Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 4, 2010

Penyakit blogger kian menular!Awas!





   Pagi-pagi lagi aku dah terima call daripada seorang ibu.Anaknya adalah anak didikku.Si ibu beria-ia membebel tentang anaknya yang liat bangun tidur.Kasihan sungguh ku dengar rintihan si ibu.

" Tiap-tiap hari bangun lewat.Puas saya kejut pun membuta lagi.Saya ni dahlah semput.Nak buat semua kerja pagi-pagi.Bapak dia pun sama.Tension saya cikgu.Tolonglah cikgu cakapkan kat anak saya ni."

   Itulah luahan hati si ibu.Setelah puas si ibu meluahkan perasaan, aku meminta untuk bercakap dengan si anak,seorang gadis sunti 14 tahun.Anak didikku ini boleh tahan juga rajin di sekolah.Hormat pada guru-guru.

"Hello!Z*** ke tu?Z*** tak bangun tidur lagi ke?"
"......." ( Senyap.Tiada response)
"Tak baik anak dara bangun lewat tau.Nanti muka cepat kedut.Banyak jerawat.Nak?"( Aku mula beri kaunseling)
"Saya mengantuk sangatlah teacher.Saya tidur pukul 4 pagi.Sok saya bangun awal tolong mak"
"Malam tadi buat apa?"
"Blogging!Buat sticky post dengan update entry  yang macam teacher ajar tu."
"Laa.....Kenapa sampai tak tidur?"
"Excited teacher!"

    Aku rasa nak tergelak pun ada rasa bersalah pun ada.Itulah salah satu penyakit blogger.Waktu tidur jadi tunggang terbalik.Kesimpulannya, boleh nak berblogging ' nak oi!' tapi janganlah sampai bangun lewat, tak solat subuh, lawan cakap emak.Dosa tu!

"Ayah Z*** duty malam ke mak kata bangun lewat juga?"
"Taklah teacher.Ayah pun blogging juga."
"Laaa......"
(Inilah salah satu penyakit yang aku ceritakan dalam entry yang lepas)


3 comments:

MIRA :) said...

anak ngn bapak same rupenye.hehehe emagnya!

Sca Ndx said...

er er. bapak moden. main blog.

Scarlett O'Hara said...

Agaknya ramai yang cam tu kot?Satu family blogging.

Let's have a break!