Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, August 31, 2010

I FEEL LIKE SLAUGHTERING THEM!

     Aku rasa nak meletup hari ni.Geram giler (Guna istilah budak-budak ) I feel like slaughtering someone with my own hands!Like I said before, I am (perhaps) an unlucky person.I lost my ATM card last week so I cant withdraw my money and I need it a lot.

   I used to be a very kind person so I helped quite a number of friends and relatives.But when it is my turn to borrow ( not to borrow actually, but to get my money back)thousands excuses were given. I need the money for my monthly bills.Before this, I just accepted the reasons given by those who refused to return my money because I had my own.But today, I really need my money back!When I counted the amount, the money that by right is mine is RM8500!

   I texted a friend asking for my money. She did not answer at all.I met her at a shopping mall (she was shopping for Raya ), she ran away from me.I talked to others who also promised to return my money,but all acted as if they do not know me.How irritating!Before this I never experienced the situation but now I understand when people say money can change a friend into a foe.And now I'm still thinking how I can get my money back!I can conclude that there are actually many pretenders around us and now  I don't know who my real friends are!A friend in need is a friend indeed but until today there is no friend indeed when I am in need.
Sorry to say that I FEEL LIKE SLAUGHTERING THEM!!!!!

Sunday, August 29, 2010

There is no place for an arrogant Indonesian in Malaysia!

    Last Friday, I went to a pet shop to buy food for my cats. Then I saw a very beautiful fish swimming happily in a small bowl as if talking to me, Buy me!Buy me!It was blue with two big eyes. I like its umbrella-like tail a lot.So cute!I told the shop owner that I wanted to buy the fish.Then the shop owner asked her assistant to put the beautiful fish into a plastic bag for me.

   I was so happy at first thinking about having new collection of my pet fish.However something that I never expected happened and it killed my dream to keep the fish alive!The shop assistant, a lady in her 20's, dropped the fish onto the dusty, sandy floor.I think she was really stupid for grabbing the dusty fish without any mercy!She was totally stupid because I could guarantee that with that silly action, the fish could not survive.It could be saved if she picked up my beautiful fish gently.Then this idiot told me that she would put the half-dead fish into the plastic bag.So stupid!The fish was dead!Arrogantly she said that she could replace the dead fish with the others.I could have accepted her offer if she talked nicely but she was really irritating, arrogant, stupid creature!This creature should not be allowed to live in Malaysia since she is an Indonesian!Then I heard the shop owner scolded her.Serve you right!There is no place for any arrogant Indonesian in Malaysia.

p.s: The place is always there for any kind Indonesians since we are from the same roots.(Aren't we?)

   

Ibu bapa spesis penyu!

    Semakin lama aku menjadi semakin prejudis terhadap ibu bapa atau penjaga anak-anak.Aku tahu bukan semua bersifat seperti penyu ( bertelur, kemudian tinggal ) namun kes-kes yang saban hari aku temui seolah-olah membuktikan ibu bapa spesis penyu semakin ramai.

   Kes pertama : Seorang anak didikku telah tidak hadir ke sekolah selama seminggu atas alasan kecurian seragam sekolah ( mungkin sewaktu kelas PJ ).Sukar bagiku untuk menerima hakikat bahawa di tahun 2010 ini masih ada lagi anak didikku yang hanya punya sehelai seragam sekolah sedangkan anakku lima!Minggu terakhir sebelum anak didikku ponteng, dia ada menemuiku untuk memohon mengeluarkan wang biasiswa.Alasan diberi untuk membeli kasut sekolah baru.Memang benar, uzur benar kasut yang dipakai waktu itu.Oleh kerana peraturan ditetapkan bahawa hanya pada 20 hingga 31 hb setiap bulan sahaja wang boleh dikeluarkan, maka aku tidak meluluskan permohon tersebut. Walau bagaimana pun ku hulurkan RM50 agar dapat juga anak didikku membeli sepasang kasut baru.Pada 20hb hinggalah 27hb, aku tercari-cari pelajar berkenaan.Sangkaku dia tidak hadir kerana demam kerana kebetulan ramai anak-anak yang demam.Terlupa pula untukku tanyakan pada guru kelasnya.

   27hb petang : seorang guru memberitahuku pelajar berkenaan ingin berjumpa.Tidak ku sangka sama sekali dia akan datang dengan hanya bertemankan 2 orang rakan ( yang masih terlalu muda ) dan seorang adik dalam usia 8 atau 9 tahun.Maka terungkailah masalah tentang seragam sekolah yang dicuri.Terkedu seketika bila aku mendapat tahu kisah sebenarnya bahawa bukan baru seminggu dia ponteng malah berpuluh hari sebelum kali terakhir menemuiku pun dia ponteng..Aku tahu dia seorang pelajar berbudi bahasa, baik tingkah laku dan pastinya punya cita-cita. Namun nasib meletakkan dirinya dalam keadaan susah kerana terpaksa membantu ibu berniaga.Aku sedih kerana, ibu bapa sewenang-wenangnya meletakkan tanggung jawab mencari nafkah pada anak-anak.Hak anak-anak untuk belajar dinafikan.Maka lebih kurang samalah ibu bapa begini bagiku dengan spesis penyu.

