Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, December 31, 2010

Bertemu dan berpisah

 Auld Lang Syne : Lyrics

Should auld acquaintance be forgot,
And never brought to mind?
Should auld acquaintance be forgot,
And auld lang syne!

For auld lang syne, my dear,
For auld lang syne.
We'll take a cup o' kindness yet,
For auld lang syne. 
 

BERTEMU DAN BERPISAH
BERTEMU DAN BERPISAH ADAT MANUSIA BIASA  
HILANG DI MATA DI HATI TIDAK LUPA 

BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA  
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA  
BERDOALAH KITA AGAR AMAN DAN SENTOSA  
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI DI LAIN MASA

Selamat tinggal 2010....
Selamat datang 2011!!!

Thursday, December 30, 2010

Cuti umumku di bilik mesyuarat....

   Esok semua orang cuti.Tapi aku dan teman-temanku juga yang merana....Ialah...esok kita orang ada meeting.Nak buat macam mana kan kerana kami adalah 'Yang menurut perintah'.Mulai 29 Dis lalu hinggalah 1/1/11 aku mesti ke sekolah kerana pelbagai urusan rasmi.Mesyuarat, pendaftaran, mesyuarat,mesyuarat dan mesyuarat.Kalau orang lain tentu menyampah mesyuarat banyak-banyak, tapi aku seronok pulak.Seperti kembali ke zaman persekolahan.

   Siang tadi telah berlangsung dengan jayanya pendaftaran tingkatan 1,2,3 dan 5 untuk kelas-kelas aliran biasa.Mana kala pendaftaran untuk Kelas Rancangan Khas dan Aliran Agama akan diadakan pada 1/1/11 ( Hari jadi aku tu!)Untuk pertama kalinya selama mengajar, aku tidak memegang mana-mana kelas.Maksudnya aku bukan guru tingkatan.Oleh itu tugasku hari ini adalah membantu guru-guru baru.Jadi mentor aku hari ini.Berpeluh-peluh adikku  Cikgu Nazran, mengira duit bayaran dan menulis resit.Aku puji sikap majoriti ibu bapa di sekolahku kerana langsung tidak berkira soal bayaran.Selepas pendaftaran, guru-guru mesti serahkan pungutan ke pejabat sekolah dengan segera.Lima sen tak boleh silap.

   Dalam pada membantu adikku Cikgu Nazran, aku dapat perhatikan sikap ibu bapa.Rata-rata rela berhabis untuk anak-anak.Semua mesti baru.Hatta pensel sebatang pun mesti baru.Ada pula yang terlalu mengikut kehendak anak-anak.Beg mesti berjenama.Semua mesti mengikut trend.Zaman aku dulu, bersyukur saja dengan apa juga yang ayah sediakan.Mungkin ibu bapa sekarang orang berduit maka duit bukan masalah.Cuma aku harap pelaburan yang dibuat akan menghasilkan kecemerlangan.

   Esok satu lagi mesyuarat akan diadakan.Maka sesi berkunjung ke rumah teman-teman blogger terpaksa aku tunda.Sedih tapi apa nak buat kerana aku ada tanggung jawab.Aku harap teman-temanku tetap setia dan ingat akan aku seorang 'Scarlett O'Hara'

Bloglist Wan hazel

Segmen : Nak masuk Bloglist gempak Wan Hazel


3. Nama : Scarlett O'Hara
http://scarlettj1.blogspot.com

4.Suka sangat nak masuk bloglist gempak ni kerana tak mahu ketinggalan.Nak ikut jugak!!!

5.Suka sangat sebab ada kucing kena balut!!!Blog ni best!Tuan blognya cool!

Ok tu je.

Wednesday, December 29, 2010

Akhirnya!!!!!

   Akhirnya!!!!Malaysia menjadi juara piala AFF Suzuki!Berapa jumlah gol, berapa kiraan agregat aku rasa semua telah maklum.Aku cuma ingin menyatakan rasa syukur kerana kemenangan Malaysia bermakna maruah negara terbela.

   Sebelum perlawanan, Raja Gobal diejek menjadi Raja Gombal.Sungguh kurang ajar!Bagi orang Jawa gombal adalah kain buruk yang digunakan untuk mengelap kotoran.Walau pun Raja Gobal bukan saudara seagama, aku rasa cukup marah kerana dia dihina.Dengan kemenangan Malaysia malam ini, akhirnya terbukti gombal itulah yang telah menyapu otak kurang ajar segelintir orang Indonesia.

   Apa pun aku tabik pada semangat cintakan negara di kalangan warga Indonesia.Itu yang perlu warga Malaysia contohi.Aku rasa jarang ada warga Indonesia yang memperlekehkan negara mereka sendiri.Hanya satu pesanku buat mereka ; janganlah sesekali memperlekeh atau menghina negara lain kerana aku yakin kamu juga akan marah jika negara kamu dihina.

