Thursday, December 2, 2010

Andai ku tukar anakku...

   Oleh kerana alergikku makin menjadi, aku terpaksa menelan ubat untuk sihat.Sah selepas ini aku tidur 2 jam lagi kerana ubat itu buatku mengantuk tak dapat ku nafi.

   Bila ku fikir-fikirkan terpaksa agaknya aku tukar anakku.Agar alergikku tak menyerang lagi.Anak siapakah akan ku ambil?Buntu fikiranku mencari jawapan.Jika ku tukar anakku mampukah aku terus menyayangi?Aku perlu bijak buat pilihan.Tolonglah bantu aku untuk memilih.

Pilihan pertama : Si arnab gebu.Boleh ku peluk dan ku cium tapi tak cukup jinak buatku

Pilihan kedua : MPPG tentu tak beri.Aku pun takkan mampu beli perfume setiap hari

Pilihan ketiga:Mak datuk!Awal-awal aku tolak!

Pilihan keempat : yang ini ok juga tapi membuang merata-rata.Tak larat aku!

Pilihan kelima : Laa....bukan boleh aku beli di pasar

Pilihan keenam : Akhirnya ini saja yang mampu menghibur hatiku.

Buat anak-anakku, Winda, Cik Kiah, Panji, Caca dan Cici, maafkan mak kerana tak mampu memeluk kalian lagi.Duduk elok-elok di luar ye.
Tapi mak tetap sayang!


2 comments:

LyNn HaMzAh said...

mesti yang banyak2 tu anak kucing kan...

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

panggil iqbal jek =)

ikan laga pun ok la..hehe..

Post a Comment