Friday, January 21, 2011

Iklan?Tak jadi masalah....

   Cis!Bertuah betul!Baru je cerita dah iklan.Berlambak-lambak pulak tu!Cerita sepuluh minit tapi iklan 100 minit.(Eh!Melampau! Mana ada!20 mint je ).Nak tengok cerita pun tak seronok!Itulah antara rungutan kita sebagai penonton TV kan?Tapi tahukah anda bahawa iklan sangat penting bagi kita.Tak percaya?Cuba renung-renungkan fakta di bawah.

1.Iklan penting kerana waktu iklanlah kita boleh gerak-gerakkan sikit badan supaya tak semut-semut kaki dek lama sangant duduk depan Tv.

Iklan jap...

2.Semasa iklanlah kita boleh bangun pergi angkat kain baju di ampaian terutama semasa hari nak hujan.

Iklan lagi...

3.Semasa iklan kita bolehlah membalas sms yang masuk.


4.Kalau kita nak terkucil, time iklanlah kita boleh pergi.Betul tak?


5.Percaya tak?Semasa iklanlah kita boleh baca surat khabar sekejap.Tengok berita apa yang patut.


6.Kalau kita ada bela kucing atau lain-lain haiwan peliharaan atau nama glamournya pet, time iklan ni lah kita boleh beri makan pet kita tu.

7.Waktu iklanlah juga biasanya aku keluar jap gi buang sampah.

8.Lagi?Ada.... Waktu iklanlah aku sempat menyapu rumah atau mencuci pinggan mangkuk.

9.Memask?Mengapa tidak.Kalau bahan-bahannya semua dah tersedia, waktu iklan tu sempat sangat kalau kita nak menumis.Lepas tu masukkanlah ikan , daging ke apa-apa yang kita nak masak.Sementara tunggu ia masak, bolehlah sambung menonton lagi.

10.Akhir sekali, ( yang ini aku tak pernah cuba kerana aku takde baby) waktu iklanlah kita boleh tukarkan lampin anak atau buatkan susu anak.Betul tak?

( Nampak sangat aku ni hantu TV kerana tau rahsia-rahsia tu.Tapi dululah sebab sekarang ni kat ASTRO iklan sikit je nak bangun sikat rambut pun tak sempat.Kalau nak praktikkan tengoklah TV3.Dijamin boleh.Cubalah!)

p.s: Aku dah tolong iklan produk-produk kat atas tu.Gambar semua Cik Google punya.

3 comments:

YUL said...

hahaha, penonton tegar televisyen nie, dahsyat betui la

kpah k-poh Sharifahnor said...

cikgu buat iklan jugak!!!!! hahaaaa..

cik bahulu oren said...

tv3 mmg byk sgt iklan
bru je cite stat,pastu iklan balik
tnsion je...

Post a Comment