   Akhir sekali tahniah buat wira-wira negara terutama pemuda berwajah jepun, si penjaga gol kerana berjaya membela maruah negara.Tahniah juga buat para pemain Indonesia kerana berjaya menunjukkan semangat kental yang tinggi.Namun bola itu bulat dan adat perlawanan ada yang kalah dan ada yang menang.Mudah-mudahan, Indonesia juga akan menang suatu hari nanti.Jika itu benar berlaku, aku juga akan tumpang bahagia.

  Hanya satu pintaku, biar apa pun yang berlaku, Malaysia dan Indonesia adalah bersaudara.

Tuesday, December 28, 2010

Ok,aku bw dulu ......

   Sesi blogging disambung selepas aku selesai menulis semula minit mesyuarat siang tadi ke dalam buku catatan mesyuarat yang baru.Buku rekod, buku pengurusan dan buku catatan mesyuarat semua telah ku sampul elok-elok.Tak boleh ku tangguh kerana bila bertangguh, akan bertimbun-timbunlah kerja yang minta diselesaikan.

  Semasa aku menulis catatan dalam buku catatan mesyuarat, aku tersiksa yang amat sangat.Tanganku kaku!Kalah budak Tahun 1 baru belajar menulis.Mengapa jadi begini?Tulisanku sudahlah buruk ditambah pula tangan yang kaku maka dahsyat sungguh rasanya tulisan yang ku hasilkan.Aku cemburu sangat-sangat pada seorang guru senior yang tulisannya...aduhai..... cantik seperti ditempa.Tulisan anak-anak didikku pun apa kurangnya.Tapi aku?Aku akan cuba mencantikkan lagi tulisanku.Aku mesti!

   Semasa mesyuarat siang tadi jadual mengajar juga telah diedarkan.Buat pertama kalinya setelah bertahun-tahun aku tidak menjai guru tingkatan.Aku bakal mengajar 4 kelas tingkatan 3 dan 1 kelas tingkatan 4.Sedih juga kerana aku tak dapat mengajar kelas 3KRK1 dan 3 Bou.Tapi kata orang tak kenal maka tak cinta, maka aku akan kenali anak-anak didikku yang baru terutama kelas KAA ( Aliran Agama) yang rasa asing denganku.Namun azamku cuma satu!Kelas KAA,KRK dan Arif yang ku pegang aku akan cuba sehabis baik untuk membantu anak-anak didikku mendapat A dalam B.Inggeris.Kelas 3 Gemilang dan 4 SK 1 aku perlu kenali dulu tapi yang pasti aku akan bantu semampuku untuk keputusan cemerlang.

   Azamku yang lain?Tentu ada tapi ku kongsikan yang di atas itu dahulu.Kini masa untuk aku singgah ke rumah teman-teman siber kerana hari ini aku langsung tidak berkesempatan berjumpa SK,En.Ben atau pun Pendekar Berkuda.Aku juga rindukan Tok Esah dan Ellen.Mengajar, mengajar juga tapi blogging takkan ku lupa.Ok.Aku bw dulu.....

What?Aku jadi setiausaha?Matilah aku!!!!

   Hari ini seperti dirancangkan Mesyuarat Pertama untuk sesi 2011 telah pun berjalan.Alamak!!!Terkejut aku bila melihatkan senarai tugasan tahun 2011.Berat tanggung jawab aku.Boleh ke aku tunaikan nanti?Macam mana kalau aku gagal?Adoi!!!Takut pula rasanya!!!

   Pertama : sebagai setiusaha Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti(SPSK).Jawatan kuasa SPSK sangat penting bagi mempastikan apa juga tugasan dll di sekolah dilaksanakan mengikut kualiti ditetapkan.Lebih kurang macam ISO.Eeeiii!Risaunya!!!!Jawatan kuasa tahun 2010 memang superb maknanya aku mesti lipatgandakan usaha menjadi seperti mereka.

  Kedua : J/kuasa Near Miss Tingkatan 3.Tugas yang ini aku terima dengan rela hati.Seronok juga dok buat headcount dan analisis ni.

   Ketiga : Penyelaras Data SMM Sekolah / register pelajar Tingkatan 3.Tugas yang ini pun ok.Cuma aku mesti bekerja keras setiap bulan untuk memeriksa rekod-rekod kedatangan pelajar.Semua mesti perfect kerana sekolahku memang pentingkan kesempurnaan.

   Keempat : J/Kuasa biasiswa.Ok cuma jemu juga kerana ini tahun ke 5 rasanya aku dengan biasiswa.Secara automatik aku adalah ahli j/kuasa bantuan pelajar.Bolehlah aku bantu seramai mungkin pelajar yang layak.