   Kisah kedua :" Kenapa menulis laju sangat? Hati-hati, kalau tak sempat habis hari ni, esokkan boleh sambung?" Dialog antaraku dan  seorang anak didikku yang boleh tahan rajinnya. " Tak boleh cikgu!Esok, lusa belum tau saya datang.Entah-entah minggu depan baru saya dapat datang." Aku tidak dapat menangkap apakah maksudnya waktu itu.Oleh kerana loceng pun berbunyi tidak lama kemudian, maka tidak sempat untukku tanyakan.

   Tiba di bilik guru, ku tanyakan guru kelasnya yang kebetulan ada di situ.Masya Allah!Berat rupanya tanggung jawab anak didikku itu.Ibu bapa yang berpisah dengan meninggalkan anak yang masih terlalu kecil, menjadikannya seolah-olah seorang pengasuh kerana terpaksa bergilir-gilir dengan kakaknya menjaga adik bongsu.Bermakna bergilir-gilir jugalah anak didikku dan kakaknya terpaksa ponteng sekolah.Patutlah sekiranya dia hadir, nota untuk seminggu pun dimintanya dari aku.Dia anak yang baik dan punya cita-cita. Keriangan yang ditunjukkan berjaya mengabui mataku dari melihat beban yang ditanggung. Maka, ayah atau ibunyakah yang menjadi penyu?

   Ada lagi kes-kes yang aku temui tetapi aku tak dapat menggagahkan jari untuk terus menulis kerana betapa selama ini aku terlalu memewahkan anak-anak dengan memberikan berapa ringgitpun yang dipinta sedangkan di bawah bumbung sekolah yang sama, masih ramai anak-anak yang cukup menderita.

  

Saturday, August 28, 2010

Dasar bapa biawak!!!

   Bapa, ayah, abah, abi, father, daddy, babah adalah gelaran buat seorang lelaki yang punya anak.Seorang lelaki bergelar ayah yang sememangnya seorang ayah semestinya berbesar hati apabila anak yang hendak ke sekolah, menghulurkan tangan memohon restu.Namun apa yang aku saksikan hari ini, adalah sebaliknya.

   Dengan bongkak si bapa (bapa?Tidak layak bagiku manusia begini dipanggil bapa)mengherdik si anak.Aku tahu jauh di lubuk hati si anak menangis ( atau pun menyumpah seranah) meskipun riak wajahnya ku lihat tegar.Luluh hati seorang ibu ( kerana aku juga ibu) melihat kesombongan seorang manusia yang kononnya bapa.Meskipun mungkin anak yang diherdik telah berbuat salah, terimalah huluran tangan anak agar jiwa anak menjadi lembut dengan kasih sayang si ayah.Herdikan hanya akan membuat anak semakin menjauhkan diri.Kadang-kadang ku lihat, anak lebih matang dari si ayah.Hati ini bertanya;apakah agama si ayah kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berlagak sombong apatah lagi dengan anak darah daging sendiri.

   Pada hari yang sama, ku temui sebuah keluarga yang terlihat amat bahagia.Si anak memegang erat tangan si bapa.Andai anak kecil mungkin biasa tetapi anak yang kulihat hampir seusia dengan anak kisah yang pertama.Si bapa berbual dengan si anak dengan penuh kasih sayang.Tiada langsung suara tinggi atau herdikan.Tiba-tiba aku rasa malu berbaur pilu kerana bapa kisah kedua berbangsa India beragama Hindu sedangkan bapa kisah pertama ( benci aku memanggilnya bapa) beragama Islam berbangsa melayu.Agamakah yang salah atau manusia itu sendiri yang tidak mengerti?Aku cuba memahami tetapi jauh di sudut hati aku meyumpah seranah kerana hanya tuhan yang tahu betapa aku BENCI!!!Memang dasar bapa biawak!

Thursday, August 26, 2010

Cerita terbaru Pak Pandir

   Baru-baru ini, aku minta pelajar menulis apa-apa cerita dongeng atau cerita rakyat yang mereka tahu.Bermacam-macam cerita ku baca dari seluruh dunia.Semuanya 2, 3 mukasurat.Oleh kerana aku memang ulat buku sejak aku mula pandai membaca, maka boleh dikatakan semua cerita yang ditulis aku tahu.Tiba ke buku terakhir ku belek dan belek tak  ku jumpa cerita dongeng atau rakyat yang ku minta.Nak kena budak ni!Berani dia tak buat kerja yang aku suruh! Tiba-tiba mataku terlihat seperenggan cerita pendek yang ditulis dengan cincai.Mungkin last minute work hantar asalkan tak kena slip penalti.seminit kemudian aku rasa seperti nak tergulig-guling ketawa.Ya!Inilah pemenang bagi penulisan cerita dongeng atau rakyat terbaik!Anda ingin tahu apakah ceritanya?Jom baca!

