Saturday, January 29, 2011

Adakah ini dikira gangguan seksual?

    Entry malam ini khas untuk meminta pendapat tentang seorang anak murid aku.Umurnya 15 tahun dan masih di tingkatan 3.Jantina : lelaki.Masalah yang aku hadapi ialah : Tanpa jemu anak murid aku ( Sebenarnya aku tak pernah pun mengajar murid ni tapi adat di sekolah aku ni, semua pelajar adalah anak murid aku) ... akan bertanya soalan yang sama seperti contoh di bawah.Hal ini telah berlarutan setiap hari selama 3 minggu.

Soalan-soalannya adalah:
"Teacher sihat?"
"Sihat.Alhamdulillah..." Aku jawab.
"Teacher dah makan?"
"Belum.Teacher diet." Aku jawab lagi.Masih ikhlas.
"Teacher dah minum?"
"Dah kat rumah tadi.Teacher minum Milo." Aku masih lagi menjawab walaupun mula rasa something wrong somewhere.
( Soalan-soalan di atas aku jawab setiap hari selama 3 minggu)

Soalan di bawah pula adalah soalan yang aku tak dapat nak jawab bila ditanyakan oleh pelajar yang sama pada  hari Jumaat, 28 Januari yang lalu.
Soalannya:
"Teacher dah kahwin?"(Dengan senyum dan mata yang agak nakal)
Dengan spontan(Maknanya tanpa berfikir) aku menjawab:
"Awak ni mabuk minum todi ke?"
(Sebenarnya aku terkejut soalan itu yang ditanyakan)

Persoalannya adalah:
1.Apa aku nak jawab bila hari isnin 7hb Februari ini pelajar aku yang berwajah sayu tu bertanya lagi.
2.Adakah ini suatu bentuk gangguan seksual?
3.Apa yang patut aku lakukan?
4.Patutkah aku merujuk pada pihak kaunseling?(kang tak pasal-pasal kaunselor kata aku perasan pulak)
5.Patutkah aku hentikan pendekatan PT MCare ( Personal Touch /Care ) aka 'sentuh hatinya' yang aku amalkan selama ini?Pelajar sekarang bukan boleh ditengking dimarah jadi aku gunakan kasih sayang untuk mendidik.

Aku berharap benar ada yang sudi merungkai kekusutan dan kekeliruanku sebagi seorang guru ini.
xie xie.

Sila lihat perbandingan di bawah menggunakan gambar milik kotak-mainan.blogspot.com

Si ibu kucing tu adalah aku dan si anak tu pula anak muridku jadi there's something wrong somewhere dengan anak murid ku itu.

10 comments:

CeritaSekupang said...

pelajar sekarang dah maju sebab tu banyak soal...haha...

whitecappuccino said...

Susah jugak nak handle ni..Penah tak tanya cikgu yang penah ngajar dia, sikap dia sebelum ni macamana?

Azian Elias said...

Macam2 kan karenah bebudak sekarang ni..

Seri Bahasa said...

walaupun soalan itu tidak menjurus kepada gangguan seksual, seelok-eloknya beri nasihat lebih awal agar perkara ini tak berulang. soalan2 yang diajukan oleh murid kepada guru harus ada batasnya jangan sehingga menyentuh hal2 peribadi.

kpah k-poh Sharifahnor said...

bagi kak pah yg dah ada anak besar2 ni..tak rasa pun mcm gangguan seksual sbb anggap semua macam anak sendiri..
tapi sekiranya cikgu tak selesa dgn soalan2 itu..cikgu yg mulakan dulu bertanya..jgn biarkan pelajar itu mulakan pertanyaan..
cikgu boleh bertanya tentang parents dia..mungkin dia kurang kasih sayang...dan menganggap cikgu boleh menjadi tempat dia menumpang kasih..
tapi jgn tunjuk kan yg cikgu "care" sgt..nanti dia anggap lain pulak..

Ce'gu JAERA said...

Better jangan layan lah murid macam tu cikgu. Kadang2 murid2 ni suka mengusik. Bila dah dilayan makin melampau jadinya..

Sifat kasih dan sayang guru kepada murid ada batasnya. Jangan sampai murid2 ni dah naik kepala nak tanya bab2 peribadi kita.. kang tak pasal2 murid tu jatuh cinta plak dengan cikgu nya.. hehe

sabree hussin said...

kalau ikut kefahaman saya, soalan-soalan yang ditanya masih lagi belum kearah gangguan seksual.

apa yang saya nampak, murid tu cuma seorang lelaki yang baru nak berkenalan dengan alam dewasa.

terdapat kekeliruan dihati murid tersebut. keliru, mana satu guru, dan mana satu kawan2.

pendapat, biar dia rasai realiti tu macam mana, tak suka biarkan dia tau yang awak tak suka.

Uji Hussein said...

Tkasih atas komen semua.

Ina said...

saya setuju gak ngan kak sharifah nor...cuba..pendekatan lain....kalau u rasa tak selesa..elakkan jer..

aimi nadiah said...

bgsnye suka bertanya.. hehe..

Post a Comment