Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Wednesday, January 19, 2011

Manusia atau monyet?

   Lepas baca Kosmo hari ini, aku rasa seolah-olah sia-sia aku mendidik anak-anak didik aku supaya jangan mengambil hak orang.Berdosa hukumnya.Kalau jumpa duit di jalan, usahakan untuk mencari tuannya.Sia-sia!Langsung tak guna!Kata Amy Search dalam lagu Tiada lagi; Sia-sia saja..... Benci, menyampah, sakit hati semua ada dalam hati aku.Apa guna aku penat-penat mengajar dan membentuk anak-anak yang baru kenal dunia, jika bapak-bapak dan emak-emak yang dah tua bangka langsung tak ada rasa malu memungut, mengaut keuntungan atas musibah yang menimpa orag lain.Contoh terbaik?Ha.... baca berita Kosmo di bawah.

TANPA menghirau keselamatan dan anggota polis, orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya.


SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo hari ini.
Nampak tu muka-muka tak malu?Pungut duit syiling atas jalan raya macam budak-budak.Dah tak tau halal haram.Maaf aku cakap; dia orang tu semua tak de harga diri.Monyet tengok pun geleng kepala.

Monyet Cik Google ni pun pelik tengok perangai dia orang yang lebih monyet dari monyet


6 comments:

YUL said...

sungguh memalukan. ksian yg punya duit tu, hurm,. amik hak harta org lain punya.

NOOR FATIN said...

betol jugak. dr kecik2 mak ajar, jgn amik duit org, bukan hak kita. tapi skrg? alahai. smuanya dewasa2. bukan budak2

GematriA™ said...

ehehehe..
ini biasa berlaku utk rakyat malaysia.
even klu jumpa plastik beg yg penuh dgn sampah juga diambil dan simpan.

princeduyong said...

itu baru duit syiling...kalau emas berterabur...camne la agaknya... ;)

cik bahulu oren said...

rs malu je bila tngok front page paper gmbr org kutip duit
lebih memalukan muka org mlayu kita kn...

10jarijemari said...

hmmm...mungkin nt senang nak bayar tol...haha~

Let's have a break!