   Kelima  : Guru Penasihat Pancaragam.Ini adalah tugasku sejak 2007 dan aku seronok dan sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas.

    Keenam : Guru Penasihat Kelab Kebudayaan & Tarian. Sekali lagi untuk tahun ke 4.Aku memang minat bab kebudayaan ni.

    Ketujuh : Guru penasihat JRobik.Selepas tahun lepas aku tercampak ke sukan lain, kali ini aku berjaya ber JRobik kembali.(Poco-poco boleh tak?)

   Kelapan : Pengurus pasukan Catur ke pertandingan.What?Terkejut aku.Papan catur pun aku tak biasa pegang.Nasib baik bukan juru latih.

   Kesembilan : Guru penasihat rumah Ungu.Macam tau je pentadbir yang aku memang suka warna ungu.Nama rumah, belum ditetapkan kerana tahun 2011 baru ada rumah Ungu.

   Dan lain-lain tugasan biasa seorang guru.

   Selepas mesyuarat, aku menerima buku rekod mengajar, jadual dan buku catatan mesyuarat yang baru.Teruja mengalahkan budak-budak!Seronok nak mengajar ni. 2011...Ku nantikan kedatanganmu!

Yeah!!!Aku menang!!!

   Bunyi macam kelakar sebab aku menang contest 'Pengalaman Bersunat'.Tapi adatlah bila menang, mestilah aku gembirakan?Yeah!Yeah!Sesiapa yang sudi nak baca pengalaman tu silahlah klik di sini ye!Gambar memang tak dapat nak upload sebab anak saudara aku tu terlalu pemalu.Yang aku ada cuma gambar di bawah tu.Anak saudaraku, Zarif yang berbaju kuning tu.Gambar tu diambil semasa menyambut ayah pulang dari Mekah 5 Nov lalu di Senai Airport.
Terima kasih pada penganjur contest tu En Shah Jiehan ye!

Ayah pakai cermin mata kerana mata ayah pedih.

Monday, December 27, 2010

Aku teruja!

    Malam semakin melabuhkan tirainya.Rencana awal, hanya sejam untukku melawat ke rumah teman-teman malam ini.Tapi siapalah aku untuk menentukan kerana Dia lebih mengetahui.Tanpa ku sedar rupa-rupanya hampir 4 jam aku terbang dari satu sarang ke satu sarang.Tak mengapalah... Demi teman-teman aku rela berkorban.

   Semasa aku sibuk terbang melayang, aku terima banyak sms dan pertanyaan di fb.Soalannya sama: Tcr!Esok kena gi sekolah ke? Kena pakai baju sekolah ke?.Alamak!Penat aku nak menjawab.Oleh kerana aku tak pandai berkata tidak, aku jawab juga semampuku.Eh!Pelik bin ajaib!Sebelum cuti, setiap pelajar telah dibekalkan dengan surat yang lengkap dengan tarikh-tarikh penting pembelian buku, pembayaran wang tambahan atau pendaftaran.Apa dah jadi dengan surat-surat tersebut?Takkan jadi pembungkus nasi lemak?Entah-entah dah lunyai jadi roket.Nampak gayanya tak sampailah maklumat pada ibu bapa.Hai... anak-anak.



   Telefon dari ibu bapa pun ada juga yang ku terima.Selain kes bapa jadi sesumpah ( Maaf Pendekar berkuda.Aku guna istilah sesumpah buat kali penghabisan) ada juga yang bertanya sama ada boleh dikeluarkan wang biasiswa untuk membayar buku dan wang tambahan.Jawapanku tentulah boleh, kerana memang itulah tujuan biasiswa diberikan.Ada juga yang bertanya, mengapa anak mereka tak menerima biasiswa.Jawabku: maaf encik.Biasiswa hanya untuk warganegara sahaja.Bukan warganegara, pihak sekolah akan cuba carikan derma orang perseorangan.( Untuk pengetahuan, ada pelajar warganegara Indonesia, Singapura dan Filipina di sini. Bukti makmurnya negara kita tercinta)

  Sekejap aku menjawab telefon, sekejap aku membalas sms.... alamak!Macam mana aku nak bw ni?Pening kepala aku dibuatnya.Keputusan terakhir; terpaksalah aku offkan saja telefonku.Barulah lega aku nak bw dengan kelajuan tinggi.Sambil bw, aku terfikir tentang azam tahun ini yang masih belum aku lunasi.Ahh!Malam sambut tahun baru aku cerita khas tentang azamku.Moga dipanjangkan usia olehNya.

