Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, January 14, 2011

Aku bukan singa...

    Aku sedih.Sedih sangat-sangat.Tapi semuanya untuk kebaikan mereka.Aku tak mahu mereka terus khayal dengan sikap malas atau menangguhkan kerja.Aku tak suka marah-marah tetapi setelah dua tahun aku mengajar kelas yang sama, masih ada lagi yang mengulang kesalahan yang selalu aku ingatkan.Aku sedih.Aku risau.Aku sedih kerana aku terpaksa marah-marah.Aku risau kerana tahun ini mereka akan mengambil PMR.Jika sikap mereka masih sama, aku bimbang sangat-sangat impian mereka, ibu bapa, sekolah dan juga aku sebagai guru, untuk mendapat A dalam subjek yang ku ajar akan gagal sedangkan kesemua mereka berpotensi untuk memilikinya.

   Aku sedar aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi buat mereka.Namun aku sedar, ibu bapa mereka juga meletakkan harapan yang tinggi.Jadi, aku tak punya pilihan lain kecuali menjadi singa seketika.Namun Allah saja yang tahu betapa sedihnya dalam hatiku.Mungkin agak keterlaluan kerana hingga saat ini aku masih lagi sedih meskipun aku menjadi singa lebih 24 jam yang lalu.Detik ini hatiku masih menangis, sedih dan bimbang.

   Apapun aku bersyukur kerana berubahnya aku menjadi singa, tugas yang ku beri dapat disiapkan segera.Aku percaya, sikap menangguhkan kerja adalah antara penyumbang gagalnya mereka menyiapkan tugasan yang diberi.Mudah-mudahan mereka akan terus berubah dan menjadi pelajar cemerlang PMR nanti.Biarlah aku menjadi guru yang kurang popular asalkan mereka semua berjaya.

Mudah-mudahan air mata yang mengalir setelah keputusan PMR diumumkan hujung tahun nanti adalah airmata gembira

5 comments:

Sharifah nor said...

siap ler cikgu nak jawab kalau anak murid ramai yg gagal!!!!

KELI OH KELI said...

tahniah atas niat suci anda...kalau semua guru ikhlas begini...InsyaAllah majujaya bangsaku.

Nadia Mashuri said...

terus kan berusaha yer..

Penjejak Mimpi said...

Salam.

SP: guru adalah kerjaya mulia. Muge bersabar dalam manjalankan tanggungjawab ini.. :)

Gayahspears said...

tahniah kerana annda berjaya mendidik anak bangsa

Let's have a break!