Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, December 12, 2010

Teruslah 'buat ketupat' untuk lesen di neraka.


Gambar pinjam daripada Cik Google

    Baru-baru ini aku pergi minum di sebuah gerai di kampungku.Lepas habis menjamu selera aku duduk membaca suratkhabar.Tiba-tiba kakak tuan kedai mencuit bahuku.

" Tau tak?Abg **** tengah pokai betul.Makan roti kosong dengan air teh o pun hutang.Tak de duit, tak payahlah minum kat kedai!"
" Ye ke?Kesian!" Itu je yang terkeluar dari mulutku.
"Semalam orang rumah dia datang nak minta kerja.Rumah dia nak kena lelong sebab tak bayar kat bank."

   Aku tak tahu apa harus ku jawab lalu aku hanya tersenyum dan pura-pura terus membaca suratkhabar.Melihatkan aku buat tak layan si kakak tuan kedai berpindah ke belakangku dan menceritakan hal yang sama tentang Abg ****.Perempuan di belakangku pun sama naik mengumpat tentang Abg ****.Macam-macam cerita aku dengar hinggakan hal-hal dalam kain pun mereka tahu.

   Aku mula rasa tak selesa lalu membayar harga minumanku.Sambil bangun, otakku berkata-kata; kalau betul sekali pun apa yang dikata, apalah salah jangan diceritakan di tempat awam.Apalah salah menjaga nama baik orang.Tetapi kakak tuan kedai terus juga mengumpat dan kakak di belakangku lebih kuah dari sudu.Lebih baik buang saja tudung labuh di kepala kalau tak tau mengumpat itu dosa.Teruslah 'buat ketupat' untuk lesen di neraka.

   


6 comments:

DeCrewz said...

Erk, ngatkan ketupat hari raya..hu3. Kalau dah jdi mcm nie, lebih baik bisu daripada pandai berkata2... Bahana badan namanya...

Ayen Giggs said...

Dieorang tu mesti antare radio2 buruk kat kampung awk kan.Xpelaa nanti dah abih bateri nanti berentilaa tu,hehehe.....

.::: Princess MOMOY :::. said...

orang kiter nih kalau tak ngumpat mmg x sah dear
Dear tolong support Momoy dari kumpulan 10 juga yer No. 382 di BPM yer. Much thx
MY RECENT POST : ETUDE HOUSE - Korean Cosmetics

Jangan lupa VOTE Momoy di BBPM No. 382 !!

delarocha said...

oooo mengumpat.... ingatkan ketupat mende tadi.. huhuhu//// jauhkan diri dari mengumpat yea

grOundnUt said...

hahaha...belum kena kat batang idung sendiri..tak pon kene kat famili sendiri...terduduk kangg...haaa...^^'

Scarlett O'Hara said...

1)DeCrewz, bisu lagi baik ek.Tak de dosa mengumpat.

2)Ayeen, mmglah baeri dah buruk tapi asyik hidup je tak mati2.

3)Momoy, Kak Scarlett mmg selalu sokong Momoy.

4)delarocha,Penat nasihat tapi masih dok mengumpat lagi.

5)groundnut,itulah.Daripada mengumpat baik makan groundnut.

Let's have a break!