Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, December 22, 2010

Ke manakah kau menghilang?

   Selalunya, tiap-tiap hari dia datang.Bawa anak, isteri, kaum kerabatnya sekali.Riuh rumahku dengan suara mereka yang merdu.Selalu juga ku jamu makanan apa adanya.Kehadiran mereka benar-benar buatku bahagia.

   Namun, 2, 3 minggu ini, kelibatnya langsung aku tak nampak.Aku rindu suara merdunya berlagu.Seperti biasa, makanannya telah ku sedia.Bila-bila masa dia bertandang, makanan akan ku hidang.Kemanakah dia menghilangMerajukkah denganku atau layananku tak cukup buatmu?

   Datanglah lagi wahai teman.Tanpamu aku rasa sunyi dan sepi biarpun riuh rendah, hingar bingar masih dapat ku dengar.Aku rindu kicau merdumu.....

Burung pipit temanku, ke manakah kau menghilang?
( Gambar milik Cik Google)

2 comments:

eiela said...

hehe saya hari tu pun ada spesis burung dilindungi bawak kaum kerabat dia kat anjung rumah, berpasangan cantik..tapi sekarang dah takde. huhu dlu selalu sekodeng diorang, cute je.

Latest Entri :
1) Tips Temuduga Pembantu Tadbir
2) 15736 Visitor Seminggu Blog 2DayBlogger.Com Contest

YUL said...

haha, dah tido dah skrg nie, ehehe

Let's have a break!