Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, December 2, 2010

Syukur padaNya

  

  Pada 21 November 2010 yang lalu ada aku tuliskan tentang Nenda Kamsiah yang telah dikejarkan ke hospital kerana pendarahan dalam otak.Pada masa yang sama, cucunya melangsungkan majlis perkahwinan.

  Semasa aku berpeluang melawat Nenda Kamsiah di Hospital Regency pada 22 November 2010, keadaannya agak membimbangkan.Waktu itu beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi.Pelawat tidak henti-henti mengambil giliran untuk melawat.

  Walau bagaimanapun, syukur ke hadratNya kerana semalam, 1 Disember 2010, Nenda Kamsiah telah pun dibenarkan pulang.Beliau masih lagi belum sembuh sepenuhnya kerana kesan pembedahan di kepala namun beliau telah boleh duduk di kerusi roda dan mengenal para pelawat yang datang berkunjung.Doaku agar Nenda Kamsiah akan terus beransur sihat.





   
   

2 comments:

ctpayong said...

semoga Nenda Kamsiah cepat sembuh.

EDY said...

sy doakan nenda cepat sembuh

Let's have a break!