    Pada suatu hari Pak Pandir telah berjaya menangkap seekor ikan.Pak Pandir membawa ikan itu pulang ke rumah dan diberinya kepada Mak Andih.'Wah!Makan besar aku hari ni!'kata pak Pandir dalam hati sambil memerhatikan Mak Andih terkial-kila cuba menyiang ikan yang masih galak melompat-lompat.

   'Geram betul ikan ni!Tak mati-mati!Penat aku ketuk dari tadi.Macam manalah nak buat dia mati?' kata Mak Andih sambil terus mengetuk-ngetuk ikan yang masih juga menggeliang geliat.

    'Susah apa Andirnya!Campak aje dalam air.Bila lemas matilah ikan tu!'jawapan jujur selamba pak Pandir.
Mak Andih kehilangan kata.Cuma matanya saja merenung Pak pandir dan mulutnya menggumam bagai baung dalam bangkar.Rasa mau diketuknya kepala Pak Pandir dan dijadikan lauk untuk hari itu. Sementara itu, ikan di tangan Mak Andih terus menggeliang geliat.

Some people are born unlucky

    Some people are born unlucky.There are many evidence to proof that I am one of them.Sometimes I feel that I am both.I am lucky because been blessed with my intelligence since I was a child.But on the other hand, I hate myself, really hate for making a wrong decision.And now it's killing me softly.Or maybe better if I kill myself?


   I want an A but I got a B.I hope for white but I got black. I long for happiness but what I got is emptiness.I help people a lot but when I need help all turn their back!!!I am quiet but he's so noisy!Boisterously noisy and it kills me slowly.I want to spill the beans but no one will hear me....


   

Tuesday, August 17, 2010

MEMANG DASAR SPESIS TIDAK BEROTAK!



Artikel & Info Kesihatan : Kesan & Akibat 
Tabiat Merokok. Bahaya Kandungan Rokok Kepada Perokok & Orang Di Sekeliling
Pengenalan
Tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh, termasuk ke dunia Islam, oleh
penjajah Barat yang beragama Kristian,( TETAPI NAMPAKNYA ADA YANG KONONNYA ALIM TAPI TETAP MEROKOK.MAKA SAMALAH DENGAN ORANG KRISTIAN)  dan ianya belum pernah dikenali di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di  kalangan  masyarakat  beratus  tahun  
terdahulu, tembakau dihisap bukan sahaja untuk bersukaria tetapi sebagai satu acara dalam upacara kebudayaan dan keagamaan. Pada umumnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh kepada orang Barat yang menjajah mereka.(KONON BENCI BARAT TAPI IKUT BUDAYA BARAT DENGAN HISAP ROKOK)
Hari ini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita,( SIAPA KATA?ORANG HISAP ROKOK ADALAH ORANG TAK BEROTAK YANG TAK TAHU MALU PADA MASYARAKAT) sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu norma yang membanggakan. Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yg dipaparkan melalui media massa, ingin pula bergaya demi mencapai status kecanggihan serta keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok. Malah tabiat suka meniru dan menyeleweng dari jalan yang benar adalah sesuatu yang kian menguasai anak-anak kaum Muslimin di zaman ini.
Hadith Rasullullah s.a.w. :
1. "Bezakan diri mu dari kaum Musyrikin" ( Al-Bukhari & Muslim)(MAKNANYA ORANG YANG MEROKOK SAMA SAJA DENGAN KAUM MUSYRIKIN.HIPOKRIT!!!)
2. "Bukan dari golongan kita, siapa yang menyerupai orang yang bukan dari kita. Jangan mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nashrani" (At-Termidzi)(SERUPA DENGAN YAHUDI PUN TAK SEDAR !)
3. "Barangsiapa yang meyerupai sesuatu kaum, maka dia terkira dari golongan itu" (Abu Daud)
Kandungan Berbahaya Dalam Rokok (Fakta)(CAKAP BERJUTA KALI PUN OTAK DUNGU ORANG MEROKOK BUKAN NAK PERCAYA.BOHONG PADA DIRI SENDIRI.HIPOKRIT!!!)Setiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut.(KAN BAGUS KALAU ORANG YANG MEROKOK TU CEPAT-CEPAT MAUT?) Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai
.




(arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut"bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah TarNikotin dan Karbon Monoksida
Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser.
Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat.
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.

Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.


Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Disekeliling(ADA ORANG YANG MEROKOK PEDULI PADA ORANG SEKELILING?)
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri(MEMANG DASAR TIDAK BERTANGGUNG JAWAB) tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.

Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.
Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan ( TAPI KALAU LELAKI YANG MEROKOK TAK DAPAT ANAK DIKATAKAN ISTERI YANG MANDUL.)dan putus haid awal
Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :(BUKAN ORANG YANG HISAP ROKOK PEDULI PUN!!!)
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok(PATUT HUKUM MATI JE)
Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.

Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.( ITU BELUM KOS ISTERI-ISTERI PADA PEROKOK-PEROKOK TAK TAHU MALU YANG ARAP DUIT ISTERI!)
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok(MANA ORANG YANG MEROKOK NAK!EGO TINGGI!)
- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
- Yakinkan diri
- Buat nota peringatan
- Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
- Tumpukan pada hari ini
- Sentiasa berfikiran positif
- Dapatkan sokongan
- Lawan keinginan untuk merokok
- Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok

Rawatan Untuk Berhenti Merokok
Vibration Liquid Chlorophyll (Minuman Klorofil Alfalfa)
Membantu menyingkirkan segala racun dan toksik di dalam tubuh akibat kandungan rokok yang merbahaya. Sangat baik diamalkan seisi keluarga.
Seri Wajah 99 C6
Formula bagi membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Ia berfugsi menghilangkan ketagihan merokok.
 
"Setiap Sedutan, Membawa Padah"

Sumber
- Pusat Racun Negara, USM Official Website
- Kementerian Kesihatan Malaysia Official Website
- Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website – IKIM Dalam Media – Berita Harian
- Sabahan.net
- Persendirian


MEMANG DASAR SPESIS TIDAK BEROTAK!!!
SUMBAT MULUT DIA DENGAN ROKOK MACAM NI!!!!!!


Monday, August 16, 2010

   6 Ramadan : bermakna telah enam hari umat islam seluruh malaysia berpuasa.Seperti tahun-tahun sudah, aku singgah juga ke bazar ramadan.Seperti tahun sudah, aku berjumpa dengan spesis alahan tutup aurat.Maksudnya spesis ni akan mendapat penyakit sekiranya memakai pakaian menutup aurat. ( agaknya kerana tanpa segan silu memakai pakaian seperti orang telanjang)

  Sambil membeli, terdengar oleh ku perbualan antara spesis alahan tutup aurat yang berbaju  sendat singkat berseluar ketat nampak pusat. " Engkau terawih kat mana malam ni?Aku macam biasalah terawih kat masjid dekat rumah aku. Puasa-puasa ni lah masa kita nak beribadat, ye tak.Tinggalkan yang haram buat yang dapat pahala" Kemudian jawab si kawan " Eh!Engkau ni hipokrit betullah.Ke engkau tak tau hukum halal haram?Beribadat bulan puasa tu dah betullah, tapi engkau tau tak hukum pakai pakaian sendat ketat macam pakaian engkau ni boleh masuk neraka tau tak?Berpakaian tapi telanjang!" Fuhh! Sebiji kawan si alahan tutup aurat tu beri.Berani sungguh! Agak-agak apa jawapan si alahan tutup aurat?

   " Eh engkau ni.Yang penting niat kita.Aku pakai baju ni bukan nak suruh orang tengok.Aku taulah halal ke haram.Memanglah ketat tapi bukan aku telanjang.Pusat aku nampak, bukan luak pun orang tengok!"

   Itulah dialog yang ku dengar.Kemudian dengan tergesa-gesa si alahan tutup aurat meninggalkan sahabat berani mati nya yang terus menggeleng-gelengkan kepala.Nasi briyani yang dibeli pun tak dipedulikan lagi.Alahai.....(dalam hatiku berkata : Ha... padan muka.MasyaAllah Aku berpuasa ni tak baik padankan muka orang !)

Sunday, August 15, 2010

To be continued .... sorry!

    Dua hari aku tak dapat online kerana hal yang tak dapat dielakkan.Tak tahu bagaimana untukku gambarkan perasaanku.Yang paling aku rasa ahhhh...... alangkah sunyinya dunia ini ku rasa.Terputus hubungan dengan dunia siber, dengan teman-teman antarabangsaku Opps! Don't misunderstand me because I surf the internet because I like to explore knowledge.Thus without it I feel like losing my chance to grab as much knowledge as I can.

   I could not imagine living without technology.I am speechless so... to be continued.

Spesis Haprak tidak berotak!!! Grrr!!

    Manusia makin gila! Tiada pegangan agama atau otak tiada di kepala.Sekali lagi tajuk yang amat ku benci muncul di akhbar : Lelaki amuk tetak isteri, dua anak.Semakin ramai spesis tidak berotak yang kononnya bernama bapak.Asyik-asyik alasan sakit mental sedangkan berlambak isteri-isteri sakit mental yang sepatutnya lebih awal menetak suami-suami yang haprak.Namun fitrah isteri, sabar dan sabar dan sabar.Pergi ke pejabat agama pun dinasihatkan untuk sabar hinggalah hilang nyawa baru boleh bercerai agaknya.

