Sunday, December 19, 2010

Aku nak ajar tapi aku pun tak tau!!!

   Cerita tentang sekolah, teringat pula aku pada anak-anak didikku yang kebanyakannya anak orang senang.Walau pun bukan bandar besar seperti Kuala Lumpur, tempat aku tinggal lengkap segala-galanya.( Yang perlulah sebab kalau IKEA tu takdelah kat sini tapi kedai lain banyak.Tak pun pergi Singapore sebab sebelah je)

   Oleh kerana biasa hidup senang, ramai antara anak didikku yang tak pernah melihat orang menoreh getah.Biji getah pun harap tengok kat rumah Cik Google je.Sawah padi, jauh panggang dari api.Memang sah takde di sini.

   Tentang haiwan pula, setakat lembu atau kambing tu memang mereka masih kenal.Bunyinya macam mana pun masih lagi tahu.Tapi ada haiwan yang berlambak-lambak di tempat lain, seekor pun takde di sini.Akibatnya anak didikku tak tahu langsung macam mana bunyinya.

Bunyi lembu macam mana?
Moooo!!!!( betullah tu)
(Gambar milik cik-ejaa)

Bunyi kerbau ?
.....................
(Semua senyap tak tau apa nak jawab.Kesian anak didikku tak pernah tahu bunyi kerbau)
( Gambar dari album Cik Google)

Inilah haiwannya yang tak diketahui bagaimana ia berkomunikasi.
Aku nak ajar tapi.....
......aku pun tak tahu!!!
(tutup muka sebab malu)

p.s:Masa tinggal di Terengganu aku lupa nak rakam bunyi kerbau


4 comments:

Unknown said...

jd cikgu kt jB ke?area bndar le tuh..anak2 org kaya..huhu..sy pon x taw bunyi kerbau cm ner..huhu

suria lekatlekit said...

erkk.. bunyi kerbau camna ekk?? lupa lak

ong ong kedek kedek said...

Salam ziarah :)

Ha3.. kalo ngajar budak2 bandar memang mcm tu, dulu sy penah ngajar budak2 bandar, ngajar solat je, tingkatan 2 al fatihah pon tak tau, lagi la teruk... hu3

Pendekar Berkuda said...

bunyi kerbau macam ni... kekekekerrrrrrrrrr.....bauuuuuuuuuu.........

hehe...

Post a Comment