Monday, December 27, 2010

Takkan melayu hilang di dunia:Aku takut!

   Takkan Melayu hilang di dunia!Itulah kata-kata hikmat Laksamana Hang Tuah yang selalu jadi mainan di bibir.Jadi mainan?Ye, jadi mainan kerana memang Melayu takkan hilang di dunia kerana darah Melayu tetap mengalir di tubuh anak-anak Melayu.Namun persoalannya; sejauh manakah jati diri Melayu berjaya dipertahankan?

   Pertama ; Berjayakah anak Melayu mempertahankan maruah?Satu soalan yang amat menakutkan kerana bukti di mana-mana menunjukkan semakin ramai anak Melayu hilang maruah.Kenyataan menyakitkan tetapi itulah kenyataan.Melayu berjati diri Melayu berpaksikan Islam takkan pernah berkhalwat, bersekedudukan, bermukah atau membuang anak bersepah-sepah.Bangkitlah ibu bapa!Bimbinglah anak-anak yang mula tersilap arah!

   Kedua ; anak Melayu sentiasa menjaga aurat kerana Melayu dan Islam tak dapat dipisahkan di negara kita.(Jangan persoal negara jiran kerana kita bukan mereka) Namun kenyataan kini, semakin ramai anak Melayu yang terlalu berani berpakaian seperti tidak berpakaian.Niat takkan pernah menghalalkan cara kerana Islam telah menggariskan semuanya demi kesejahteraan umatnya.Apakah Melayu tetap takkan hilang jika aurat Melayu di mana-mana bangga ditayang?

   Ketiga ; anak Melayu takkan malu mengaku Melayu, berbahasa Melayu dan tetap berjiwa Melayu.Namun rata-rata kini semakin ramai anak Melayu yang malu berbahasa Melayu atau dilenggokkan lidah dan bunyi Melayu itu tak lagi indah.Kita makan nasi bercakaplah seperti Melayu sejati.Tak perlu dilenggok, dipelat umpama mat salleh di negeri orang putih.Kalau teringin berbahasa asing, berbahasa asinglah sepenuhnya ,jangan dicampur aduk membuat kepala pening.Tak guna belajar tinggi jika tak tahu atau malu mengaku bahasa sendiri.Berbahasa asing memang digalakkan demi ilmu dan perpaduan namun tunjukkanlah jati diri Melayu anak Melayu bila berbahasa Melayu.

   Andai dikupas dan dibahas, semakin takut rasa di hati.Apakah Melayu takkan wujud lagi dek sesuatu yang dinamakan kemajuan?Tak bolehkah Melayu terus maju namun seiring jati diri Melayu; dengan adat dikelek agama dijunjung.Mudah-mudahan Laksamana Hang Tuah tak pernah silap bila mengatakan : Takkan Melayu hilang di dunia!

Laksamana Hang Tuah : Takkan Melayu hilang di dunia!



7 comments:

Encik MamaT said...

Melayu semakin me'layu'.. itulah hakikatnya sekarang... negara jiran atau apa itu juga rumpun melayu... apa2 pun Melayu no1 dalam semua hal... haha

Anonymous said...

Salam singgah !
Ada entri kita tajuk yg sama :)
http://musfirahhasan.blogspot.com/2010/11/tak-kan-melayu-hilang-di-dunia.html

Adam said...

Mudah-mudahan. :) Amin.

isabelle said...

muka m.nasir gak yg jadi hang tuah (PGL).

KakD said...

hurrmmm makin maju dunia makin tipis anak melayu huhuhu oh tidaksss

kpah k-poh Sharifahnor said...

kalau anak2 muda bangsa kita skrg ni tak berubah..maka memang pasti melayu akan hilang..yg ada pun mungkin org2 tua yg boleh dipanggil melayu...

seniman said...

Salam Scarlett. Cerita mengenai Hang Tuah wujud selepas dua ratus hilangnya kesultananan Melaka. 'Takkan Melayu Hilang diDunia" adalah satu slogan politik yg diilhamkan semasa zaman memperjuangkan kemerdekaan masa zaman British dulu untuk meningkatkan semangat bangsa...itu yg saya tahu. Pada pendapat saya Melayu takkan hilang didunia.....yang penting apa dia identiti Melayu yang positif yang harus kita kekalkan.......dan identiti yang negatif yang harus ditinggalkan...

Post a Comment