   Aku marah, jelak, jemu, jijik dengan kisah suami mengamuk bunuh anak isteri.Suami atau lelaki mengamuk bunuh diri selepas bunuh isteri atau bunuh kekasih misteri.Anak-anak jadi mangsa, trauma sepanjang usia.Alasan sakit mental boleh diguna tetapi takkan tiada langsung ruang si isteri membina benteng mempertahankan diri.Kudrat wanita apalah sangat  maka alasan yang sama suami mengamuk kerana tak makan ubat terus dibuat.Seminggu dua senyaplah berita maka tak terbela langsung nasib isteri yang menjadi mangsa.

   Benar, mungkin syurga balasan diterima tetapi mengapa semua membutakan mata memekakkan telinga jika ada isteri-isteri mengadu diseksa, didera oleh spesis kononnya bergelar suami?Nasihat diberi adalah sabar dan sabar sedangkan tindakan haiwan tak berotak manusia bernama suami makin mencabar!Perlukah isi perut terkeluar maka tindakan buat suami gila dapat digegar?Akhir cerita anak-anak juga menjadi mangsa; yatim piatu tidak beribu tidak berbapa.Ayuhai.....Takziah buat Najiha dan Nazuwa Mohd Natri atas pemergian ibu tercinta Khairul Bariah Mohd Aripin.

Thursday, August 12, 2010

Suami sabun cap kapak!Kapakkan aje mak!

    2nd day of ramadhan.Opps!Aku kena membebel dalam bahasa Melayu ni kalau tidak tak sampai pulak hasrat yang berbuku di hati.

   5 minit sesudah habis sahur, aku terima sms daripada seorang teman. " Dia tak nak sahur.Dia kata dia dah sahur.Tolong kak nasihatkan dia.Saya takut dia ulang benda yang sama macam tahun lepas ; tak puasa" Itulah antara ayat yang membuatku berasap telinga pagi-pagi ramadan kedua ni.Bertuah punya laki!Perangai mengalahkan budak kecik!Budak kecik pun pandai malu kalau tak puasa.Cakap tentang agama bukan main mengalahkan imam tapi perangai sebenar haprak!!!! Itulah reaksi spontan dalam hati.Namun tidaklah aku luahkan pada teman penghantar sms.Kasihan dia!Lalu ku balas begini, "Sabarlah ***.Akak cuba nasihatkan dia siang nanti."

   Fenomena (Kalau boleh dipanggil fenomena kalau tidak bagiku gelar saja 'bala' ) sang suami ( layaklah aku guna 'sang' sebab perangai mengalahkan 'sang kancil' yang penuh dengan akal liciknya! ) yang konon berlagak alim tetapi lebih teruk dari alim kucing aku rasa telah lama berleluasa dalam dunia rumah tangga.Cuma si isteri rasa malu untuk berkongsi masalah dan rasa kerana menjaga imej suami kononnya.Atau si isteri dah malas dan tak kuasa menasihat atau memikirkan si suami yang kononnya sempurna pada hal berulat dalam isi.Puasa perkara wajib.Anak kecil umur 5, 6 tahun pun dah boleh mula berpuasa.Kalau sakit adalah ampunnya kerana islam bukanlah agama mendera.Tetapi sang-sang suami yang perangai mengalahkan musang terang-terang mengelak untuk berpuasa.Antara alasan ( setakat hari kedua berpuasa ) lauk sahur tidak berkuah takut tercekik makan. ( kalau ikutkan hati, aku sumbat lauk tak berkuah dalam mulut sang suami yang mengada-ngada dan tak pernah tau bersyukur biar mati tercekik buntang biji mata seperti watak anak gergasi disuap pak pandir dalam cerita pak pandir !)

   Aku rasa bijak pandai atau para penceramah seperti Dato Fadzilah Kamsah patut atau mesti mengulas isu suami tak malu yang kononnya alim tapi masyaAllah, isteri dan Allah saja yang tau.Kasihan si isteri, diberi nasihat mungkin pelempang naik ke pipi.Berkongsi masalah dengan anak-anak, ahhh!anak-anak kecil lagi
(Walau pun anak-anak mula cuak dengan perangai si bapak hingga anak kata "Kapakkan aje mak!Tak guna punya bapak!")Bunyi seperti lucu tetapi jauh di sudut hati aku turut menangis bersama teman bernama 'isteri'.Sabarlah ***.Moga Allah membuka pintu hati suami *** untuk berpuasa tahun ini. ( Dalam hati aku tak dapat mengelak dan mengutuk sang suami kerana hari raya tahun lepas, dialah yang beria-ia ku lihat berbaju melayu bersamping songket, berseri-seri konon puasa tak pernah tinggal sehari.Pada hal puasanya boleh dibilang dengan jari. Haprak punya laki sabun cap kapak!)

