Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, December 27, 2010

Malaysia : Indonesia

   Malam ini tentu ada yang tidur dengan senyuman kerana Malaysia menang melawan Indonesia.Aku pun senyum juga tapi taklah sampai ke telinga.Aku rasa pelik jugalah.Bukan aku pelik Malaysia menang.Itu biasalah adat perlawanan;ada kalah ada menang.Aku pelik melihatkan ragam manusia.

   Apalah faedah Malaysia dan Indonesia nak bergaduh?Kalau anda tahu sejarah asal-usul orang melayu di Malaysia terutama di Johor dan sebahagian Selangor dan Perak, tentu anda tahu yang mereka ada pertalian darah dengan orang Indonesia.Ok, bagi orang Malaysia mungkin kita lebih terbuka dan baik hati menerima saudara kita di Indonesia.Tetapi mengapa orang Indonesia sendiri amat sukar menerima orang Malaysia.

  Berbalik kepada asal-usul melayu di Malaysia, tentu kita maklum yang orang melayu di Malaysia terbahagi kepada beberapa suku seperti Jawa, Bugis atau Bawean.Cuba saudara di Indonesia fikirkan, bukankah suku-suku itu berasal dari Indonesia?Maknanya kita memang bersaudara.Nama-nama aneh seperti Parjo, Daing Merewah, Pulungan, Hamonangan atau sekadar Khairunnita memang sah bukan milik asal orang Malaysia.Tetapi hakikatnya ramai juga warga Malaysia khasnya di Johor mempunyai nama-nama begitu.Mereka bukan pendatang tetapi dilahir dan dibesarkan di Malaysia sebagai warga Malaysia hanya asal-usul nenek moyang mereka dari Indonesia.

   Jika anda sedar, di Johor khasnya masih ramai etnik Jawa yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Jawa.Dari mana asalnya?Tentulah dari Indonesia.Adat atau budaya Jawa Indonesia juga diamalkan oleh orang Jawa di Malaysia.Kenapa?Kerana mereka asalnya dari darah yang sama.Mereka bersaudara.Oleh itu tiada faedahnya jika orang Indonesia membenci warga Malaysia kerana ramai warga Indonesia di sini yang diterima baik oleh orang Malaysia.Tentang baik atau jahat bukan bangsa yang menentukan tetapi pegangan agama masing-masing.

   Kepada warga Malaysia, bersyukurlah menjadi orang Malaysia kerana kita ada segala-galanya.Tetapi jangan sesekali menghina orang Indonesia.Buat warga Indonesia, kami warga Malaysia kagum dengan semangat cintakan tanah air anda, Indonesia, tetapi pada masa yang sama anda juga perlu faham bahawa kami warga Malaysia juga sayangkan tanah air kami.Oleh itu sama-samalah kita berganding bahu dan bersatu padu kerana Malaysia dan Indonesia sebenarnya adalah bersaudara.

   Buat pasukan bolasepak Malaysia yang bakal bertarung di Indonesia, berjuanglah dengan semangat kesukanan yang asli.Mudah-mudahan kemenangan kalian tidak bakal menjadi cemuhan.

      



2 comments:

Tuan Penasihat said...

sangat setuju dengan SPO. Sebenarnya isu ni boleh meletup sebab ada segelintir yang nak pelaga sangat 2 2 negara ni. Sempit betul fikiran mereka, pikir untung sendiri ja. Tolonglah, hormat sesama kita.

nur said...

scarlettt
ye.. semanagt setiakawan harus ada sbb kita serumpun
ALL IN ONE

Let's have a break!