  Esok mesyuarat guru untuk sesi 2011 akan diadakan.Biasanya buku rekod mengajar,buku mesyuarat, buku pengurusan 2011, buku pengurusan tingkatan dan buku kedatangan pelajar juga akan diedarkan.Teruja aku menerima buku-buku baru yang pasti akan kusampul sesuai identitiku.(Bukan anak murid saja yang teruja tau).Aku juga teruja untuk mengetahui tugas-tugas yang perlu ku galas.Adakah aku masih lagi perlu menjaga biasiswa( tugas yang terkadang buatku menangis dek masalah pelajar) atau masihkah lagi aku berhibur mendengar lagu bersama anak-anak bandku( tugas yang sangat enjoy buatku)...Hanya doaku janganlah aku menjadi aedes buster kerana ia benar-benar tidak sesuai dengan jiwaku!

   Sementara itu, aku sibuk mencari baju sesuai yang akan ku pakai.Juga beg mana yang akan ku bawa.Oh ya! Pen dan lain-lain tak boleh ku lupa.Opps!Aku tamatkan di sini.Mata...maafkan aku kerana terpaksa memaksamu pejam.

Tugas yang ini?Oh tidak!
( Gambar milik munivandevil )


Aku sumpah kau jadi sesumpah!!!

  Bertuah punya orang!Tak guna hidup!Baik mati masuk kubur daripada menyusahkan hidup anak isteri.Orang lain kahwin, dia pun nak kahwin tapi orang lain tunaikan tanggung jawab dia sibuk jadi biawak hidup!

  Panas berasap intro aku lepas maghrib ni.Aku marah kerana aku baru saja menerima panggilan telefon daripada seorang ibu yang menangis-nangis mengadu tentang masalah rumah tangganya.Secara peribadi aku tak kenal ibu tersebut.Tapi sebagai seorang guru, aku kenal dia sebagai seorang ibu kepada anak didikku, seorang anak cemerlang.

   Aku tahu bukan mudah buat seorang wanita menceritakan masalah peribadi kepada orang yang tak begitu dikenali.Aku rasa tersanjung kerana dia mempercayaiku.Masalah serupa selalu aku dengar di kalangan ibu-ibu anak didikku.Memang bukan 100% ayah atau suami tidak bertanggung jawab tetapi jumlahnya semakin meningkat!Apa telah jadi pada lelaki kini.Mungkin En.Ben , Pendekar Berkuda atau Tuan Penasihat boleh tolong jawabkan.

  Mengikut jadual, esok para pelajar bolehlah mula membeli buku untuk sesi 2011.Biasanya kami,pihak sekolah menggalakkan mereka membeli mengikut pakej tingkatan kerana mudah bagi keperluan mereka setahun.Tingkatan 3 jika aku tak silap untuk buku-buku latihan tak sampai pun seratus ringgit.Bayaran tambahan pun tidaklah sampai ibu bapa hilang pendapatan.Tapi ada ibu bapa ( terutama bapa) yang langsung tak bertimbang rasa kerana bayaran sebegitu dianggap beban.Pihak sekolah setahu aku cukup bertimbang rasa.Tidak pernah kami hukumkan WAJIB membayar serta-merta atau dibuang sekolah!Semua itu boleh dipertimbang asal ibu bapa sanggup berbincang.

   Berbalik pada ibu yang menelefonku tadi, masalahnya adalah tak mampu untuk membeli atau membayar keperluan sekolah.Si suami hanya suami pada surat nikah.Nafkah anak-anak semua ibu yang cari.Bahkan perut suami juga isteri yang isi.Ini yang aku marah!Apa guna jadi lelaki kalau langsung tak berfungsi?Lebih baik jadi mak nyah kerana setahu aku mak nyah lagi punya hati dan perasaan.Suami yang beginilah aku sumpah jadi sesumpah!Baru padan muka!

   Pada si ibu yang menangis tersedu-sedu, ku katakan :Kak, tak pe kalau tak dapat nak bayar serta-merta.Nanti saya cuba bincangkan dengan pihak sekolah.Jangan risau kerana lewat bayar bukan bermakna berhenti sekolah.Ada banyak bantuan sekolah sediakan.Nanti saya bincang untuk mohonkan biasiswa.Yang penting anak akak terus bersekolah.Tiba-tiba, makin kuat si ibu tersedu kerana terharu.[Susah-susah sangat, cari saja pengganti kerana aku tahu si ibu masih lagi bergetah!(Opps!Berdosa aku jadi batu api)]

   Tiba-tiba aku jadi sedih.Jiwaku terganggu dek spesis tak tahu malu!Maka aku sumpah kau jadi sesumpah!!!!

