Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, December 16, 2010

Nenek 103 tahun pengguna paling tua Facebook

Nenek 103 tahun pengguna paling tua Facebook

LILLIAN LOWE menunjukkan muka surat Facebook miliknya di iPad.


TENBY - Seorang nenek, Lillian Lowe yang berusia 103 tahun dipercayai menjadi pengguna Facebook tertua di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Lillian dari selatan Wales, Britain, Lowe membuka akaun di laman jaringan sosial berkenaan untuk berhubung dengan tujuh cucu dan 13 cicitnya.
Dia melayari Facebook dengan menggunakan komputer iPad milik seorang cucu lelakinya, Steve.
"Saya menyukainya, Facebook amat menarik. Ia cara yang menarik untuk berhubungan dan mendapat maklumat," kata nenek itu.
Menurut Steve, neneknya masih memiliki daya ingatan yang baik dan dia gemar mengambil tahu keadaan cucu dan cicitnya.
Dilahirkan pada tahun 1917, Lowe merampas gelaran pengguna Facebook tertua daripada Ivy Bean yang meninggal dunia semasa tidur pada usia 104 tahun, Julai lepas. - Agensi

    Siapa kata Facebook hanya membuang masa?Bukti di atas menunjukkan jika kita tahu menggunakannya dengan betul, Facebook akan menjadi suatu cara berhubung.Pokok pangkalnya hati.Kalau niat kita baik, baiklah jadinya.Kalau awal-awal lagi dah niatnak 'mengenyam' maka negatiflah jadinya.

    Kesimpulannya adalah sama-samalah kita contohi nenek Lillian Lowe dengan menggunakan Facebook dengan cara yang betul.Jom 'add' nenek Lillian nak?


"Boleh saya 'add' sama?"kata Cik Ceng.


4 comments:

man yusoef said...

facebook pakai ipad tu..tak tahan btol nenek ni..glamer habis..hahaha

Rozuan Ismail said...

glamour mak cik tuh..x kan mak cik ni maen poker kt fb jgak..huhu

beLLa said...

rugged btol nenek neh. ;p

betol tuh.kte yang tentukan mende tuh baek ke tak .betol cara guna fb, byk la faedahnya ;)

giha lalala said...

btol2.. diri sendri yg kene tentukan sama kearah kebaikan atau sebalik nye :p

salam perkenalan :P

Let's have a break!