Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 18, 2010

Kita patut bersyukur...

Ikan keli kegemaran ramai ( bukan aku tau)
(Gambar pinjam Cik Google )

   Ikan keli, catfish, iwak lele, semua itu adalah merujuk kepada ikan yang sama iaitu ikan keli.Ada setengah-setengah orang merujuk ikan keli sebagai ikan sembilang tetapi di Johor ikan sembilang adalah sejenis ikan laut yang seakan-akan ikan keli.(Dari bentuk ekornya rasanya)

   Pertama kali aku menjamah ikan keli ialah semasa aku tinggal di Terengganu.Sebagai anak Johor yang tidak pernah mengalami banjir, waktu itu aku rasa seronok sungguh melihat ikan keli dan haruan berenang-renang di bawah rumah.Boleh pula ditangkap dan dibuat lauk!Sederhana sungguh hidup orang Terengganu!

   Kini, setelah kembali ke Johor, ku dapati ikan keli semakin mudah didapati.Di mana-mana juga ada ikan keli.Walaupun aku tak berapa gemar ikan keli, aku suka melihat ia berenang-renang di air.Aktiviti memancing keli juga menjadi sebahagian hobi jiran-jiranku.

   Berhampiran tempatku tinggal, ada sebuah tasik yang dipenuhi ikan keli.Ramai juga orang yang memancing di sana termasuklah warga Indonesia.Baru-baru ini ku dengar, kononnya seorang lelaki Indonesia telah mendapat badi dek memancing ikan keli.Lelaki yang mulanya sihat segar bugar, berubah gaya seolah-olah ikan keli.Boleh bayangkan bukan lelaki tersebut tergeliang-geliut umpama ikan keli.Benar atau tidak, tak dapatlah pula aku pastikan.

   Apa-apapun, ikan keli menjadi sumber rezeki setengah-setengah orang.Ia juga bukti betapa Malaysia kita yang tercinta , punya segala-galanya.Pokok pangkalnya usaha kita untuk meraih kesenangan.Kita patut bersyukurkan?

6 comments:

Rozuan Ismail said...

ikan keli kalau wan belajar sains dipanggil filter feeder,, maknanya ikan yg jenis makan segala jenis makanan..kiranya kalau ada kotoran,dia makan je la..tp jgn risau..dah ikan keli tu halal,dia makan apa pon,halal la kan..laen la kalau makan benda haram

Ayen Giggs said...

Same2laa kite bersyukur dgn kurniaan Ilahi......

Scarlett O'Hara said...

keli ngan catfish tak sama ek?

Pendekar Berkuda said...

pendekar suka makan ikan keli...hehe

afj said...

sembilang ngan keli pun dorang xkenal.ketuk je..

afj said...

keli ngan sembilan pun xkenal.ketuk je..lain la keli africa ngan keli kampung,kalau xkenal bule maaf lagi

Let's have a break!