Nyah kau sesumpah pemalas!
( Gambar milik Cik Google)

   

Mati Hidup Semula


Mati Hidup Semula
( Jamal Abdillah )

Tak sudi memandang tidak mengapa

Kerana ku mengerti aku insan hina
Tapi dengar apaku katakan
Untuk pedoman di hari muka

Dulu hidupku rasakan mati

Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

Baru kukenal bulan dan bintang

Betapa indah dunia dipandang
Baru kukenal ayah ibu adik abang
Kerana dulu fikiran melayang


Jalan nak ku lalu masih panjang

Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah perangsang
Agar kejayaan dapatku julang

Manusia sepertiku usah kau hina

Kelak menambah sakit didada
Selagi aku bernama manusia
Tak lepas dari salah dan dosa


Salahku lakukan meruntuhkan nama

Kerana perbuatan mengikut rasa
Namunku bersyukur pada yang Esa
Setelah matiku hidup semula


     

Takkan melayu hilang di dunia:Aku takut!

   Takkan Melayu hilang di dunia!Itulah kata-kata hikmat Laksamana Hang Tuah yang selalu jadi mainan di bibir.Jadi mainan?Ye, jadi mainan kerana memang Melayu takkan hilang di dunia kerana darah Melayu tetap mengalir di tubuh anak-anak Melayu.Namun persoalannya; sejauh manakah jati diri Melayu berjaya dipertahankan?

   Pertama ; Berjayakah anak Melayu mempertahankan maruah?Satu soalan yang amat menakutkan kerana bukti di mana-mana menunjukkan semakin ramai anak Melayu hilang maruah.Kenyataan menyakitkan tetapi itulah kenyataan.Melayu berjati diri Melayu berpaksikan Islam takkan pernah berkhalwat, bersekedudukan, bermukah atau membuang anak bersepah-sepah.Bangkitlah ibu bapa!Bimbinglah anak-anak yang mula tersilap arah!

   Kedua ; anak Melayu sentiasa menjaga aurat kerana Melayu dan Islam tak dapat dipisahkan di negara kita.(Jangan persoal negara jiran kerana kita bukan mereka) Namun kenyataan kini, semakin ramai anak Melayu yang terlalu berani berpakaian seperti tidak berpakaian.Niat takkan pernah menghalalkan cara kerana Islam telah menggariskan semuanya demi kesejahteraan umatnya.Apakah Melayu tetap takkan hilang jika aurat Melayu di mana-mana bangga ditayang?

   Ketiga ; anak Melayu takkan malu mengaku Melayu, berbahasa Melayu dan tetap berjiwa Melayu.Namun rata-rata kini semakin ramai anak Melayu yang malu berbahasa Melayu atau dilenggokkan lidah dan bunyi Melayu itu tak lagi indah.Kita makan nasi bercakaplah seperti Melayu sejati.Tak perlu dilenggok, dipelat umpama mat salleh di negeri orang putih.Kalau teringin berbahasa asing, berbahasa asinglah sepenuhnya ,jangan dicampur aduk membuat kepala pening.Tak guna belajar tinggi jika tak tahu atau malu mengaku bahasa sendiri.Berbahasa asing memang digalakkan demi ilmu dan perpaduan namun tunjukkanlah jati diri Melayu anak Melayu bila berbahasa Melayu.

   Andai dikupas dan dibahas, semakin takut rasa di hati.Apakah Melayu takkan wujud lagi dek sesuatu yang dinamakan kemajuan?Tak bolehkah Melayu terus maju namun seiring jati diri Melayu; dengan adat dikelek agama dijunjung.Mudah-mudahan Laksamana Hang Tuah tak pernah silap bila mengatakan : Takkan Melayu hilang di dunia!

Laksamana Hang Tuah : Takkan Melayu hilang di dunia!



SEGMEN :Jom Berkenalan bersama Loqman Hakim

Jom Berkenalan! Bersama Cikgu Akim.
Alkisah subuh-subuh hari lagi, hamba telah diminta oleh Pendekar Berkuda untuk menjawab persoalan yang bersarang dalam kotak fikirannya.
Maka dengan ini hamba pun cubalah menjawab segala persoalan.

Adapun persyaratannya adalah :

1)Buat Entry  bertajuk"SEGMEN  JOM BERKENALAN" ( Telah pun hamba laksanakan )
2)Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda( Telah juga hamba laksanakan)



3)Jawab 7 soalan berikut:
-Apakah status anda (Single,berpunya,berkahwin,bercerai)..ceritakan sedikit

Maafkan hamba kerana hamba kurang maklum soalan tuan hamba.Maklumlah hamba hanya pacal yang hina, tak punya pelajaran hingga di negeri Cina.Hamba menjawab begini : Diri hamba adalah hak milik hamba sendiri.

