Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, December 3, 2010

hati-hati bila opps!

   Telah lama ku perhatikan pakaian anak-anak remaja masa kini.Rata-rata gemar berpakaian seperti orang barat.Meniru bukan tak boleh tapi mestilah berpada-pada kerana tak semua yang berasal daripada barat patut ditiru.Cuba lihat pakaian tradisional kita.Bukankah manis dipandang mata?
   
Tapi tak perlulah bertanjak setiap hari.


Inilah sebenarnya pakaian gadis Johor.Baju kurung telok belanga namanya.


Ini tradisional juga tapi boleh tahan seksi.


 
Eh!Yang ini bukan pakaian tradisional kita tapi masih manis dipandang mata.Pakaian baratlah ni.Nak tiru?


 
Yang ini pun pakaian barat juga.Cantik tapi tak sesuai dipakai hari-hari.

  
Cantikkan?Mana ada seksi seperti gadis barat masa kini.

Inilah fesyen kegemaran anak dara sekarang.Tudung umpama fesyen semata.

2x5

5x2

Jadi berhati-hatilah bila berpacaran opps! berpakaian.

9 comments:

iqbalhakimi said...

hehe..kalau pakai tanjak tu pakai time pegi class mesti gempak.. =D

uMMUhabibahMohdH!Lm! said...

InsyaAllah. Kdg2 terlupe.. So after nih kene beratkan hal pemakaian. Oleh sbb my size is XXL @ XXXL so lebih mudah n lebih senang berbaju kurung atau berabaya :)

trend tuh byk sgt lah skrg ni.. Ingatan untuk diri jugak. kdg2 bace magazines lah byk influence :( Tgk mcm cntik je nk tiru. Pdhal xikut regulations lgsg soal pemakaian. Nampak lah seperti tudung fesyen~

Thnx 4 reminding~

Yan said...

Salam,

u sendiri rasa2nya berani tak nak tegur kalau tgk anak2 dara berpakaian begini. Bertudung sekadar fesen

MOH KEMBARA said...

Salam Scarlett, Gud morning. Hmmm dah banyak kali benda2 cam ni orng bangkitkan tapi masih ramai bebudok pompuan ni pakai cam tuh. Tutup aurat separuh jalan! Sakit mata dan sakit ati nengoknya! Btw, thank tukar font kat entry, senang sikit baca!

Scarlett O'Hara said...

1)Iqbal, tu yg sy nak cadang pada pengetua tu.Cikgu lelaki pakai tanjak sehari dlm seminggu.Tentu kacak!

2)Ummu, kat sini peranan ibu bapa atau kawan2 sgt penting untuk ingatkan.Yg penting kita sanggup ditegur.

3)Yan, klu anak didik sy, biasanya sy tegur ( tapi kena lembut ) tp masalahnya bila emak dia org pun pakai cam tu.So, dlm kaws sklh jelah boleh tegur

4)Moh Kembara,mmg dh bnyk kali ingatkan tp dok cam tu juga.
Ttg font tu kena tkasih kat Iqbal kerana dialah yg ingatkan utuk tukar.

Kpd semua, tq singgah dan singgah lagi ye

Scarlett O'Hara said...

Opps!Silap.Bukan Iqbal tapi hazirulhazwan.

kakchik@ella said...

Entry penuh mesej dn makna. congrats to u ..

Sharifah nor said...

anak2 akak...even duk kat rumah pun..kalau pakai seluar nampak sepender kat blkg..akak tarikkkkk spender tu kuat2..meraung bebudak tu..malahan..kalau duduk tgk tv pun kalau anak dara tu mengangkang ker...siap..mesti kena..

Scarlett O'Hara said...

1) Sy Nor :Wah!Kak Nor kena tegas tu.Kena beri alasan kenapa tak boleh.Sebab budak2 sekarang bijak2 belaka.

2)kak chik : Tq sbb dah penat nasihat budak2.Dia bedal sengih je.Dia org kata, org dulu pun seksi juga.

Let's have a break!