Thursday, December 16, 2010

Suami atau biri-biri?

Rompakan nekad bawa padah


DI rumah sewa tamu Kubang Kerian, Kelantan inilah Che Rosnani dan anaknya, Shazrina Shariz didakwa merompak seorang wanita hingga mengakibatkan mangsa kerugian RM20,000 pada 1 Disember lalu.



KOTA BHARU – Perbuatan dua beranak merompak seorang wanita semata-mata untuk melangsaikan hutang mereka tidak ke mana apabila kedua-duanya dihukum penjara sebelas tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Dazuki Ali, memerintahkan Che Rosnani Mohd. Rawi, 47, dan Shazrina Shariz Kamaruzaman, 29, masing-masing dikenakan hukuman penjara lima dan enam tahun atas pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama.
Che Rosnani, seorang jurujual barangan sebuah syarikat dari Melor dekat sini merupakan ibu kepada sembilan anak manakala Shazrina Shariz pula ibu kepada enam anak. Shazrina merupakan anak sulung Che Rosnani.
Suami Che Rosnani bekerja di sebuah stor kayu manakala suami Shazrina Shariz pula kini ditahan di pusat pemulihan dadah.
Dasuki menjatuhkan hukuman tersebut selepas mengambil kira fakta kes dan rayuan kedua-dua tertuduh. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama di antara pukul 3 dan 3.30 petang 1 Disember lalu merompak mangsa di sebuah rumah sewa tamu di Kubang Kerian di sini.
Kejadian tersebut menyebabkan mangsa kehilangan dua utas rantai tangan, dua bentuk cincin, tiga utas rantai leher, sebuah telefon bimbit dan wang kesemuanya bernilai RM20,000. Mangsa merupakan tukang jahit.
   Ok.Dah baca berita di atas? Aku bukan nak memperkatakan tentang jenayah.Hari-hari orang memperkatakan tentang jenayah.Tetapi aku nak memperkatakan tentang peranan lelaki sebagai seorang lelaki.Jangan tahu jadi 'laki' je.
   Aku tahu, takkan semudah itu seorang yang bernama perempuan menggadaikan maruah menjadi penjenayah jika tidak kerana sesuatu yang betul-betul mendesak.Faktor utama penyebab kedua-dua wanita tersebut menjadi penjenayah ialah si suami yang tak tahu tanggungjawab sebagai seorang suami.

   Sila lihat ayat yang aku 'merahkan'.Kerja sebagai tukang kayu itu tidak hina tetapi yang hina adalah tidak memberi nafkah kepada isteri apa tah lagi anak-anak.Ingat isteri dan anak-anak ada magic ke boleh kenyang sendiri?

   Manakalah suami penagih dadah, memang dah sah umpama sampah.Orang beristeri dia nak beristeri tapi makan minum sendiri pun isteri yang cari.Jadi kesimpulan bagi kes 2 wanita merompak demi wang adalah : 20% kesalahan pada mereka kerana mengambil jalan singkat menyelesaikan masalah.Manakala 80% adalah kesalahan sang suami yang peranannya lebih kurang sama suami sang biri-biri.( Tahu kahwin je, jaga kebajikan anak isteri tak reti! )



( Aku pun tahu jaga isteri! Bekk!Bekk! )
Gambar pinjam daripada Cik Google

1 comments:

Bee said...

bekk bekkk...tuh lah lelaki...

Post a Comment