Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Monday, December 6, 2010

Muncullah Wan...97

   Wow!500!Bukan RM500 tetapi 500 follower!Sebenarnya aku dah berniat untuk memberi sesuatu kepada followerku yang ke 500.Dalam hati, ku rasa mungkin bakal penerimanya adalah teman-teman di kalangan blogger.Manalah tahu salah seorang yang ku follow semasa aku bw, menjadi follower ke 500 ku.

   Aku memang sengaja tidak menguar-uarkan tentang hadiah bakal ku beri.Aku mahu followerku ikhlas dan tidak minta dibalas.Kali terakhir aku menjenguk Scarlett's Petals, jumlah terkumpul adalah 496 dan tepat jam 3.45 petang tadi ku dapati genap 500.

   Lalu aku pun cuba mencari siapakah dia followerku ke 500.Wan...97; itulah nama yang ku temui.Ku cuba melihat profail agar dapat ku jenguk ke blognya namun sia-sia.Rupa-rupanya bukan dunia nyata saja kecil, alam blogger juga serupa.Bukan temanku di kalangan blogger si follower bertuah tetapi mungkin anak didikku sendiri.

   Setakat 4.29 petang ini Wan....97 masih belum dapat ku jejaki.Harap-harap follower misteriku ini muncul juga memperkenalkan diri agar dapat hadiah ku persembah.Muncullah Wan...97!Namamu ku seru!

Adakah ini hadiah misterimu?

Atau mungkinkah yang ini?

Bagaimana jika ini hadiahnya?



Wajah samar-samar Wan...97

3 comments:

IBU WAFIQ said...

wah...untung wan...97
dah rami follower yer..tahniah..
ibu wafiq dah lama follow..kalu lom follow rs jugak nk tunggu jd follower yg ke 500..;-)

fa10 said...

siapakah yg bertuah itu?

Ayen Giggs said...

Ayen Giggs pun nak jugak......huhu.

Let's have a break!