   Tut!Tut!Tut!Masuk sms lagi."Terima kasih kak.macam mana pun saya sayang suami saya."Sms daripada si isteri buatku rasa meluat nak muntah segala isi.Inilah nasib wanita bersuami lelaki haprak macam budak-budak!

Wednesday, August 11, 2010

AKU MARAH!!!!

   Aku anak Johor.Ye, aku anak Johor 100%.Biar di mana langit ku junjung dan bumi ku pijak aku tetap anak Johor tulen.Sebagai anak Johor aku sangat sayangkan Sultan dan kerabat baginda.Maka apabila ada mana-mana pihak tidak berotak yang cuba menggunakan nama dan wajah Sultan untuk menarik perhatian dan menambah pengaruh aku rasa cukup marah!

   Telah berdekad Johor di bawah pimpinan kerajaan BN maka tak perlulah si kaki kacau konon hebat cuba nak memikat.Andai anak Johor sebenar aku rasa takkan begitu mudah menerima parti yang entah apa-apa untuk memerintah.Tapi masalahnya, betapa ramai ( beribu-ribu) orang luar Johor yang bermastautin di Johor.Mereka inilah mungkin yang membawa wabak kudis dalam negeri Johor dengan cuba mencari pengikut agar menyokong parti yang tak sepatutnya wujud di Johor.Adat mencari rezeki di negeri orang, hormatlah sedikit adat budaya yang ada.Ini tidak, berlagak seolah-olah Johor ini mereka yang punya.Kalau aku punya kuasa saat ini juga aku minta mereka tak berotak yang konon mencari rezeki tetapi jadi batu api agar nyah segera dari Johor, bumi bertuahku!

   Rasa marah membuatku hilang selera untuk menulis.Grrrrr!!!!!

Aku seorang Scarlett O'Hara

 Teacher!Macam mana teacher boleh pandai cakap omputih? 
Kan kita belajar dari darjah satu lagi?Mestilah lama-lama pandai!
Saya dah tingkatan dua tak pandai-pandai pun?Agaknya tunggu saya dah habis tingkatan 5 ye teacher?

   Itulah dialog antara aku dan anak didikku kelmarin;seorang pelajar tingkatan 2 yang manis dan selalu baik hati.Waktu mengajar memang rasanya 100% (Mungkin 99%) aku menggunakan bahasa ilmu itu iaitu bahasa Inggeris.. ( Kerana aku mengajar b Inggeris )Dan lazimnya aku memaksa anak-anak didikku menggunakan bahasa yang sama sepanjang kelas berlangsung.Aku tak pernah terfikir bahawa kepetahanku berbahasa Inggeris dikagumi oleh anak-anak didikku. Aku juga masih belajar kerana bagiku bahasa Inggeris yang ku guna masih jauh dari standard sepatutnya.

   Jauh di sudut hati sebenarnya aku cemburu dengan kebolehan ustaz dan ustazah berbahasa Arab.Alangkah beruntungnya andai aku juga boleh berbahasa Arab.Kadang-kadang aku sedar pengaruh Inggeris lebih kuat dalam diriku kerana aku lebih dahulu didedahkan dengan budaya Inggeris, bukan budaya Arab.Maksudku dari segi pembacaan dan ilmu pengetahuan yang aku miliki.Aku lebih kenal nama-nama Inggeris seperti William Shakespeare, Road Dahl, Alexander Graham Bell, Enid Blyton, Mia Farrow dan lain-lain.Pengetahuanku tentang budaya Arab ( yang tentunya lebih ke arah Islam) adalah nol! 

  Justeru aku lebih cenderung mendalami bahasa Inggeris hingga ke menara gading.Sedangkan aku tak pernah cuba mencari ilmu tentang bahasa Arab.Semasa muda mungkin aku tak terasa apa-apa tetapi semakin umur meningkat aku rasa bahasa Arablah yang patut lebih dahului aku kuasai.Semasa di universiti aku berkesempatan untuk mengenali bahasa Arab tetapi aku tolak mentah-mentah kerana aku lebih tertarik kepada bahasa Mandarin.Hasilnya aku lulus cemerlang kertas mandarinku dan aku boleh bertutur dan memahami bahasa Mandarin meskipun tidak sebaik bahasa Inggerisku.Sedangkan bahasa Arabku masih juga tetap nol.

   Aku malu sendiri kerana bahasa Arab yang sepatutnya di hujung lidahku sepatah pun aku tak tau.Apakah aku telah tersalah langkah?Walau bagai manapun aku bangga menjadi seorang Scarlett O'Hara. ( Maaf anak-anakku!Teacher belum sempat bercerita bagaimana teacher bertukar menjadi Scarlett O'Hara.Mungkin selepas ramadhan kerana sekarang teacher ingin mendalami erti ramadhan dan Islam dan juga bahasa Arab.)Sementara itu, inilah aku Scarlett O'Hara ...

Sunday, August 8, 2010

If only I have a mother like you

"If only I have a mother like you...."

