Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 4, 2010

Korea atau Indonesia?

   Dalam aku blogwalking, kerap benar aku berjumpa dengan peminat penyanyi / pelakon dari Korea.Malaysia telah dilanda demam Korea agaknya.Di sekolah pun begitu.Bagai histeria apabila disebut nama-nama selebriti Korea yang aku sendiri pun amat payah untuk menyebutnya.Persoalannya ; adakah semata-mata kerana kekacakan mereka atau memang kerja seni mereka yang berupaya merentas bahasa.Antara nama yang sering disebut anak didikku adalah :

SuperJunior.Boleh tahan kacak patutlah ramai yang terbeliak.Lagu yang aku dengar 'Sorry,sorry'.Boleh tahan juga sedap di telinga.

Yang ini pula SS501 Kim Hyun Joong.Lagu yang popular adalah 'Love ya'.Ini pun ok lah juga.Boleh layan.

Kim Sang Boem ( berbelit lidah aku menyebut.Bunyi macam 'ikan kembung' ) Lagu popular ,'I'm going to meet her'. Pun boleh layan.

Eh!Yang ini bukan selebriti.Ini Kimchi.Peminat Korea tentu taukan?

Yang nilah yang paling aku suka.Kacak dan tampan secukup rasa biarpun mata seperti susah nak dibuka.Namanya Jung Ji Hoon atau manjanya Rain. ( Wah!Teacher!Bukan main. < Ni anak didik akulah yang cakap ni )
Aku pernah menonton siri Full House.Memang romantik sangat.Tak percaya?Tengok gambar kat bawah tu!

Kesimpulannya:Bukan setakat rupa tampan dan wajah jelita tetapi hasil karya mereka memang secukup rasa.Biar pun bahasanya tidak difahami, namun mereka punya aura tersendiri.

   Selain dari Korea anak didikku juga ramai yang gilakan celebriti Indonesia.Karya seni mereka biasa-biasa saja tapi wajah tampan dan jelita.

Ini Randy Pangalila, si hero lembik ( opps!) Cinta Kirana

Raka Cinta Kirana ( nama betul tak ingat pulak )

Aku pun ada pilihanku sendiri.Karya hebat bakat memikat walau pun rupa biasa saja.

Deddy Mizwar, Abang Jack Para Pencari Tuhan

Isa Bajay, Juki anak yang sangat setia dan sayangkan ibu walau pun hanya ibu tiri.

Agus Kuncoro, aku suka juga walaupun menyampah tengok lakonannya sebagai 'Azam' dalam Para pencari Tuhan

Korea atau Indonesia kedua-duanya punya pengikut yang ramai di sini.Bagaimana dengan Malaysia?Ramaikah pengikut di luar sana?Malangnya hanya dua watak di bawah yang menjadi kegilaan.

Sedangkan yang lain, sibuk bercakaran tentang award dan lain-lain!
( Semua gambar ikhsan daripada Cik Google )


Cop!Cop!Atas pemintaan En.A.D.A.M saya sertakan sekali DBSK, artis Korea.(First time saya dengar. ^_^ )



Boleh tahan kacak! Jangan marah!

6 comments:

A.D.A.M. said...

Tak dinafikan, memang kte pun suka korea punye artis.

Tapi yg paling kte suka, x sebut. sobs3. haha.

DBSK best! ^___^

Upin ipin pun best!

A.D.A.M. said...

Hahaha. :D

Suara pun best! Thank youuuu! hee~ (sengih2 panjang)

iqbalhakimi said...

waah..citer full house mmg terbaek!..hehe

iqbal peminat tegar lisa surihani...weee

Halusinasi said...

ske stail mereka!!! memg minat gler dgn DBSK!!! Semua lagunya sy ske!!!

suhaily said...

memang da jd kebiasaan..masa sy belajar dulu2 pun memang kami minat artis2 korea dan jepun..indonesia??? x minat..hehe...kalau tanye sy, sy minat sebab sebab jln cerita drama2 dr sana lain dr yg lain..xde kat Malaysia ni... cerita yg ringkas and sweet...skrg ni pun sy tgh cube habiskan drama my gf is gumiho.. <3<3<3

Ira Hani said...

in love with kim hyun joong.. huhu

Let's have a break!