-Ceritakan tentang diri anda  (cth:asal..pekerjaan..belajar katna..bil anak.cita2..bla2.bla..)
Pekerjaan hamba adalah mendidik anak-anak bangsa.Hamba menuntut di Gunung Siguntang .Bil anak hamba belum hamba ketahui lagi.Cita-cita hamba adalah menawan puncak awan.

-Ceritakan tentang Blog anda(promosi la sikit)..
Blog hamba apa yang pasti bukanlah cool blog, penghilang dahaga.Blog hamba adalah lakaran hati hamba untuk hamba kongsikan bersama.Blog hamba umpama bayi yang baru dilahirkan maka masih terlalu banyak untuk hamba pertingkatkan.Apapun, hamba persilakan tuan hamba melihat sendiri agar lebih puas rasa di hati.

-Apa pandangan anda tentang dunia blog?
Sesungguhnya dunia blog adalah sesuatu yang tak pernah hamba fikirkan.Begitu juga dengan abang Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi.Tak hamba sangka dunia blog telah mempertemukan hamba dengan Pendekar Berkuda.

-Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog..
Nasihat hamba buat rakan-rakan, berhati-hatilah kerana musuh sentiasa ada dalam selimut.Musang juga kadang-kala tak malu menjadi ayam.Tuan hamba jadilah diri tuan hamba sendiri.Mudah-mudahan hidup sentiasa diberkati.

-Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda..
Hanya jauhari yang mengenal manikam maka hamba persilakan tuan hamba melihat sendiri keunikan di blog hamba.

-Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Hamba akan menulis dan terus menulis hingga suatu waktu yang hamba sendiri tak tahu.Impian hamba agar hamba dapat tinggi sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mahaguru-mahaguru blog seperti Mahaguru Ben Ashaari atau Pendekar Berkuda.
4)Tagged 4 orang rakan blogger anda(jangan lupa ingatkan dorang!)..
Pilihan hamba adalah :
5.Hamba juga telah linkkan utusan hamba ini dengan blog Cikgu Akim.

Terima kasih kepada Pendekar Berkuda atas kesudian mentag hamba pacal yang hina.


Malaysia : Indonesia

   Malam ini tentu ada yang tidur dengan senyuman kerana Malaysia menang melawan Indonesia.Aku pun senyum juga tapi taklah sampai ke telinga.Aku rasa pelik jugalah.Bukan aku pelik Malaysia menang.Itu biasalah adat perlawanan;ada kalah ada menang.Aku pelik melihatkan ragam manusia.

   Apalah faedah Malaysia dan Indonesia nak bergaduh?Kalau anda tahu sejarah asal-usul orang melayu di Malaysia terutama di Johor dan sebahagian Selangor dan Perak, tentu anda tahu yang mereka ada pertalian darah dengan orang Indonesia.Ok, bagi orang Malaysia mungkin kita lebih terbuka dan baik hati menerima saudara kita di Indonesia.Tetapi mengapa orang Indonesia sendiri amat sukar menerima orang Malaysia.

  Berbalik kepada asal-usul melayu di Malaysia, tentu kita maklum yang orang melayu di Malaysia terbahagi kepada beberapa suku seperti Jawa, Bugis atau Bawean.Cuba saudara di Indonesia fikirkan, bukankah suku-suku itu berasal dari Indonesia?Maknanya kita memang bersaudara.Nama-nama aneh seperti Parjo, Daing Merewah, Pulungan, Hamonangan atau sekadar Khairunnita memang sah bukan milik asal orang Malaysia.Tetapi hakikatnya ramai juga warga Malaysia khasnya di Johor mempunyai nama-nama begitu.Mereka bukan pendatang tetapi dilahir dan dibesarkan di Malaysia sebagai warga Malaysia hanya asal-usul nenek moyang mereka dari Indonesia.

   Jika anda sedar, di Johor khasnya masih ramai etnik Jawa yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Jawa.Dari mana asalnya?Tentulah dari Indonesia.Adat atau budaya Jawa Indonesia juga diamalkan oleh orang Jawa di Malaysia.Kenapa?Kerana mereka asalnya dari darah yang sama.Mereka bersaudara.Oleh itu tiada faedahnya jika orang Indonesia membenci warga Malaysia kerana ramai warga Indonesia di sini yang diterima baik oleh orang Malaysia.Tentang baik atau jahat bukan bangsa yang menentukan tetapi pegangan agama masing-masing.

   Kepada warga Malaysia, bersyukurlah menjadi orang Malaysia kerana kita ada segala-galanya.Tetapi jangan sesekali menghina orang Indonesia.Buat warga Indonesia, kami warga Malaysia kagum dengan semangat cintakan tanah air anda, Indonesia, tetapi pada masa yang sama anda juga perlu faham bahawa kami warga Malaysia juga sayangkan tanah air kami.Oleh itu sama-samalah kita berganding bahu dan bersatu padu kerana Malaysia dan Indonesia sebenarnya adalah bersaudara.

