Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, December 8, 2010

Kucing pun tahu bersyukur!

   Kita selalu mengeluh.Duit tak cukup, rumah tak besar, kereta tak laju,isteri tak cantik, suami tak kaya dan macam-macam 'tak' lagi.Tetapi hakikatnya ramai antara kita yang kaya.Tak percaya?Cuba tanyakan diri sendiri.Ini yang aku buat ni!

1.Rumah : 4 bilik, 4 bilik air.Tak payah kongsi2.Orang lain ada yang takde bilik pun.Bilik air pun kongsi ramai-ramai.

2.Kereta : Walau pun bukan kereta mewah, tapi oklah untuk kerja dan urusan lain.Orang lain ada yang jalan kaki sebab basikal pun takde.

3.Tv : Walau pun bukan LCD tapi ok sangat untuk menonton.Ada Astro, TV pun boleh tahan besar.Orang lain TV kecil pun ada yang tak mampu nak beli

4.Makanan : Bila-bila masa boleh nak makan ayam ke, daging ke, atau lain-lain makanan yang terlintas di fikiran.Orang lain nak makan lauk kicap pun ada yang tak dapat sebab nasi takde.Takkan nak minum kicap?

5.Kerja : Walau pun tak aircond sentiasa ( dlm bilik sendiri je ada aircond) tempat kerja aku selesa.Kipas 3 satu kelas.Orang lain ada yang takde kerja pun.Menganggur tanam anggur.

6.Gaji : Walaupun taklah sampai 5, 6 ribu, tapi cukuplah untuk hidup.Orang lain nak dapat seribu sebulan pun susah!

7.Komputer : Bukan setakat pc, netbook dan laptop pun ada.Jemu guna pc, guna laptop.Jelak guna laptop, guna netbook.Orang lain nak beli pc second hand pun fikir 2,3 kali

8.Pakaian : Penuh satu almari.Itu tak masuk yang aku bungkus dalam plastik-plastik hitam.Nak buang sayang!Walau pun bukan jenama terkenal dan mahal, tapi cukup sangat untuk guna hari-hari.Orang lain, nak tukar setahun sekali waktu hari raya pun susah.

9.Duit : Cukuplah untuk keperluan walaupun tak berkepuk dalam bank.Orang lain nak makan pun kira duit syiling.

10.Alat tulis : Mak datuk!2 kotak besar alat tulis aku.Pen macam-macam jenis.Yang biasa, yang fancy semua boleh didapati.Orang lain nak beli pen sebatang pun susah.
( Tiap-tiap tahun aku beli alat tulis baru.Pantang jumpa alat tulis cantik, terus aku beli.Akibatnya pen beli tahun lepas pun belum aku keluarkan dari plastiknya.Boros betul aku)

Kesimpulannya :
Kita sebenarnya kaya kerana apa yang kita ada, melebihi keperluan kita.Jadi janganlah kita selalu mengeluh tetapi haruslah sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.
Setuju?

 
Tengok?Kucing pun tahu bersyukur!
(Gambar dipinjam daripada Cik Google )

3 comments:

caera puttih said...

btol...kte tak bersyukur ape yng kite ade..

Uruchimaru @ kf said...

emm mention perkara no.2 syukur xder kete takyah pening kpala fikir bajet sbb minyak naik!

grOundnUt said...

alalala..comelnye...nanti ada chance kacang letak video kucing bersyukur dapat makanan...^^'

Let's have a break!