Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, December 1, 2010

Dengar!Dengar!Atok nak cakap!

Dengar!Dengar!Atok nak cakap!

" Ehem!(Atok batuk dulu) "
" Bantuan Khas Kewangan Kedua 2010 RM500 dibayar pada 1 Disember 2010 "
" Untuk kakitangan kerajaan ke tok?Tak cayalah! "
" Eh!Budak ni.Tak caya tengok kat sini "


   Tentu ramai yang seronok.Isteri dan anak-anak pun ikut seronok.Walau pun RM500 tu tak banyak dibandingkan dengan pendapatan setengah-setengah blogger-blogger lama, namun ia amat bermakna buatku.Ibarat pemberian dari seorang ayah atau seorang ibu.

    Maka izinkan aku berkata sesuatu," Oleh kerana kita telah pun menerima sumbangan kerajaan ( walau pun ada yang berkata,' Ah!Duit aku tu.Aku bayar cukai!', JANGAN sesekali berpaling tadah dengan mengata-ngata kerajaan.Apatah lagi menyokong parti pembangkang yang tahu membangkang tetapi berjalan macam ketam bangkang.Opps!Ini bukan kempen pilihanraya ye.

   Selamat berbelanja dengan bijak.

Gambar dipinjam dari En.Amin
Tiba-tiba terasa nak makan ketam bangkang

Gambar dipinjam dari Cik Balqis.Namanya gonggong.

Yang ini teringin juga tetapi entah bila dapatku rasa

3 comments:

DKosongLapan said...

Time Kasih sebab bagi RM500!!..... bonus ..... oppsss silap...bantuan kewangannnn

Suhami Ahmad said...

Alhamdulillah lah an. Walaupun takdo bonus, ni pun dah kiro bagus. Yang kato "duit aku tu", janganlah cakap camtu tak baik. Kalau korang taknak labur "duit aku" tu, bek jangan duk M'sia. Kitorang berkhidmat utk membangunkan negara yang korang duduk sekarang ni.

Yan said...

Sedapnya ketam

Let's have a break!