Sunday, December 19, 2010

Buah belinjau atau binjai?

     Semalam aku tulis entry tentang buah binjai.Tiba-tiba aku teringat tentang buah belinjau.Di tempat lain mungkin sebutannya berbeza tetapi buahnya sama.Aku pun kejut Cik Google dan hasilnya jelas buah binjai berbeza dengan buah belinjau.

   Kalau buah binjai dicicah dengan budu atau sambal belacan, buah belinjau pula buahnya direbus( atau digoreng?Tak pasti pula aku.)Isinya seakan-akan kacang dan rasanya pahit-pahit lemak.(Tapi sedap tau)Ada juga yang ditumbuk dan dijadikan kerepek.Di setengah tempat dipanggil emping belinjau.Rasa macam tak sedap tapi bila makan tak boleh berhenti.Tak percaya, cubalah.

( Gambar pinjam dari didikcinta )
Yang inilah buah belinjau murid-murid!(Eh!Murid-murid cuti lagi)

(Gambar ni tak curi tau tapi pinjam daripada bicaramuslim.com )
Inilah buah belinjau yang telah ditumbuk dan dijadikan kerepek atau emping.

( Yang ini pun gambar pinjam juga.Pinjam daripada wardatulbaida.blogspot.com )

   Terlanjur cerita tentang buah, teringat pula pada buah yang satu ni.Masa tinggal di Terengganu ada yang jenis kampung atau hutan tapi rasanya tetap sama dengan buah yang diimport dari Jepun.Isinya yang telah digoreng lemak dan manis.Eeiiii!!!!Mana nak cari ni?Buah apa?Cubalah teka!

( Buahnya takde nak ambil gambar jadi pinjam gambar daripada permatawangi )
Inilah buah berangan hutan atau kampung.Di Johor rasanya tak pernah aku jumpa.Berkenalan dengan buah ni pun semasa tinggal di Terengganu.

( Gambar pun pinjam.Kali ni tintaberangan yang punya)
Ini buah berangan yang diimport dari Jepun.Isinya wangi, lemak dan manis.Dulu semasa di UKM aku selalu beli di Warta Bangi.

Bagi yang tak tahu, di bawah tu adalah rupa isinya yang .. aduhai.... tak tau nak cerita melainkan rasa sendiri.
(Lemak, manis, berkrim, disukai ramai...Eh!Itu susu!)

( Gambar ikhsan ajuera-story )

Yang kecur air liur, jangan marah ye!

7 comments:

Ainismaira said...

buah belinjau tu yg org wat emping blinjo ke ek? sedap tuu.. xpenah lak tgk buahnye..

King Of Single said...

err aah laa..cam lebih kurag je kan buah binjai dan belinjau...

err mane 1 yg dibuat emping /kerepek tu sbnarnye ye..

belinjau ke binjai?

Zakiyah Zainon said...

buah binjai tu buat jeruk...potong sekali dengan kulit, tabur gula ngan garam..masuk dalam peti ais...biar 1-2 mggu, bagi air buah tu keluar...pastu makan..nyum..nyumm...meleleh air liur nih...time mengandung dulu pekena binjai jeruk sejuk..apa nak kataaa...

belinjau tu rebus, nak makan kopek kulit dia tu...belinjau ada jugak dibuat papadom..:P

Unknown said...

pggil buah binjai..buah belinjau tu org sabah kot pggil

Renjer Sungai said...

kali pertama tgok buah tu...

zul permatang badak said...

...lain dan berbeza....cuma nama disebut hampir sama......

Yellow LEOpard said...

suke jugak buah berangan..sedap.

Post a Comment