Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Tuesday, January 4, 2011

Jawapan untuk Carta air popular

   Entry aku kali ini khas untuk menjawab komen  teman-teman blogger di entry kat bawah tu.Ala...tentang air cincau tu!

   Pertama untuk Yul.Pasal asal usul cincau tu sebenarnya Cik Scarlett tanya dengan ayah.Tak pernah nampak proses membuatnya.Teingin juga cadang kat TV3 buat segmen khas di Majalah 3.Air cincau tu kan popular kat JB ni.Betul tak?

   Kedua untuk Shah Jiehan.Bukan tak sudi cerita tentang air soya tapi air soya tu memang dah tersohor.Cik Scarlett tak cerita pun orang tau kan?Cik Scarlett pun sukaaaa sangat air soya.(psst: Hadiah dah pos ke?Opps!Baru je terima.TQSM!Comel hadiah ni.Macam penerima dia juga.)

   Ketiga untuk Zwan Sabri, air tebu di tangga kedua kerana Cik Scarlet sukaaaaaaa sangat air tebu.Katira suka juga tapi oleh kerana dicampur susu, Cik Scarlett tolaklah markah dia.(Wekk!Tak suka susu!) Air katira ni ramai peminat kat Johor.Kalau buat sendiri lagi sedap.

   Keempat untuk Fasihah Supian, air kelapa blend dengan ais krim vanila tersangatlah lazatnya.Lemak berkrim disukai ramai.Tak percaya cubalah sendiri.Best gilerrrrr!

   Kelima untukMiss Yaty dan Siti Safiyah.Kalau terliur jemputlah datang ke Johor.Macam-macam minuman ada...... Pilih je lah.Tu belum campur minuman kesihatan, tongkat entah apa-apa dan air halia.

   Keenam untuk Shaofie.Alaaa.....bukan tak nak join review tu tapi masa betul-betul mencemburui Cik Scarlett.Ini pun curi-curi blogging time tunggu azan maghrib.Blogging kat sekolah kang kena tarik telinga dengan pengetua.

   Ketujuh untuk Kak Chik @ Ella.Thank you kata entry adik Scarlett interesting. Rajin-rajinlah melawat ye.Banyak sangat idea adik Scarlett nak kongsi tapi tulah,masa tu asyik menjeling je.

   Kelapan untuk Niss. Cik Scarlett pun tengok daun cincau kat umah Cik Google je.Itu pun nasib baik Cik Google beri masuk.Sesiapa yang ada tanam, silalah beritahu.Boleh Cik Scarlett datang melawat.

   Kesembilan buat white capucchino.Memanglah air tebu dan kelapa tu best, kalau tak , tak masuk dalam senarai carta popular tu.( Capucchino pun best apa!)

   Tapi yang sebenar-benarnya, selain air zam-zam, air yang paling best dan sepatutnya sentiasa duduk di tangga no 1 air popular di Malaysia adalah yang di bawah tu.(Tapi aku sendiri pun tak suka!Nak buat macam mana?)

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Air masak / air putih / air mati / air panas mati /air suam / sky juice / air jarang dan entah apa-apa nama lagi yang sewaktu dengannya.

BETUL TAK?

5 comments:

whitecappuccino said...

Eh! betul sgt tu..:) Wah! jawab komen boleh wat 1 entri ya? an excellent idea scarlet!!

nelly said...

ada pulak ye carta air popular
hhaha

MAPPIAU said...

suke air suam!!! hihihi

shahjiehan said...

hohoho..hadiah dah pos~ tunggu le... SJ pos 29 hb... johor jauh sgt... klo smpai surat dari perak~ tu la hadiahnya

shahjiehan said...

heee

Let's have a break!