Thursday, December 16, 2010

Rancangan realiti TV bo**l diperkenalkan.

Peserta realiti bogel diperkenalkan


BARISAN peserta yang menyertai program realiti televisyen, The Nak'd Truth di Land O'Lake, Amerika Syarikat.


LAND O'LAKES - Sebuah program realiti televisyen di Amerika Syarikat (AS) yang menjalani penggambaran di resort bogel Caliente, Pasco, memperkenalkan para peserta siri itu buat kali pertama, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Program itu, The Nak'd Truth menampilkan lapan orang peserta yang akan tinggal sebumbung tanpa memakai pakaian selama sebulan.
Mereka juga akan berkerja di resort itu yang terletak di negeri Florida.
Sebahagian peserta The Nak'd Truth itu yang terdiri daripada warga tempatan berkata, mereka teruja dapat menyertai program realiti tersebut.
Namun, tidak semua peserta memaklumkan kepada keluarga dan rakan-rakan mengenai penyertaan mereka.
"Sebenarnya, saya pun masih belum memberitahu sesiapa," kata seorang peserta lelaki, Wayd Dionne, 23.
"Cuma ibu saya yang tahu mengenai penglibatan saya dalam siri realiti ini dan dia menyatakan sokongannya kepada saya," tambahnya.
Sementara itu, para penerbit program realiti itu memberitahu, mereka akan mengaburkan bahagian sulit peserta selain menggunakan sudut kreatif kamera bagi mengelak kontroversi sepanjang siri itu ditayangkan. - Agensi
Sumber : Kosmo 16 Dis 2010
   Apa reaksi anda setelah membaca berita di atas? Rasanya agama apa sekali pun takkan membenarkan penganutnya memperbodohkan diri dengan berbogel.( beritahu aku jika aku silap ) Rancangan realiti pula tu?Betul-betul gila!Lama-kelamaan manusia akan menjadi haiwan, haiwan menjadi manusia.Mudah-mudahan rancangan realiti yang satu ini, takkan pernah ditiru di negara kita.
Cuba bandingkan gambar-gambar di bawah.Yang manakah lebih cantik?
...yang berbogel?
 ... atau yang berbaju?
Tentu yang berbaju kan?

3 comments:

Unknown said...

apa?x pakai baju sebulan bawah satu bumbung?gila ke apa diorang ni..tp x pe la,diorang orang barat,tapi memang x masuk akal

Anonymous said...

hahhha..mmang gile.x de keje agknya.

orang muo said...

org barat semakin jahil

Post a Comment