Wednesday, January 5, 2011

Inilah bukti jelas....

   Ini kisah benar yang berlaku kepada anak didikku.Kisah ini menunjukkan betapa sibuknya ibu-ibu moden pada zaman ini.Alkisah bermula pada tahun lalu.Seorang ibu telah menyiapkan 4 pasang pakaian sekolah untuk anak kesayangannya.

   4 pasang bermakna sehari sepasang kerana hari rabu pelajar mesti memakai pakaian unit beruniform.Maka dengan yakinnya si ibu telah menjahit kesemua pakaian anaknya itu sendiri.Setelah siap 3 pasang, si ibu terpaksa berkejar untuk menyelesaikan hal lain.Dalam hati ibu bercadang untuk menyiapkan baju yang hanya tinggal leher saja yang belum bertulang belut, setelah urusannya selesai.Lalu si ibu pun menyimpan baju yang yang 90% siap itu di dalam almari.

   2010, bulan Disember:Ibu yang sama juga sedang sibuk menyiapkan pakaian anaknya.Ala...baju tahun lepas ok lagi jadi tambah sepasang je cukuplah.Itu kata hati si ibu.Maka si ibu pun membongkar kotak jahitan dalam almari.Kotak tersebut berisi kain-kain bahan yang bakal dibuat macam-macam benda contohnya apron, sarung buku, sarung bantal dan lain-lain lagi.Almaklumlah si ibu memang gemar menjahit.(Tapi kadang-kadang jahit dalam mimpi je sebab serious, si ibu busy giler!)

   Sedang si ibu membongkar kotak jahitan tersebut, si ibu berasa bingung seketika."Bila pula aku siapkan baju anak aku ni.Rasanya kainnya pun belum ku potong!Monolog ibu dalam hati.Tiba-tiba ( selepas bingung seketika)Masya Allah!Aku lupa.Tahun lepas aku simpan baju ni sebab lehernya tak siap.Laa.... dah setahun rupanya baju ni terperuk dalam kotak.Sikit aku tak ingat".Monolog ibu lagi. Ibu itu pun tergelak seorang sambil berasa baju yang dipegang pun tergelak sama.Sehelai baju ambil masa setahun baru siap.Rekod tu!

   Itulah secebis kisah yang membuktikan betapa sibuknya ibu-ibu zaman kini.Maka bapa-bapa hulur-hulurkan tangan untuk membantu.Takkan pinggan makan sendiri pun harap isteri yang membasuh!Apa-apa pun, tabik buat ibu yang bersungguh-sungguh demi anak.
   

Baju yang gagal disiapkan oleh si ibu di atas sebiji dengan gambar uniform Pembimbing Rakan Sebaya yang berwarna ungu di atas tu.Walau bagaimanapun gambar hanyalah hiasan dan tiada kena mengena dengan ini gambar.(Eh!Macam orang zaman dulu bercakap pulak!)

4 comments:

kpah k-poh Sharifahnor said...

ibu-ibu kat super women..."women power!!!'

Penjejak Mimpi said...

Salam ziarah..

Anda ditag. Sile ke http://penjejak-mimpi.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html

Tqvm :)

acan ketot said...

heee..
bz sgt akak yew...

Unknown said...

hehehe~~ memeriahkan ruangan komen pula pendekar sekarang ni.. dah malas nak main SB..lalala~~

Post a Comment