   Buat pasukan bolasepak Malaysia yang bakal bertarung di Indonesia, berjuanglah dengan semangat kesukanan yang asli.Mudah-mudahan kemenangan kalian tidak bakal menjadi cemuhan.

      



Sunday, December 26, 2010

Malaysia 3 Indonesia 0

   Yahooooooo!Malaysia menang melawan Indonesia dengan 3 gol berbalas kosong!Ikut teruja walau pun aku bukan penggemar tegar bola sepak.Cuma tumpang berbangga sebagai anak Malaysia.Mudah-mudahan, Malaysia akan terus melakar kejayaan di Indonesia nanti.Malaysia boleh!

Pinjam logo Yahoo messenger jap dari Cik Google!

Untuk berita lanjut, sila tanya orang yang pakar ye!

500 Blog

SEGMEN BEN ASHAARI : 500 BLOG

1.Header blog Ben Ashaari

banner-ben-3

2.Tajuk : Done

3.Tuliskan sedikit tentang diri anda dan tujuan jadi blogger:
Bab ni rasa macam berat nak jawab tapi demi segmen En.Ben aku cuba beri jawapan yang terbaik.

   Aku seorang yang sangat komited dalam melaksanakan apa juga tugasan yang diberi.Disiplin bagiku adalah nombor 1.Oleh itu aku selalu nasihatkan anak-anak didikku agar mencari suami yang berdisiplin.Di waktu-waktu senggang, aku gemar menulis cerpen,atau bahan-bahan ilmiah lain, membaca novel, melukis dan sudah tentu blogging.Kata orang aku juga seorang yang romantik.(Entah ia entah tidak).Kelemahanku adalah sukar untuk berkata 'tidak' maka selalunya aku rela berkorban untuk teman-teman asalkan mereka bahagia.Biarlah aku menjadi lilin yang menerangi kegelapan insan lain.

   Tujuan aku menjadi blogger adalah untuk menghibur hatiku yang lara.(Eh!takdelah.)Tujuan aku sebenarnya ialah untuk menambah pengetahuan dan berkongsi pengalaman.Untuk menulis di diari aku malas kerana tulisanku buruk jadi di alam siber inilah ku catatkan segalanya.Mudah-mudahan apa yang ku kongsikan dapat membantu insan lain seperti pelita yang menerangi.

4.Url akan ditinggalkan sebentar lagi

Harap dapat disenaraikan ya En.Ben.
(Mengelat tau kata pagi Isnin.Hari ni baru Ahad)



Benarlah bumi berputar...

   Betullah kata orang....Dunia ini berputar.Begitu juga dengan isinya.Apa yang pernah jadi kegilaan berpuluh tahun dahulu, mungkin akan jadi fesyen terkini.Contohnya rambut.5 tahun dulu andai ada orang berambut ala Alleycat, mesti orang akan gelak.Tapi sekarang aku lihat makin ramai pula berambut afro ala Alleycat.Entah-entah dah jadi fesyen terkini.


Rambut afro begini memang sesuai dengan David dan adiknya.
(Gambar hak milik alleycatsmalaysia.com)

   Kalau anda masih ingat, dalam filem Laksamana Do Re Mi,watak tuan puteri yang dilakonkan oleh Dayang Sulu, memakai dress yang amat singkat.Filem tersebut kalau tak silap dalam tahun 70an.Kini pada tahun 2010, semakin ramai artis yang semakin berani berpakaian singkat. Lihat sajalah di majalah-majalah hiburan.


Petikan dari filem Laksamana Do Re Mi


Juga dari filem Laksamana Do Re Mi


Kan lebih kurang sama saja singkatnya di tahun 2010.

Yang ini juga
Jadi benarlah dunia berputar

Tapi mengapa pakaian begini tak pernah diulang lagi?

...so deeply wounded



KNIFE

You Touched My Life

With Your Softness In The Night

My Wish Was Your Command

Until You Ran Out Of Love

I Tell Myself Im free

Got The Chance Of Livin Just for Me

No Need To Hurry home

Now That Youre Gone

Knife

Cuts Like A Knife

How Will I Ever Heal?

Im So Deeply Wounded

Knife

Cuts Like A Knife

You Cut Away The Heart Of My Life

When I Pretend

Wear A Smile To fool My Dearest friends

I Wonder If They Know

It's Just A Show

Im On A Stage

Day And Night I Go Through My Charades

But How Can I Disguise

What's In My Eyes?

Knife

Cuts Like A Knife

How Will I Ever Heal?

