Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 18, 2010

Visitors?Hissh!Tak kuasa aku!

   Mak datuk!Mana engkau datang ni?Aku tak jemput pun engkau datang pagi-pagi buta ni.Dahlah habis kau usung anak, isteri, saudara mara, kaum kerabat kau.Kau ingat rumah aku ni hotel agaknya!Pergilah kau rumah En.Ben tu!Dia nak visitors kalau boleh sampai 10 ribu.Buat apa kau datang sini?

   Haa.... tu dia intro entry aku pagi ni.Kalau di kelas dipanggil set induksi.Pelik ke?Orang lain bukan main suka visitors ribu-ribu.Yalah, untung-untung boleh dapat BE.Tapi aku?Hiss!Tak kuasa!

   Jangan salah faham dulu.Sebenarnya makhluk di bawah itulah visitors aku.Kalau visitors di blog aku siapkan milo panas lagi.Siapa tak nak traffic naik tiap-tiap hari kan?

Inilah visitors aku; semut api a.k.a semut gatal.
( Gambar tak sempat snap.Pinjam Cik Google je )

   Rumah aku ni jarang ada semut apatah lagi semut api tu.Jadi panik jugalah aku.Cari penyembur racun, takdelah pulak.(Mana nak ada, dah bertahun aku tak beli)Keluar, masuk, ke depan, ke belakang aku cari idea nak halau si semut tu.Jirus air panas?Eeiii!!!Kesian....cuba aku yang kena.Aku nak halau je bukan nak bunuh.

   Tiba-tiba, opocot!Aku tergelincir.Kebetulan aku baru lepas mandi dan biasanya lepas mandi, aku mandi lagi dengan bedak Johnson.(sebab aku takut ulat )Bedak Johnson tu masih lagi di tangan.Apa lagi, berteraburlah bedak atas semut-semut yang banyak tu.Eeh!Macam magic pulak!Berterabur semut-semut tu lari!Ini sudah bagus!Rupa-rupanya ada juga kegunaan lain bedak Johnson ni.( Entah-entah orang lain dah lama tau kot.Aku je ketinggalan kereta api)

Haa....Inilah dia ubat jampi halau semut.Ingat!Beli yang asli!
( Gambar Cik Google punya)


Kesimpulannya:
Belilah bedak Johnson banyak-banyak.Selain boleh digunakan untuk mandi, boleh juga ditabur untuk menghalau semut.Bedak Johnson bukan untuk bayi je tau!Untuk bai pun boleh.
Ingat tu!

( Sambil itu, aku sempat juga menarik visitors pagi-pagi hari.Lambat-lambat karang jem pulak bila  nenek dah datang)










2 comments:

dabuldahi said...

taktau la plk bedak tu multifunction!!!

styloq!!!

FasiHaH SupiaN said...

wah..bedak boleh halau semut rupanya....

Let's have a break!