    I was speechless.The statement made, touched my heart... deeply....  I never meant to meddle in others' affair.But when my students approached me for advice, I could not turn them down.So last Thursday, once again I lent my time listening to one of my students' problem.

   I wish to spill the beans here but I have to keep my words; not to tell anyone.I know that she had no choice but to come to me.I am not a counsellor so I could only share my experience as a mother, a teacher and a friend.

   I hope she can cope with the problem.

p.s : For teachers out there, it is not a sin to listen to your students.Lend them your hand and try to be a shoulder to cry on.There are many helpless souls around us.

Saturday, August 7, 2010

Buat Kak Engku sinar hidupku

Sidang akhbar Kak Engku hari ini tentunya ditunggu-tunggu oleh ramai terutama peminat Kak Engku dan juga Sinar fm.Sebagai salah seorang ribuan peminat Kak Engku aku hanya dapat mendoakan semoga rumahtangga Kak Engku akan kekal ke akhir hayat.Bukan mudah menggalas status seorang ibu tunggal apa tah lagi dengan anak-anak yang masih kecil.

    Aku tak kenal Kak Engku secara peribadi tetapi aku tahu Kak Engku seorang isteri dan ibu yang baik.Bukan mudah seorang wanita dalam dunia glamour untuk melahirkan bukan seorang tetapi tiga orang anak dengan jarak kelahiran yang agak rapat.Aku sendiri pun rasanya tak sanggup untuk punya anak ramai.Maka suami Kak Engku haruslah bersyukur dengan apa yang telah dikurnia.

   Dalam sidang akhbar Kak Engku aku lihat wajah Kak Engku amat tenang.Kak Engku seorang wanita yang cukup cantik.Bagiku Kak Engku lambang wanita Melayu yang kekal melayu meskipun telah berjaya dalam dunia glamour.Kak Engku tak hipokrit.Aku yakin wajah jelita Kak Engku adalah setulus hatinya.Maka aku benar-benar berharap suami Kak Engku akan terus menjaga dan memelihara permata tidak ternilai yang beliau miliki iaitu Kak Engku.

   Aku juga tertarik dengan gambar-gambar sekitar sidang akhbar Kak Engku hari ini.Aku lihat SY dan KRIL setia di sisi sebagai sahabat.Syabas aku ucapkan buat mereka kerana tetap menjadi sahabat yang setia.Aku harap celoteh Kak Engku akan terus menemani pagiku kerana tanpa Kak Engku, SY dan KRIL alangkah hambarnya hidup ini.

  Akhir kata aku doakan kesejahteraan rumah tangga Kak Engku selama-lamanya.Amin!

Thursday, August 5, 2010

Asam pedas ikan sembilang dan telur goreng mata kerbau

   Pagi-pagi lagi aku dah bersiap memulakan hariku.Rambutku yang panjang ku tocang dua.Kadang-kadang ku buat ikat ekor kuda.Riben putih dari guntingan kain ibuku setia menghias rambutku yang hitam pekat.Telur setengah masak pun telah ku habiskan sebagai sarapan.Tinggal dua biji minyak ikan menanti untuk ku makan.Ayah kata minyak ikan baik untukku.Meskipun aku anak kampung, pelajaranku rasanya boleh dibanggakanNombor satu memang sentiasa dalam tangan.

   Aku harus segera ke sekolah kerana hari ini tugasku untuk membersihkan bilik darjah.Meskipun sekitar masih gelap, langkah mesti ku mulakan.Apa nak dirisau kerana ramai juga yang turut berjalan kaki bersama.Tiba di sekolah, sebaik saja ku letakkan beg kotak merah hitam pemberian ayahku di kerusi, aku mula mengambil penyapu lidi.Aku dan teman-teman sedarjahku lah yang membawa penyapu lidi seorang seikat ke sekolah.Pekan jauh jadi kami berpuas hati dengan hanya berpenyapu lidi.Kami amat cermat menggunakannya.Jarang ada penyapu yang hilang.Yang ada, penyapu lidi yang semakin pendek kerana terlalu kerap digunakan.

    Aku dan temanku,Rohaya menyapu seluruh kelas.Habis di kelas, kami dan teman-teman yang lain bersama-sama menyapu di luar bilik darjah.Ada banyak pohon kemboja berbunga putih di sekeliling sekolah.Aku amat gemar menghirup udara pagi yang segar dan bau kemboja yang wangi. Selesai menyapu, aku dan teman-teman mengutip kemboja gugur yang masih segar.Kami bawa ke kelas dan letakkan di dalam bekas.Ku isi air agar kemboja tetap terus segar.Seharian bau kemboja yang wangi, menemani ku belajar sepanjang hari.

