Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, December 22, 2010

Dewi Remaja 2010

   Siang tadi secara kebetulan, aku tertonton (tak sengaja le ) rancangan Dewi Remaja.Wow!Cantik-cantiknya!Aku yang perempuan ni pun boleh terpikat.Apatah lagi orang lelaki!

Kalau tak silap inilah antara dewi-dewinya.

    Rancangan ni ala America's Next Top Model hak milik Tyra Bank. Maknanya adalah tugasan yang mesti dewi-dewi tu lakukan.Hari ini, tugasan yang diberi adalah berlakon.Dalam hati aku sempat berkata, ala....mesti macam kayu.Muka memang cantik.

   Tetamu jemputan yang bertindak sebagai tenaga pengajar adalah Shaheizy Sam(betul tidak aku eja tu) dan Azhar Sulaiman.Setiap dewi diberikan tugasan yang berbeza.Wow!A big applause for them!Semuanya berbakat sebagai pelakon terutama Iraa.Kalaulah bakat mereka digilap aku rasa negara kita akan ada barisan pelakon yang bukan saja cantik tapi berbakat.

   Cuma satu saja aku tak berapa berkenan tentang dewi-dewi ni.Cakap Melayu ala-ala pelat, manja-manja.Tak seronoklah kalau orang Melayu sendiri cakap Melayu pun macam malu-malu.Cuba contohi Maureen Santiago ( penyanyi kita era 80an) yang langsung tiada bunyi mat salleh walau pun suaminya mat salleh dan dia dah berbelas tahun tinggal di negara mat salleh.

   Tentang pakaian, dah namanya dewi, tentulah seksi.Nak kata apa lagi.Cuma bila dah berjaya nanti, pandai-pandailah bawa diri.Apa pun aku 'terjatuh hati' pada seorang dewi bernama Ixara.Dengan rambutnya yang panjang mengurai, matanya yang ayu jelita dan kulitnya yang putih mulus.Sekali pandang boleh jadi gila bayang.Agaknya beginilah jelitanya puteri-puteri dalam cerita bangsawan dulu-dulu.Yang pasti bukan Puteri Mengawan ye ( seorang blogger menggunakan nama Puteri Mengawan )

Cantiknya.....

Jelitanya.....

Ala....seksilah pulak!

Yang ni bukan dewi tapi Maureen Santiago penyanyi popular tanahair era 80an.
( Gambar semua pinjam dari Cik Google)

4 comments:

Siti Safiyyah said...

haa suke jugak tengok ixara..dan lofa!cantik kan? tapi....seksi.hehe

ANATI SOKI said...

kehkehkeh.. mati2 anat igt gmba paling bawah tuh pun gmba dewi remaja gak. muahahahah

Yan said...

I pun rasa lemas dgn cara depa bercakap.. pelat2..kenapa ek?

Abun said...

mana pemenag tue..giler hot meyh..try la review skit..hahahaha

Let's have a break!