Saturday, December 11, 2010

Si itik dan si mulut takde insuran

( Gambar ikhsan ekawan )
Si kucing itu adalah aku dan si itik comel itu pula seseorang yang sedang bengang gara-gara si mulut murai.

Inilah rupa murai

    Aku yakin ramai yang faham makna 'mulut murai' Maksudnya adalah mulut yang tak berhenti bercakap.(Bukan tak berhenti makan tau!) Kalau setakat bercakap tu tak apalah juga tetapi kawan aku ' si itik' tu bengang habis dengan seseorang yang bukan setakat 'mulut murai' tetapi 'mulut takde insuran', mengata orang tak habis-habis.Tu yang aku jadi kucing tukang pujuk tu.

   Konon ceritanya si 'mulut takde insuran' tu takdelah kaya mana.Kereta setakat Proton je tapi dok mengata 'si itik' yang berkereta Honda.Konon 'si itik' miskinlah, kedekutlah dan macam-macam lagi.Memang zahirnya si 'mulut murai' tu berbelanja mewah ( aku pun pelik banyak pulak duit dia) tapi ' si itik ' tu sebenarnya lagi kaya.Cuma orang terpelajar berbelanja secara berhemah.Anak-anak tak dimanjakan sangat.Barang perlu saja dibeli.Walau pun duit sentiasa ada, kena juga berpada-pada.

   Baru-baru ini 'si mulut murai' dapat peluang berniaga.Kecil-kecilan je sebenarnya tapi bolehlah tambah pendapatan.Mak datuk!Dia punya sombong kalah taukeh lombong.Dengan suami dan anak-anak semua sama naik.Berlagaknya.Aku yang gaji ribu-ribu pun takdelah sombong macam tu.Yang kasihannya anak-anak kerana dididik dengan cara yang salah, terlalu sombong sedangkan mereka sebenarnya hanya pipit dan si itik itulah helang.

   Aku kenal ' si itik' sebagai seorang yang sabar, baik hati dan tak berkira sangat.Tetapi dek kerana 'si mulut murai' aka 'si mulut takde insuran','si itik' sabar pun bertukar menjadi naga.Mana boleh tahan?Aku hanya mampu memujuk agar ' si itik' terus sabar walau pun sebenarnya aku pun telah lama hilang sabar.Madu ku beri tuba yang dibalas!Tak pernah cuba ukur baju di badan sendiri.Silap-silap haribulan aku pula yang meletup nanti!Geram!!!

Inilah rupa kereta 'si itik'.Walau pun kereta lama tapi 'si itik' puas hati kerana ukur baju di badan sendiri.Bukan tak mampu beli Honda yang baru tapi 'si itik' pentingkan anak yang di universiti.Tapi kereta ni 'si itik bayar tunai.Take hutang kat bank.

Ini pula kereta 'si mulut takde insuran'.Tu pun mengeluh tiap bulan nak bayar.

Jadi? Anda fikirlah sendiri!


3 comments:

Anonymous said...

Blog Baru (2010) Pilihan??? kalau berbesar hati untuk undi saya. UNDI N0.108. nak tahu lebih lanjut? tekan sini

http://miela-tahril.blogspot.com/2010/12/blog-baru-2010-pilihan-undi-no108.html

terima kasih kerana sudi meluangkan masa :)

Unknown said...

manusia kadang2 berlgak sbb nak dye lbih dr kita jew..

p/s jgn lupa undi BBPM no 22 k?

Anati Soki said...

hehehe.. manusia manusia :)

Post a Comment