Tuesday, January 11, 2011

Doakan aku ye....

   Jam telah menunjukkan pukul 11.18 malam.Suasana di luar sunyi sepi.Hanya sesekali kedengaran bunyi sang kodok yang riang meraikan hujan.Aku juga sepatutnya telah lena diulit mimpi kerana esok bukanlah hari cuti.Biasanya lebih kurang jam 5 pagi, aku akan terjaga tanpa ku paksa.Tapi malam ini, aku rasakan kepalaku berdenyut-denyut.Hidung mula berair dan aku bersin berkali-kali.

   Mudah-mudahan itu semua bukan petanda aku selsema.Aku paling risau jika selsema kerana aku pasti tak dapat menggunakan suaraku semaksimum mungkin.Sebagai seorang pendidik, suara adalah asetku.Mungkin aku berhujan semalam.Maklum sajalah semalam latihan sukan tetap diteruskan walaupun hujan.Apabila hujan semakin menggila, barulah kami beredar ke dewan.Jangankan hujan lebat, hujan gerimis pun kata orang bahaya di Pasir Gudang kerana 1001 toksik buangan kilang.

   Mudah-mudahan esok kesihatanku bertambah baik agar dapat aku mengajar dengan tenang.Esok aku ingin berlari-lari lagi dengan anak-anak didikku di padang.Mudah-mudahan hujan takkan menjadi penghalang.Sementara itu aku terpaksa lenakan mata.zzzzzzzzzzzzz!!!!!

Mudah-mudahan aku dapat segera terlena diulit merdu suara sang kodok.


Niat untuk bw ku tangguhkan dulu demi tugas.
Aku ikhlas demi tugas yang ku galas...




Puas ku cuba namun mata tak juga mahu lena.

Doakan mudah-mudahan aku tak perlu terbaring lesu dek selsema yang mungkin datang.

< Jumpa lagi esok>

( Gambar ku pinjam dari Cik Google)

0 comments:

Post a Comment