Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, December 15, 2010

Manusia berspesis lelaki


SIBU: Kasih anak kecil yang tidak mengerti apa sebenarnya berlaku menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun kelaparan dan ditemui tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang sudah berulat dipercayai mati akibat dibunuh kira-kira tiga hari lalu di sebuah rumah teres di Jalan Hua Kee, di sini.

Ketika ditemui jam 4.30 petang semalam, kanak-kanak itu duduk tidak bermaya di sisi mayat ibunya yang terlentang di atas tilam dalam bilik tidur dengan kesan kecederaan di badan dan telinga kanan. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Zamani Hamdan, berkata kanak-kanak berkenaan ditemui anggotanya yang bergegas ke lokasi selepas mendapat laporan pemilik rumah yang didiami wanita berumur 34 tahun itu apabila terhidu bau busuk. 

Katanya, pemilik rumah itu pada mulanya ke rumah yang didiami ibu tunggal terbabit untuk memungut sewa bulanan sebelum curiga apabila panggilannya tidak berjawab sebelum terhidu bau busuk meloyakan daripada dalam rumah itu.


“Dia menghubungi polis yang kemudian membuka pintu dan menemui sekujur tubuh dalam keadaan sudah berulat terlentang di atas tilam di dalam bilik tidur.

“Di sisi mayat itu duduk seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan lemah kerana tidak makan dan minum sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika dihubungi semalam. 

Zamani berkata, berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat itu, polis percaya wanita terbabit mati sejak tiga hari lalu dan kanak-kanak perempuan itu tetap menemani ibunya. 

“Berdasarkan siasatan awal, kami menemui beberapa kesan kecederaan pada kepala dan telinga kanan mangsa dan tidak menolak kemungkinan wanita yang berasal dari Sibu itu mangsa pembunuhan. 

“Bagaimanapun, kami masih menunggu laporan penuh bedah siasat ke atas mayat bagi mengetahui punca kematian wanita itu,” katanya. 

Zamani berkata, kanak-kanak perempuan berkenaan dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut kerana dipercayai trauma dengan pengalaman yang dilaluinya dan keadaannya dilaporkan stabil. 

“Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan seorang lelaki yang juga bekas suaminya bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.





    Apa perasaan anda saat membaca berita di atas?Bagiku ini satu lagi contoh betapa seorang wanita ( dan juga ibu ) MESTI berdikari sama ada untuk mengisi perut sendiri atau anak-anak, juga untuk menjaga keselamatan.Mungkin manusia yang bergelar lelaki hanya wujud dari segi jasadnya tetapi tidak pada tanggungjawab dan kewajiban.

   Banyak kejadian jenayah terhadap wanita dilakukan oleh suami atau bekas suami.Maknanya biar pun pernah hidup bersama dan mendirikan mahligai bahagia, apabila seorang wanita itu tidak lagi bernilai buat lelaki, maka sewenang-wenangnya sang lelaki akan menyiksa, mendera,malah mencabut nyawa.

   Status sebagai suami tidak seharusnya menjadi tiket untuk berbuat sesuka hati terhadap wanita.Contohnya kes cabul yang dilaporkan baru-baru ini.Tiada wanita hatta isteri sekali pun yang rela dicabul.Jika benar suami ingin rujuk, mestilah mendapat persetujuan isteri, bukan dengan secara paksaan.

   Kes menjual isteri kerana ketagihan arak juga baru saja dipaparkan di suratkhabar semalam.Ini menambah lagi koleksi cerita-cerita suami yang sebenarnya tak layak menjadi suami.Hakikatnya, terlalu banyak kes-kes suami mendera isteri terutama deraan mental.Hanya mereka yang mengalaminya saja mengetahui tetapi tidak ramai yang sanggup dan cukup berani untuk membuat laporan.Maka semakin parahlah luka di dada.

   Sebagai pemerhati, aku rasa tak salah perempuan hidup sendiri andai bersuami hanya menyakitkan hati.Jika makan minum, sakit pening dan rumah semuanya disara sendiri apa guna hidup bersuami?Apa pun tepuk dada, tanya selera.
   

   

4 comments:

Sharifah nor said...

setuju sangat2 dgn pandangan di atas..

mary ann ;) said...

kesiannya..
siapalah yang sanggup bunuh dia nie..
kat anak dia tu lagi kesian..hmm

Rozuan Ismail said...

kesian budak tuh..kecik2 dah kena uji macam tu..mesti budak tuh seorang yg sgt tabah

Siti Noraisyah said...

Kesiannya anak tu...

Let's have a break!