    Di waktu rehat, aku dan teman-teman jarang ke kantin (sebuah pondok kecil dengan jualan ala kadar ).Temanku Munaliza seorang anak nelayan.Maka dia sering membawa pelbagai lauk ikan segar.Aku sangat suka asam pedas ikan sembilangnya yang aduhai!Biasanya aku hanya membawa nasi kicap dengan lauk telur mata kerbau.Lalu kami bertukar-tukar lauk dan makan di bawah pokok.(Sepohon pokok berdaun lebar yang ku kenal sebagai pohon zaitun pada waktu itu)Teman-teman lelaki yang jarang membawa bekal turut sama dapat merasa lauk yang kami bawa kerana biasanya ibu membekalkan lebih nasi dan lauk.

   Bila loceng tamat sekolah dibunyikan, aku dan teman-temanku makan lagi baki nasi yang ada.Kerap juga ayah menghantar bekal ke sekolah buatku dan juga teman-teman.Selesai makan, kami berehat sebentar dan kemudian kami bermain belon acah ( atau galah panjang).Lelaki perempuan bermain bersama dengan ikhlas tanpa ada rasa curiga.Penat bermain kami berehat sebentar dan menukar pakaian ke baju kurung dan tudung.(Sebelum itu pakaian seragam ku untuk sekolah kebangsaan adalah pinafore biru dan kemeja putih )Kemudian dari jauh ku lihat ustaz berjalan mengepit buku dan kami bergegas ke kelas untuk memulakan kelas. (kelas agama )

   Alangkah indahnya waktu yang berlalu namun kini semuanya hanya tinggal memori.Buat sahabat-sahabatku dulu, maaf andai masa dan keadaan memisahkan kita dan kemesraan tidak lagi dapat kita nikmati.Sesungguhnya aku masih tetap merindukan teman-temanku dulu Rohaya, Fadilah, Munaliza, Norazan, Jerfendi, Azli, Fauzi, Yusman, Huzaini dan ramai lagi.Semoga kita berbahagia dengan jalan kita masing-masing.Takkan ku lupa kenangan asam pedas ikan sembilang dan telur mata kerbau kita.

    


Tuesday, August 3, 2010

I am stupid but I am not a dog!

   Scolding a student who asked about the lesson learned is an irresponsible manner.This happened yesterday in front of my eyes. A student ( a below average one ) asked an ustazah ( still a teacher, isn't she?) which topics might be asked in the examinations.Instead of helping the worried student, on the spur of the moment, the ustazah yelled and scolded him.I know it was quite annoying to answer the same questions but it is a teacher's role to guide the students especially those who are not the smart ones. 

   I have been teaching the same boy since January so it made me sad to see him being scolded for asking what he wanted to know.His aim was only to pass ( which is 40%) since he knows that getting an 'A' is impossible.The spirit in him should be boosted by answering his questions.He only asked 'what topics may come out' not asking for the questions!By asking the question, we know that this boy was worried about the examinations so he is much better than those so-called smart students who never asked but then fail the exams!

   I could see tears in the boy's eyes.It is not the boy's fault for not being a smart one.I know that he really puts efforts in his studies.He always asks questions in class.Once I taught him 5 new vocabulary to be memorised.After 10 minutes, he could only remember 1.It was not totally his fault since I saw him sitting at the corner trying so hard to memorise the words.He also voiced out his worries about his short-term memory.If teachers cannot make him keep the lesson in his brain forever ( due to his shortcoming) at least show him love and comfort his feeling.A scold could only dampen his motivation!

   I really wonder how can a teacher being so heartless scolding this vulnerable student.It made me sad and If I were in the boy's shoes, perhaps I would never trust any teacher to help me again.Thus, yesterday I talked to the boy not to be disappointed and go on with his efforts.Not to take it to heart. And this is what he said.....

     "I know that I am stupid but I am not a dog.Why God created me worse than a dog?" I was speechless...It hurt me too!  He is not a block-head! He leaves no stone unturned!The ustazah had touched him on the raw!I lost my word and could only see deep into his eyes.But deep inside I said "My dear student, don't be sad and show the world that you can do it!"

Monday, August 2, 2010

Thank you so much, Pavitra!

"Okay!You may sit down!Ready for the questions!"
"Teacher!No 'doa' today?Doa first,teacher!"

   This happened last Thursday.As usual, I entered my 2 Bougainvillea class.Today was a single lesson.The students just finished their motivation class with the counsellor.The English lesson started at 5.10 p.m. and it was already 5.17 p.m.I had to use this single lesson for the last revision for the 2nd Test on the 3rd August.

   Usually, after the greeting and salam, I asked the students to recite the 'doa' (prayer).Then only we start the lesson.But today, since it was already late, I totally forgot the doa.So, when a non-muslim reminded me about the doa, I felt something inside me that I could not tell.How considerate she is even though she is not a muslim.If all Malaysians could have the same attitude, I believe that Malaysia could be the best place to live in.If students of young age could study together in harmony (There are Malays, Indians and Iban in the class) why not the older generations, the so-called matured adults?

   For Pavitra, my student, thank you so much for reminding me.

Let's have a break!