungkin hanya penambah baikan buat azam yang masih belum ku laksanakan.Apa yang pasti, aku benar-benar ingin menjadi seseorang yang baru!

Semoga doaku diperkenankan.

2 comments:

Wyna Nubies said...

amin. :)

semoga tahun hadapan lebih baik daripada tahun ini :)

ZWAN SABRI said...

Tapikan, klaw nak mati, time muda pown boleyh matii..
huhu..

Let's have a break!