Im So Deeply Wounded

Knife

Cuts Like A Knife

You Cut Away The Heart Of My Life
 
I've Tried And Tried

Blocking Out The pain I feel Inside

The Pain Of Wanting You

Wanting You

Knife

Cuts Like A Knife

How Will I Ever Heal?

Im So Deeply Wounded

Knife

Cuts Like A Knife

How Will I Ever Heal?

Im So Deeply Wounded

------------------------------------------------------------------------------------

Drivin’ home this evening
I coulda sworn we had it all worked out
You had this soul believin’
Way beyond the shadow of a doubt

Then I heard it on the street
I heard you mighta found somebody new
Well who is she baby - who is she
And tell me what she means to you

I took it all for granted
But how was I to know
That you’d be letting go

Now it cuts like a knife
But it feels so right
It cuts like a knife
But it feels so right

There’s times I’ve ’bin mistaken
There’s times I thought I’d ’bin misunderstood
So wait a minute darlin’
Can’t you see we did the best we could

This wouldn’t be the first time
Things have gone astray
Now you’ve thrown it all away

Now it cuts like a knife
But it feels so right
It cuts like a knife
But it feels so right


Saturday, December 25, 2010

Cuti Krismas aku pun sibuk juga.

   25 Disember adalah sambutan hari Krismas untuk penganut Kristian di seluruh dunia.Semua orang sibuk.Aku juga sibuk tetapi bukan untuk menyambut krismas.Aku sibuk kerana menyiapkan persiapan persekolahan yang akan menjelma tak lama lagi.Minggu depan tentu tak sempat jadi hujung minggu inilah masa buatku untuk menyiapkan apa yang patut.

   Bermakna aku terpaksa tangguhkan hasrat untuk berbw. Harap-harap pengunjung masih tetap setia seperti biasa. Hari ini juga aku mesti menghadiri satu majlis perkahwinan berhampiran rumahku.Aku dijemput rewang tapi  aku betul-betul tak dapat meluangkan masaku.Mudah-mudahan tuan rumah faham.

   Aku akan cuba mencuri waktu untuk berkunjung, bw ke rumah teman-teman malam nanti.( Ada seseorang yang aku harus kunjungi kerana berjaya membantuku bw dengan selesa tanpa gangguan nenek terkedek-kedek).Sementara itu, sudi-sudikanlah membaca catatan-catatanku yang telah menjangkau lebih 400 jumlahnya.Mudah-mudahan ada sesuatu yang dapat aku kongsikan.

( Gambar hiasan  daripada Cik Google)
Aku ke majlis perkahwinan dulu ye.

p.s: Merry Christmas to those celebrating it!


Friday, December 24, 2010

Bila sekolah nak dibuka...Siri 1

      Seperti yang kita semua maklum, tak lama lagi akan berlabuhlah tirai 2010 dan akan terbitlah mentari 2011.Seperti tahun-tahun lalu, aku adalah antara berjuta-juta umat manusia yang teruja menanti datangnya tahun baru.

   Aku teruja bukan hanya kerana hari lahirku pada 1 Jan.(Kerana aku tahu tiada insan istimewa yang akan sudi berkongsi bahagia denganku).Aku teruja kerana tahun hadapan aku akan mengajar di sesi pagi setelah bertahun-tahun di sesi petang.

   Sebagai persediaan, aku pun berbelanja untuk sesi persekolahan tahun depan.Aku juga teruja seperti anak-anak didikku.Semua mesti baru ( andai yang lama tak dapat lagi ku guna )Aku juga berharap agar tahun hadapan, kebahagiaan akan tetap menjadi milikku sebagai seorang pendidik.

Kata orang, apalah ada pada pen namun bagiku aku hanya akan yakin menulis menggunakan pen di atas.Tanpa mereka hidupku terasa tak sempurna.
Inilah jenama wajibku, Faber Castell Super Click S-Fine 0.5mm.o.7mm aku tak berapa suka.


Yang ini pun wajib ada untuk mewarna-warnikan buku rekod mengajarku.Tanpa mereka ku rasa, duniaku tak bermaya.

Correction tape purple atau pink.Wajib ada.

Bentuk-bentuk menarik begini biasanya ku beli tapi sayang nak guna.

Ini pen wajib untuk aktiviti penandaan jenama M&G pen.

Fluorescent sticker untuk buku anak-anak didikku supaya senang aku mengenal buku-buku mereka.Biasanya warna ungu, biru,pink,hijau dan kuning.Satu warna untuk satu kelas.

... dan lain-lain alat tulis yang pelbagai rupa dan warna.

Kasut!!Wajib beli yang begini

...atau begini

lipstik

handbag

brooch

Jam tangan

...dan lain-lain lagi.





Let's have a break!