Tuesday, January 11, 2011

Amy Search menang AJL 25!!Yahooo!!!!


   Yahoooo!!!!Seronoknya aku tak terkata!Pujaan hatiku menang AJL kali ini.Siapa lagi kalau bukan jejaka tampan di atas tu.Tak kenal?Adoh!!!!Apalah korang!Amy Searchlah!!!!Fuh!!!Seperti yang aku nyatakan tadi, aku suka yang amat sangat kerana Search menang.Memang layak pun.Tak siapa boleh menidakkan kehebatan suara Amy yang merdu bak buluh perindu.Sekali dengar...aduhai....terus jatuh hati.

z
z
z
z
z
z
z
z
z

   Tiba-tiba! Adoi!Bertuah punya nyamuk!Takde waktu lain ke nak hisap darah!Padan muka penyek aku tepuk.Eh!Giliran siapa pulak menyanyi tu?Alamak!Aku tertidur pulak.Mati hidup balik aku ingat Search yang menang rupa-rupanya hanya mimpi belaka.Suspen betul.Apa-apa pun  secara peribadi aku rasa AJL25 kali ini telah berjaya menghiburkanku.(Walaupun aku tertidur semasa Black menyanyi.Huwaaaaaa...... tak dapat tengok Black dan masa Hafiz buat magic) Tiba-tiba je aku tengok Faizal Tahir dah mengerah tenaga mengeluarkan suara.Nasib baik aku sempat tengok Faizal menyelam macam baby dalam rahim.Kalau tak aku terpaksa tengok Faizal Ismail je lah. 


   Apa-apa pun tahniah bagi yang menang.Semuanya hebat.Mula-mula aku terpaku melihat Yuna dengan backgroundnya yang romantik giler ( Sesekali teacher guna 'giler' tak pe ye anak-anak!/Cakap dengan anak murid aku yang ramai jadi pembaca ( peminat?) setia aku).Kemudian tengok Shahir yang menjelma serba putih.Nasib baik muka tak putih.( Tapi tulah....jahat sangat, kan kena tampar!).Tengok pulak Tomok dengan rambut peliknya tapi aku suka style baju dia pakai.Nampak kacak sangat. Stacy?Yg ni aku tak ingat.Black dengan Noh pun best.Serious pertama kali aku rasa suara Noh lebih power dari Black(Sorry ye Stiwee).Aku pun sejak Noh nyanyi lagu P.Ramlee hari tu dah jadi peminat Noh walau pun aku pernah menyampah dengan dia pasal isu 'Awak busuk!' dulu.(Eh!Balik ke AJL 25 lah)


   Kesimpulannya:AJL 25 menghiburkan.Kalau aku tertidur tu bukan salah AJL tapi aku yang penat sangat.Tahniah buat yang menang terutama Ana Rafali.Tahniah sebab buktikan pakai baju kurung dan kebaya pun boleh menang.(Tapi masa ambil hadiah kenapa pakai baju cam tu?Nampak clumsy + sloppy)


p.s: Aku tertidur juga ke masa Sharifah Aini, Ziana dan Siti menyanyi?Aku tak perasan pulak.

Si cantik Ana yang berjaya menjadi juara.

Tengok tu rambut Tomok.Lebat sebelah.Kan pelik tu?

Amy Search lagi?Amy tak menanglah!!!!!
(Tak kira aku nak letak juga gambar dia!!!)

Semua gambar credit to Google )



4 comments:

Azian Elias said...

Semuanya berlumba2 buat persembahan. Not bad kan...

kpah k-poh Sharifahnor said...

"makcik" ni minat kat Amy Search ke??? hahaaaa...

Misz-ella said...

saya pun peminat amy search. hihi ..

Cempakamelati said...

Macam-macam la Scarlet ni...ades...terkejut gak mula-mula baca tadi..Amy Search lak yang menang..rupa2nya mimpi jer!!

Post a Comment