Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, December 7, 2010

Tokoh Ma'al hijrah?

   Selain Lady Gagap yang tak gagap, perkara pelik yang kedua ku lihat di televisyen waktu siaran berita TV3 8.30 malam tadi.Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz telah dipilih sebagai tokoh Ma'al Hijrah 1432.

   Kenapa pelik?Sebab dia perempuan?Tidak!Sebab dia jarang berbahasa Melayu?Tidak!Sebab dia macam orang putih?Juga tidak!Sebab tokoh ma'al Hijrah ni biasanya berkait rapat dengan Islam.Ciri-ciri Islam, undang-undang Islam, yang wajib dibuat, yang haram ditinggalkan.Tetapi cuba kita tengok Tan Sri Dr.Zeti Akhtar Aziz di bawah?


   Apakah telah menepati semua ciri-ciri Islam yang wajib?Tidak bukan!Maka sebab itu aku rasa dia bukan pilihan yang tepat!Kalau setakat berselendang, baik tak payah kerana Michelle Obama semasa melawat masjid di Indonesia lagi pandai bertudung yang langsung tak nampak jambul di depan.

   Islam itu tidak menyusahkan.Benar, tetapi menutup aurat adalah tuntutan bukan menyusahkan.Maka aku bertegas sekali lagi, biarpun aku sanjung sumbangan Tan Sri Dr.Zeti, aku tak setuju dia dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah kerana dia sendiripun masih tak 'berhijrah' dengan auratnya yang terdedah.

7 comments:

Ayen Giggs said...

Betul dan saye setuju.Mcmane boleh terpilih dengan kriteria yang x mencukupi.

grOundnUt said...

mungkin itu rezeki dia untuk menerima tokoh ma'al hijrah...
maka sama² lah kita mendoakan dia supaya dia menjadi yang terbaik dalam ciri² Islam...

Tok Esah said...

wah.. tok sokong ni!!!!

~~nUyUL~~ said...

setuju!~

biskut said...

aku setuju sangat-sangat...aku pun terkejut dan mula memikirkan ape benda negara kita nih nak bagi pengiktirafan,serasa macam ada saja yang tak tepat.ntah duk nilai dari mana pon tak tau..bagi aku zetty aziz langsung takde tokoh tuh.ramai lagi yang berkelayakan.bagi kat juara qariah lagi tepat.

DZ LADYZ WARDROBE said...

aku pon dok tertanya smlm..
da org bg dia amik jek..
tp yg tk puas ati TV9 slot smpena Maal Hijarah
tepek konsert ct nurhaliza.
klau lagu unsur kmsryktn atau islamik tkpe la..
mmmmmm....
harap TV alhijrah yg baru ni ader sajian yg telus..

Rafina Mimi Zairul Murni said...

setuju sgt2 dgn n3 ni..bila sis tgok berita mlm tadi pun agk terkejut juga..mcm ada yg tak kena je..knape ek?sape yg buat pemilihan tu ye?ermmmmmmm.......musykil la....

Let's have a break!