Thursday, December 23, 2010

Sayang anak-anakku!

   Post kali ini dibuat dengan rasa bahagia yang tak terhingga.Kalah Pendekar Kuda atau En.Ben Ashaari dapat BE.Keputusan PMR amat membanggakan!

   Pagi-pagi hari lagi aku dah hadir ke sekolah.Berdebar jangan katalah.Rasa-rasanya nak tercabut jantungku.Sebaik sahaja keputusan straight A diumumkan, airmata bahagia mula mengalir laju.Bahagia yang amat sangat.Walau pun mereka bukan anak-anak darah dagingku, namun mereka anak-anakku juga.

   Bagi anak-anak yang memang di kelas elit, bahagia memanglah menggebu-gebu.Namun bagi kelas-kelas aliran biasa dan lulus pun sukar dijangka, kejayaan yang diberi benar-benar aku hargai.Terharu sungguh hingga kini masih terasa mengalir air mata gembira!


   Selain peningkatan peratus kelulusan keseluruhan daripada 56% (09) ke 81.58%(10)  aku juga amat gembira kerana sekolahku tercinta menjadi sekolah harian ( bukan kawalan ) terbaik di daerah ini dan ke5 terbaik jika dikira dengan sekolah kawalan.Bahagianya!!!!!


   Untuk penghargaan buat anak-anak yang berjaya cemerlang. ku lakarkan nama-nama kalian untuk tatapan:


Pelajar Cemerlang Straight A : ( Love you all)


1.Aina (8A)
2.Norliza(8A)
3.Nurzulaika(8A)
4.Nurfaiha(8A)
5.Hazaliana(8A)
6.Puteri(8A)
7.Qurratul(8A)
8.Siti Hafizah(8A)
9.Ummul Qisti(8A)
10.Mohd Asyraf B(8A)
11.Aimi(8A)
12.Ashwini B(7A)
13.Ashwini T(7A)
14.Durga(7A)
15.Nitiyashini(7A)
16.Syazyati(8A)
17.Wan Shahira(9A)
18.Farhana(9A)
19.Farhani(9A)
20.Aqilah As(9A)
21.Amirul(9A)
22.Natasha(9A)
23.Aminul(9A)
24.Hafetz S(9A)
25.Hafiz Shakirin(9A)
26.Siti Suraya(8A)


Buat 34 anak-anak near miss cemerlang, kalian juga cemerlang !!!!


SAYANG SEMUA!!!!


Terima kasih tuhan!!

9 comments:

Unknown said...

tahniah..itulah hasil usaha semua guru,pelajar,kakitangan serta ibu bapa..

umiawadah said...

tahniah! tidak sia-sia segala pengorbananmu kepada anak-anak...

ZWAN SABRI said...

Ramainya yang dapat 8A..
tahniah2.. ;)

KakD said...

wahhh tahniah buat sume anak2 didik sis :). tumpang gembira jugak.

sarah-najwan said...

tahniah cikgu scarlett..samolah kito..pendidik jugok..tadi rezak pmr kat my skol pom best jugok..hehe

tahniah lgi sekali..

Maznah Yusoff said...

Tahniah buat akak yang sentiasa menemani diri ini dalam menjaga pelajar KRK. Semoga SMKPG akan terus mencipta sejarah yang lebih manis untuk 2011 nanti.

Mat Pintu said...

oh, kak scarlett seorang guru rupanya...tahniah kpd anak2 didik. kpd yg gagal, jgn kecewa, rezeki ada di mana2. yg penting bersyukur :)

siapa apex @ khairul fahmi??

Cempakamelati said...

Tahniah buat awak sebagai guru mereka yang mendidik mereka dengan penuh berhemah. Tahniah juga untuk mereka semua yang telah berlajar bersungguh-sungguh.

| mady o`lala | said...

pg 1 is great...
pg number 1 !!!
teacher..
my english is `A`..
thank teacher :)

-ahmad idham-

Post a Comment